Thursday, December 27, 2012

Study Week + Eating Week + Sleeping Week + Lagha Week

Assalamualaikum w.b.t

Hai hai hai ! Ewah gitu kau mulakan entri kali ni. Mood eksaited sebab dah lama x update blog. Gediks la jadinye. HAHA.. Okay, enough. Mari berpatah balik ke tujuan sebenar.

STUDY WEEK? Tau tak mende? Tak tahu tu memang korang ni budak sekolah lagi. Huhu.. Degree student satu Malaysia sedang menghadapi study  week memasing yang bermula pada Isnin lepas. Ye, ISNIN bukan AHAD mahupun SABTU. heee.. Aku tak nak cite pasal diorang sume tapi aku nak cite pasal aku, Atiqah Razak ! Seperti yang telah dinyatakan di entri-entri yang lepas, aku ni student Electrical Engineering di Universiti Malaysia Pahang kampus PEKAN. Jap, kenape aku rasa cam over ni, semua nak caps lock bagai -_- Takpe, blog aku..sukati aku..

UMP kampus Pekan terletak di Pekan, Pahang. Pahang tu kat area Pantai Timur. Memandangkan sekarang ni musim tengkujuh, makanya, paham2 aje la camne keadaan kami di sini. Bukan kami saje tetapi universiti2 lain yang terletak di pantai timur cam UMK, UMT, UNISZA pun turut merasainya. Di Pekan, tetiap hari hujan. Berturut2 since 22hb Disember.. kalo x silap. Hehe.. Hujan kejap2 lebat, kejap2 renyai tapi yang pasti tak berhenti. Continuously hujan. Hmm.. bila hujan cuaca sejuk. Bila sejuk, mula la nak mengantuk dan lapar. Hihi.. ALASAN! Berbekalkan keazaman yang tinggi, inilah hasilnya ! TADAAAAAA.....!!


credit to rumet : cik Iylia



Nice kan. Haha..heaven gila tido time2 hujan. Nyaman lagi melalaikan. Haishh.. Berbekalkan selimut+sweater+stokin+bantal busyuk, memang seronok tido. Haha.. Dah la tido, pastu bangun2..cari makanan pulak. Ya Allah, burok perangai anak dara sorang ni. Hee.. Takpe, takde calon lagi..time ni la nak burok2 perangai. Bwahahaha!

Cite pasal makan ni, ni la yang tak boleh nak cite sangat. Melanggar sensitiviti satu rumah nanti. Tak pasal2 kena dimerit nanti.. hahaha.. Jadi, maaf..file closed ! Hanya kami je tau kenapa study week ni membuatkan selera makan menggunung2 macam dinasour. Hoho.. Eh, jap. Jangan risau. Cite baik2 je..takde pape.. hihi..


Walaupun begitu, rasanya hanya sekali je aku tergoda untuk tido. Sekali la kot. Sebab, EVERY night..I repeat, EVERY night..aku akan insomnia. Bukan main payah nak tido. Dah tak boleh tido tu, patotnye bawak2 la insaf..g study ke..ni tidak, MELAGHA sokmo. Online..main Sims..makan.. hehe.. faktor cuaca tu...alaaa..bukan sengaja. Dan kebiasaannya almost 4.00am baru aku akan tertido. Hmm..kesian kan aku? haha..mintak simpati plak. phuii.. Pernah aritu, x boleh tido langsung..lepas solat Subuh baru aku tido. Semua gara-gara kupi cik Kiyah, housemate aku. Tak sangka gila hebat kupi tu sampai mampu membuatkan aku segar sepanjang malam. Huihh..tapi macam bese la, tak tido tu..kejap je study nye..melagha nye yang lama. hihi..

Pastu kan, nak cite gak la..dalam2 kalut study week ni..takde air plak aritu. Tapi kejap jela..alhamdulillah.. da bese da camni. Dolu siap mandi kat fakulti lagi. Kami engineer TOUGH! Beberapa hari lepas, blackout nearly kul 3.00am. Tp masa tu aku memang da terlantar atas katil walaupun tak boleh tido, hanya berharap boleh tido sebab insomnia terok kan.. T_T
(sila baca dengan nada sedih untuk ayat terakhir di perenggan ini)

btw, here is my exam schedule...
31/12/12 - Analog Electronics I & Ethnic Relations
03/01/13 - Applied Calculus
17/01/13 - Instrumentation and Measurement


(Mulakan perenggan di bawah dengan nada emosi melampau)
Nampak tak ! Nampak tak ! Gap antara second last paper ngan last paper tu berapa lama?? Dua minggu bedah oi..lamaaaaa... Study IM segala jela kan nanti..cemerlang..sy harus cemerlang IM ! Hewhew.. Jadi, secara officialnya, cuti sem aku akan bermula jam 12.00pm 17/01/2013. Hihooo!

As a conclusion, walaupun study week kali ni merangkap sleeping + eating week tapi Alhamdulillah, ada lagi kesedaran diri ni..masih study jugak dalam kemelaghaan tu...(tadi tengok hindustan sambil study analog..hihi). Masih ada masa untuk bertarung demi final exam..! Chaiyok..! Atiqah Razak bulehh!

Kepada kengkawan yang baca entri ini, selamat menghadapi peperiksaan akhir semester ! Good luck ! Berusaha sehabis boleh, selebihnya tawakal pada Allah SWT :)

2 comments:

apizaziz said...

Selamat tidur dan hibernate ;D

P/s Goodluck gak spm...XD I mean final~

Atiqah Razak said...

Good luck juga incik Apiz !