Thursday, December 27, 2012

It's a GIRL not a BOY!

Assalamualaikum w.b.t

AMARAN : Entri ini menggunakan pengunaan bahasa Melayu yang rendah kualiti. Entri ini juga boleh dilabel sebagai tak memberi manfaat kepada pembaca. Fikir dua kali sebelum mula baca. 

Gedek2 menaip entri lagi.. haha.. hambek kau, sekali 3 entri aku post arini. Kali ni berkisar mengenai sesuatu, ye sesuatu mengenai aku. Lately, makin kerap orang tegur aku..

"Ko ni cuba la jadi cam pompuan sikit"
"Belajarlah jadi cam pompuan"
"Ko ni pompuan ke?"


Nampak tak permainan dia? Ayat last tu paling kurang ajaqq.. HAHA..Memasing cuba mengkritik personaliti aku yang dah sedia maklum begini. Ha..kisahnye dulu, time sekolah rendah..aku memang pemalu gila dengan laki dan dilabel 'Anti Lelaki'. What the fish semua ni..takdelah sampai anti cuma tak selesa je. Aku ingat lagi, time darjah dua. Ada sekali tu aku tak datang, malam tu pegi la beli beg baru. Hello Kitty uollss..beroda lagi tu. Haha.. Dengan mata yang bersinar-sinar aku datang sekolah keesokkan harinya. Tetiba tempat aku ditukarkan di sebelah sorang budak lelaki. Sebab cikgu nak pisahkan diorang, nakal sangat kalo duduk berdua. Heyyy..sebab korang, aku ngan kawan gegurl aku yang merana. Dushh!

cuba cari mana Z? haha..yg sebelah aku tu bkn N. hrp maklum.
Budak laki yang ditakdirkan duduk sebelah aku ialah Z (nama x leh reveal, nanti tuan tanah marah plak). Cerdik pandai mamat ni. Tapi aku tak mengambil kesempatan untuk menjadi pandai ketika duduk disebelah dia sebab aku terlalu obses untuk tak suka lelaki time tu. Kawan aku ajar, bila dia bangun je..tolak kerusi dia jauh2. Kawan gegurl aku ni spesis cam aku gak la.. N namanya..hihi.. Aku pun buat lah...sekali tu cikgu perasan sebab mungkin dah selalu sangat melihat perkara ini. "Atiqah dengan Z, kamu bergaduh ke? Jauhnye duduk?". Ehhh.. lahai, merah muka terus. Haha..

Tu satu hal, pastu..Z ni kan pandai dan pemes, bebudak lelaki mmg suka kawan ngan dia la kan. Kalo cikgu takde dan aku bangun je dari tempat aku, memang aku tak akan dapat balik duduk di kerusi aku semula dengan mudah. Geng2 dia datang mengerumuni dia..pheww.. Kena jadi cam psycho sket "Tepi..tepi..aku nak amik barang ni", baru la diorang blah..tu pun kkdg bagi laluan je..ciss! Lagi satu, nak cite gak! Budak lelaki ni pergi sekolah bawak ape je? Si Z ni, selalu mintak ubat pensel (pencil lead) kat aku..pinjam pemadam, pembaris kat aku.. Ke ini sekadar taktik nak usya aku?? HAHAHA..terbuat assumption bangang plak. Serabai time kecik2, tade sape pandang aku punn -_-


Nampak tu, sopan je aku..haha
Itu kisah time sekolah rendah, masuk pulak sekolah menengah lagi kesian. Makin parah aku ni. Dilantik jadi Bendahari. Keje bendahari ape adik2? Ye..pandai. Kutip duit kelas..(macam Dora the Explorer lak mintak orang jawab2 ni). Sadisnya bila nak mintak duit kat budak lelaki.. Ade ke patot, aku mintak tolong kawan aku yg g mintakkan kat budak lelaki. See ! Pemalu gila aku ni. haha.. Bila pikir balik, gedik je..hehh..


Masuk form 3, aku da pindah sekolah. Kat sekolah baru ni, maybe bandar ni..sedikit sebanyak mengubah aku. Ish3.. Dah berkawan dengan laki..ade best friends laki.. hehe.. Best friend okay bukan boyfriend. Tapi time ni, pemalu gak la..Aku x mudah nak mula berkawan dengan lelaki. Even conversation penting pun aku cam teragak2 nak mulakan. Dan fakta menarik, saya begitu keperempuanan time sekolah. Bak kata kawan2 aku lah kan..beg pink uolls! Yang paling terejal pastinya bukan aku time tu. Aku budak yang sopan santun, duduk elok2..cakap elok2.. mane reti bahan2 orang ni.

