Sunday, March 31, 2013

What Dreams are Made of

Assalamualaikum w.b.t

Hai hai hai..selepas menamatkan riwayat subjek Soft Skills II petang ni, aku terasa nak update blog. Haa..sebab nye td part last tu kami kena buat resolusi individu. Madam nak kami tuliskan ape yg kami nak capai di masa hadapan. Saje la nak share mende yg aku pikirkan tadi. Tak nak baca pun takpe..

Ok..here we go.

5 Tahun Akan Datang (Belia berumur 26 tahun)

Memiliki kerjaya yg stabil

  • Maksudnye disini aku nak jadi engineer dengan gaji more than or equal to 3K. Kemain~ Insya Allah lagi 2 tahun akan grad !
Memiliki aset sendiri
  • Okayy..aset yg aku nak miliki 5 tahun dari sekarang ialah sebijik kereta atas nama aku sendiri. Insya Allah kalo ade rezeki nak pakai Honda Jazz :P
  • Next, if possible aku nak at least 10K ade dalam simpanan aku. For my future..kalo ade lebih lagi bagus!
Kahwin !
  • 26 tahun tu dah cukup perfect la umo nak kawen kan? So, dari situ lahirnya target nak kawen umo 26 tahun ni. Kalo lambat dari ni takpe la..jodoh lum sampai tp kalo lagi cepat tak kot..sebabnya aku nak menabur bakti kat ibu dulu sebelum menabur duit utk susu anak. Nyehehe
  • Untuk kawen ni mostly org ckp wat simple je kan..tp for me once in a lifetime kan. Insya Allah kalo ade rezeki lebih teringin nak wat majlis resepsi kat hotel untuk kawan2 rapat.. haaaaa~

10 Tahun Akan Datang (Bini orang berumur 31 tahun)

Ada perniagaan sendiri
  • Nih nak cite ni..darah bisnes nih dah mengalir dalam diri anak2 arwah Abdul Razak bin Basir.. Makanya lahirlah cita2 nak ade bisnes sendri. Buat masa nih takde lagi perancangan nak bisnes ape..hmm.. If possible masa aku umo 31 tahun ni aku dah mempunyai bisnes sendri la, at least ade base. Tapi time ni masih lagi bekerja as engineer kot.
  • Antara sebab len aku nak ade bisnes sendiri ialah aku ni perempuan kann.. kalo leh aku nak jaga anak2 aku sendiri..ade selalu ngan anak2. Kalo jadi engineer ni alahai..bz memanjang. Quality time ngan family takde.
Melancong
  • First of all, teringin nak bawak ibu g wat Haji tak pun umrah.
  • Then, kalo leh nak gak bawak ibu g melancong mana2 negara. 
  • Dan target aku, bermula 10 tahun dari sekarang..aku dah melancong 3 buah negara.
Memiliki zuriat
  • Zuriat=anak. Haa... kalo lah kawen umo 26, maknenye bila umo dah 31 tahun..aku dah 6 tahun kawen. Insya Allah kalo leh time nih nak ade anak2 yang kiut la.. Dua orang dah ke. Bergantung rezeki Allah nak bagi :)

20 Tahun Akan Datang (Si tua 41 Tahun)

Bersara dari makan gaji
  • Kekwat sket bunyik tp ni la cita2 aku. Kalo boleh masa aku umo 41 tahun ni, aku dah tak kerja makan gaji. Sepenuhnya hanya pada bisnes. Insya Allah..time ni bisnes dah stabil. Nak jadi full time housewife. Keje dari rumah..just pantau2 je bisnes. hewhew
Ada aset yang menjana pendapatan
  • Maksudnye kat sini macam aku ade rumah yang aku boleh wat sewa. Aku sewakan kat orang, secara tak langsung ade pendapatan sampingan. $_$
Sambung Master
  • Ade rezeki aku nak sambung belajar. At least sampai master. Menuntut ilmu sampai ke hujung nyawa.. Kemain~


Wednesday, March 13, 2013

Hati Tisu

Assalamualaikum w.b.t

Bila jari jemari gatal hendak melepaskan apa yang terbuku di hati dan minda, maka lahirlah entri ini.

Weekend yang lepas aku join projek In-Smartive under jenama Projek Kilauan Mutiara (PKM). Kali ni di SK Keratong 1. Seperti biasa, setiap kali PKM nih..akan ade sesi muhasabah diri. Muhasabah diri untuk PKM ni berkisar mengenai keluarga la mostly. Duduk kat belakang dewan sorang2..dengar abang Wan memuhasabahkan adik2 tu..aku pun termuhasabah jugak. Tahan punya tahan, at last kalah jugak bila abg Wan sebut pasal kesusahan ayah dan ibu nak besarkan anak2. Aku tacink part ayah la.. Sejak ayah meninggal, hati ni macam sayu je bila orang bercerita pasal kepayahan seorang ayah nak cari rezeki untuk keluarga. Mula la minda ni merasuk2 teringat ayah. Siang malam bekerja demi anak-anak. Teringat ibu pernah cerita..waktu tu, aku belum lahir lagi..ayah cari meniaga guna motor je. Redah hujan panas dengan satu-satunya kenderaan yg ayah ada waktu tu.

Jadi lepas ni, kalo ade sape yg nampak aku nangis lebih2 bila time muhasabah tu..faham2 jela kenapa. Hati tisu katanya. Bukan sengaja nak menangis lebih dari adik2. Hati ni mudah tersentuh skang. Mudah sangat menangis.

Dan tiba2 sekarang ni aku rindu kat ibu :'( .....tanda2 nak kena balik Muo ni.

____________