Wednesday, October 31, 2012

Lagenda Karipap Warung Pe'ah : Sepul Katang (1)



Sepul memandang Oya tanpa sebarang kata. "Dah kau ni kenapa? Panggil aku suruh datang cepat-cepat lepas tu buat muka tempe basi pulak." Oya membebel. Sanggup dia pausekan Running Man episod 100 semata-mata nak turun bawah jumpa Sepul yang konon-konon ada hal penting katanya. 

"Aku suka kau la Suraya Ahmad." 

Pfffff ! Tersembur sirap limau yang tak berapa nak sedap hasil air tangan makcik cafe Datin ke muka Sepul. "Suraya Ahmad ! Macam ni kau balas kata-kata cinta aku?" Oya terngaga. Dua kali sebut nama Facebook Oya. Apa kena dengan si Sepul ni? Bukan main jiwangnya hari ni. Muka dah la tak handsome, berjiwang pulak. Memang FAIL ! "Oi ! Oi ! Wake up! Kau termakan ubat gegat ke?". Oya ketawa besar. Rasa lawak dengan ayat sendiri. Eh..boleh pulak macam tu? "Suraya Ahmad, aku serius ni. Jangan la kau perlakukan aku sebegini." Sepul buat muka separuh merayu, separuh gedik. Oya ternganga lagi. Kali ni lebih luas. Muat burger bakar brader Joe sekali sumbat.

"Aku balik dulu la. Jae Suk dah panggil kat bilik tu. Maaf." Oya berlari-lari anak meninggalkan Sepul yang terkebil-kebil. "Oh Suraya Ahmad !" Jerit hati Sepul.

Sepanjang perjalanan balik ke bilik, Oya tak henti-henti menyumpah Sepul. Jengkel rasa dengan perlakuan Sepul yang tiba-tiba begitu. Sepul yang dia kenal selama 2 tahun di kolej tidak pernah sekali-kali begitu walaupun dia boleh dikategorikan dalam golongan 'lelaki lembut'. "Agak-agak kenape erk boleh jadi macam tu?" Oya bermonolog sendirian.

*********

Satu kolej kecoh dengan perubahan sikap Sepul sejak seminggu yang lepas. Sepul yang sebelum ni lemah gemalai, sopan santun dan senang dibuli kini menjadi Sepul Katang. Oishh.. Sepul semakin mendapat tempat di kalangan pelajar-pelajar hot stuff. Kedudukan Yusri, lelaki paling hot di kolej kini tergugat dengan populariti Sepul yang kian melonjak. 

"Apesal si Sepul tu boleh jadi macam tu?! Bikin panas je. Awek-awek aku pun dah ramai yang lari pergi kat dia." Yusri dirasuk dengan amarah. Paling membuatkan Yusri bengang ialah Fida. Fida gadis paling seksi, meletop dan bergetah di kolej dengan selambanya minta hubungan dia dan Yusri diputuskan atas alasan Fida dah tangkap cintan dengan kekatangan Sepul. Berasap la Yusri dengar alasan hina tu. "Rileks la Yus. Si Fida tu pun bukan bawak faedah untuk kau. Asik perabih duit kau je," orang kanan Yus, Jefri bersuara. "Betul..betul.. Cun sebab make up je. Kalau tak make up, memang confirm Mija aku lagi gojes,"Nasrul kawan yang tak berapa nak dianggap kawan oleh Yusri turut bersuara. "Kau tak habis-habis dengan Mija kau. Nak aku kebas ke Mija kau tu?" Yusri bengang. Nasrul tersengih-sengih sambil menggoyang-goyangkan jari telunjuk kepada Yusri tanda 'TIDAK MAHU'. Yusri berdengus. Menyampah dengan aksi kuli batak dia yang suka bajet cute sejak dari mula kenal. 

"Wei..wei. Tu Sepul." Jefri memuncungkan mulut ke satu sudut berdekatan mesin air gedegang. Yusri pantas menuju ke arah muncungan Jefri. "Hoi ! Kau sini jap." Kedengaran kurang ajar sekali nada Yusri kepada Sepul. Sepul mengangkat kening dan kemudian mengecilkan mata untuk mendapatkan fokus terhadap objek yang sedang bergerak menuju ke arahnya. "Ah..mamat ni." Satu ayat dilontarkan dan Sepul meneruskan perjalanan. Yusri yang dari kejauhan semakin panas dengan aksi Sepul yang sikit pun tak gentar. "Berani betul kau buat muka seposen kat aku."  Langkah Yusri semakin laju dan semakin mendekati Sepul. Kini hanya jarak mereka hanya bagaikan sebatang pensel kayu yang telah diasah lebih kurang dua tiga kali. Tangan Yusri diangkat, mahu menghadiahkan satu tumbukan kepada Sepul tetapi tiba-tiba tangan Yusri menggigil. Semakin lama semakin laju vibrationnya.

*******

2 comments:

cahaya suci said...

wowowowowo.. intereting! =D

tinie said...

sambung!!!