Masuk matrikulasi. Haaa..mase ni normal gak lagi. Nak tau? Praktikum aku hanya ada3 orang lelaki. Ye.. TIGA ! Hayat katanya. Huhu.. lagi la aku x bercakap sangat dengan lelaki kan. Tapi dengan sorang ni, aku selalu betah cakap dia. HAHAHA..ni pun nama dia Z. Nak membezakan dia dengan Z dulu, kita panggil dia Z2 la ye? haha.. Z2 ni memang aku ada masalah dengan dia. Kerek sket beliau ni..tapi bole je ngam kawan ngan dia.. aku suka gak membahan dia. Haa..aku rasa mula dari membahan dia ni la aku jadi camni.. hmmm *usap2 dagu.

time matrik ni ha, baju kurung ari2


Here we go..stage di U. Haa..macam ni. Entah ape jadi dengan aku, aku mula cam kasar2 sket, cakap pun selamba je.. Hari pertama kuliah, semua 1st year pakai baju kurung. Yang perempuan la.. Aku je selamba pakai blouse +slack (ehh...blouse..hihi). Pedulik hape..keselesaan! Haha.. Memang aku lah manusia yang paling jarang pakai baju kurung kat UMP kampus Pekan ni. Bila aku pakai je baru kurung, mesti ade yang tegur, "ade presentation ke?".."ade TITAS ke arini?".. phuii.. ade tu semua baru leh pakai baju kurung ke? Tapi memang pun setiap kali ade dua perkara ni je aku akan pakai baju kurung. Haha..

Kat sini aku jumpe N2. N2 ni lelaki. Hamboi..mula2 kenal elok..makin lama makin suka membahan aku. Masih berterusan hingga sekarang. Kalo aku pakai baju kurung, mesti kena tegur. Pastu membahan aku.. ciss.. Tapi aku tak kesah mane pun, sebab pada aku..lelaki, kalo takde heart feeling..tak payah layan baik2 sangat kat aku ye? Aku ni mudah tersentuh. Ha..gitu.. (baca dalam nada Mak Jemah). Haa..nak mention gak ni, pernah kot dia cakap ngan aku camni, "Ko pakai camni ke g kelas? Serabai betul." Hampeh kan dia ni pembaca sekalian? Direct kutuk. Haha.. Dalam dia membahan2kan aku, ade gak baiknye dia ni. Kadang2 la..haha.. Bukan dia sorang je, ade gak beberapa ketul adik2 aku kat In-Smartive ni suka bahan aku. Hampeh.. Tapi cam bese, diorang tetap ada baiknya. Bese la tu bergurau adik-beradik katanya. HAHA..

Sedikit info ye, sem ni..hari SELASA menjadi hari macho aku. Hoyeahh..sebab hanya ade 3 kelas je..kadang2 dua kelas yang gap antaranya begitu jaoh. Pakai jersi/ t-shirt dengan seluar jeans.. Tudung takde belit2 bagai..sarung dengan cincin je. Pastu pakai beg silang. Macho kejap rasa. Haha.. Dan hari KHAMIS menjadi hari aku feminin..sikit. Pakai baju kurung sebab ade ethnic relations. Hihi.. Sem depan kita decide semula ye bila hari macho dan feminin.

Berdasarkan ape yang aku taip secara jujur dari hati ni, punca2 aku jadi macho adalah kerana dah lama sangat menjadi puak pelampau 'anti-lelaki'. Haha..mula la perangai macam lelaki pulak lepas tu. Tu la, len kali jangan nak benci sangat laki ni. Nanti kawen dengan laki gak..hooo.. Walaupun aku kasar, perangai huduh tp aku masih lagi belajar memasak walaupun tak reti masak, aku masih lagi ade hati nak kawen dengan LELAKI nanti. Haha.. Dan walaupun aku nampak kasar, hati masih lagi hati perempuan. Hati yang fragile..once broken, considered sold. Haa..gitu. Haha..tapi kalo dengan kawan2, no hal lahh.. tak sentap2 pun.. kental ! Ramai yang suruh aku jadi cam perempuan sejati, most of them kawan2 lelaki la yang tegur tapi bg aku..tak perlu la hipokrit. Aku jadi diri aku yang sebenar. InsyaAllah mungkin satu hari nanti bila da jumpa jodoh jadi elok sikit kot.. Kot laa..haha.. Aku nak orang yang betul2 boleh terima bright dan dark side aku. InsyaAllah satu hari nanti :)

2 comments:

Anonymous said...

Wah2.. Bole tahan.. :D

apizaziz said...

Ade byk awek cung di situ~