Friday, December 28, 2012

Ikon Varsiti Berita Harian 2012

Assalamualaikum w.b.t

Rakan2 sekalian..mohon jasa baik untuk undi In-Smartive UMP sbg Ikon Varsiti Berita Harian! ^___^

Klik pada link di bawah:
http://www.bharian.com.my/ikonvarsiti

Cara untuk mengundi :
1. Klik pada button 'Klik disini untuk mengundi pilihan anda'
2. Lihat pada KATEGORI BERKUMPULAN, pilih 'Projek Khidmat Sosial - Dalam Negara'
3. Pilih 'In-Smartive' dan undi.
4. Done !

Terima kasih :)

Serba ringkas mengenai Projek Kilauan Mutiara Teach Malaysia Teach :)

PKM TMT wajar dipilih kerana projek ini merupakan projek lestari yang menjadi asas dalam proses melahirkan rakyat Malaysia yang berkualiti tinggi di masa hadapan. Berpaksikan objektif untuk memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah rendah di daerah Pekan, projek ini secara tidak langsung membantu dalam membangunkan penduduk luar bandar yang memerlukan perhatian masyarakat luar. Mengambil pendekatan yang berbeza, projek ini berkonsepkan ‘fun in education’ yang membawa peserta ke dunia pembelajaran yang lebih santai dan menyeronokkan berbanding dengan sesi pembelajaran di sekolah.
Selain daripada membangunkan kualiti akademik peserta, PKM TMT turut menjadi pemangkin dalam meningkatkan sahsiah dan potensi diri para peserta. Melalui modul pembelajaran interaktif yang dianjurkan projek ini, semangat kerjasama serta keyakinan dalam diri peserta dapat dibentuk. Projek ini menerima maklum balas yang memberangsangkan daripada ibu bapa yang menyaksikan lonjakkan nilai positif anak mereka setelah menyertai projek ini. Pihak sekolah juga berbangga dengan hasil daripada projek ini yang telah berjaya membantu pelajar sekolah mereka mencapai tahap penguasaan bahasa Inggeris yang lebih baik. Walaupun projek ni dilihat hanya sebagai satu titik kecil dalam diari sumbangan pembangunan Malaysia tetapi ia adalah satu inisiatif yang perlu diberi perhatian kerana projek ini mampu melahirkan generasi masa hadapan yang bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik malah mempunyai jati diri yang gemilang.


No comments: