Friday, January 4, 2013

Drama 3 JANUARI 2013

Assalamualaikum w.b.t

Haluuuu... !

Feeling drama sket untuk entri kali ni. So, kena baca ala2 mak Jemah ye. Kisahnye mula pagi semalam laa..kul 9.00pg semalam dijadualkan final exam untuk paper Applied Calculus bagi pelajar-pelajar UMP. Bese la bila exam tu, mood bangun awal aku memang superb gitu~ Set alarm kul 5.00pg. Bangun2 je, tau ape jadi? Blackout ! Satu Pekan bergelap. Ekceli dah sedar blackout dalam kul 3-4pagi camtu. Bajet nak bangun pagi tu nak study sket la tapi dah gelap habis camtu...ape yang mampu aku buat? Nak g toilet pun kena bersuluh bagai. Untung henpon ade torch light ni.. kih3..

Nearly kul 6.00pg baru la nampak muka roommate aku. Elektrik ade da. Syukur alhamdulillah. Bersiap2 la terus g mandi. Nampak x, nampak x? Bagusnya aku time exam ni. HAHAHA.. Drama jadi lagi bila skali lagi blackout. Ohhh.. this is soooo bad baby! Baju x bergosok lagi, tudung pun. Waaa..time ni da risau da cane nak g exam pagi ni.. Sobsob.. Berape minit camtu ade balik letrik. Alhamdulillah lagi sekali. Terus la capai baju n tudung untuk digosok. Langkah berjaga2 gittew..

Lepas tu, lepas tu....dalam kul 8.00pagi, bersiap2 la nak g exam kan.. Tengah dok betulkan tudung depan cermin ni, tetiba pap!.... blackout lagi. Situasi semakin serius! 3 kali blackout pagi ni saje. Dugaan betul2 dugaan pagi sebelum g exam ni.

Around 8.30pg kat Library UMP Pekan. Dah ramai gak la yang datang untuk exam pagi tu. Berbual-bual la aku ngan kengkawan sementara tunggu kebenaran masuk kat tempat exam. Nak baca buku lagi time tu memang tak la kan..nanti lagi nebes. Bese la gegurl kan, soseh2 pasal blackout pagi tadi. Tetiba masuk cerita pasal ade kawan roomate aku kat UNIMAS or UMS yang exam dia kena tangguh sebab masalah elektrik. Huihh.. Risau jugak. Pastu, tetiba sorang pengawas exam ni suruh semua masuk kat lobi library tuh..ade announcement. Aku dah rasa cam ada something wrong ni. Tak pernah2 ada buat pengumuman sebelum exam camni. Guess what?? 

"Peperiksaan pagi ini bagi subjek Applied Calculus dan Engineering Mathematics DIBATALKAN disebabkan gangguan elektrik di Kuala Pahang". 

Lebih kurang camtu la pengumuman pengawas exam tu. Katanya tarikh peperiksaan akan diumumkan semula nanti. Aku cam blur je. Tak tahu nak gembira or sedih. Yang dah beli tiket balik tu sume bising laa.. Kecoh dan kalut time tu. 

Ni la situasi ketika pengumuman pembatalan exam pagi tu
:credit kpd org yg post gambar ni kt group fb applied calculus:

Maka, aku yang tak berapa nk tereffect time tu pun menuju pulang ke bilik. Eh, singgah cafe jap. Beli makanan.. Huhu.. Balik ke rumah tu, soseh2 la dengan housemate semua. 5 orang dalam rumah aku yang amik calculus sem ni. Dah plan da nak kuar satu rumah lepas abis exam tengahari tu, bila exam da tangguh camni..mula la rasa nak kuar terus pagi tu. Tengah dok bising2 lagi tu, tetiba aku dapat call. "Exam calculus kul 10.30pg jap lagi tau. Bagitau yang lain." Macam lipas kudung semua bila aku bagitau exam jap lagi. Masa tu dah lebih kurang pukul 9.50pg. Bergegas la semua g library. Menuju ke dewan peperiksaan dalam keadaan mentally unprepared. Dan alhamdulillah peperikasaan final Applied Calculus tamat pada jam 1.30petang. Selesai sudah paper final aku yang ke-3. Ada 1 lagi yang menunggu 2 minggu lagi. Huhu..

Petang tu, plan asal tetap dijalankan. Yihaaa! GIRLS DAY OUT ! Wootwoot.. 2 kereta menuju ke Pekan. Destinasi utama kami, KFC Pekan! Memenuhkan perut makhluk2 yang kelaparan ni. Walaupun aku da makan nasi sebelum kuar tu, tapi aku tetap makan jugak kat KFC. Gergasi sungguh.. Dan dah namanya kat Pekan kan, ramai la budak UMP yang kitorang jumpa kat sana.


5 of us
pic credit to : Iylia 

Memasing kebulur :P
pic credit to : Iylia
Lepas penuhkan perut, kitorang pun berpecah, kete yg Shira drive menuju ke pasar malam kat riverfront and kete yang Iylia drive menuju ke Tunas Manja. Then, dalam 5.30ptg..sampai la UMP. Petang tu rumah diam je..memasing kekeyangan dan keletihan kot? HAHA.. Alhamdulillah, great time with my housemates ! Love uolls !

Blackout > Exam cancel > Exam x jadi cancel > Berjimba di Pekan 


Drama sangat 3hb Januari 2013 ni. Huhu.. Semoga dugaan yang ditempuhi kami semua membawa kepada kejayaan. Insya Allah :) Tahniah kepada Shira sebab da habis final exam. Takziah kepada kami yang len sebab masih ada exam lagi lepas ni. Paling kesian kat aku la, next paper 17hb -_-

GOOD LUCK semua !!!