Wednesday, March 13, 2013

Hati Tisu

Assalamualaikum w.b.t

Bila jari jemari gatal hendak melepaskan apa yang terbuku di hati dan minda, maka lahirlah entri ini.

Weekend yang lepas aku join projek In-Smartive under jenama Projek Kilauan Mutiara (PKM). Kali ni di SK Keratong 1. Seperti biasa, setiap kali PKM nih..akan ade sesi muhasabah diri. Muhasabah diri untuk PKM ni berkisar mengenai keluarga la mostly. Duduk kat belakang dewan sorang2..dengar abang Wan memuhasabahkan adik2 tu..aku pun termuhasabah jugak. Tahan punya tahan, at last kalah jugak bila abg Wan sebut pasal kesusahan ayah dan ibu nak besarkan anak2. Aku tacink part ayah la.. Sejak ayah meninggal, hati ni macam sayu je bila orang bercerita pasal kepayahan seorang ayah nak cari rezeki untuk keluarga. Mula la minda ni merasuk2 teringat ayah. Siang malam bekerja demi anak-anak. Teringat ibu pernah cerita..waktu tu, aku belum lahir lagi..ayah cari meniaga guna motor je. Redah hujan panas dengan satu-satunya kenderaan yg ayah ada waktu tu.

Jadi lepas ni, kalo ade sape yg nampak aku nangis lebih2 bila time muhasabah tu..faham2 jela kenapa. Hati tisu katanya. Bukan sengaja nak menangis lebih dari adik2. Hati ni mudah tersentuh skang. Mudah sangat menangis.

Dan tiba2 sekarang ni aku rindu kat ibu :'( .....tanda2 nak kena balik Muo ni.

____________

3 comments:

apizaziz said...

Kuat kan semangat Zara! :3

Atiqah Razak said...

tenkiu uncle Bob! huhu

nasrah azmi said...

rindu my parents .. arghhh! akak kuat hadapi semua nie . btw... gmbra jmpa kat alam maya nie. heheh.