Sunday, August 19, 2012

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t.

Oh oh oh.. entri ini ditaip ketika hidung sok sek sok sek.. kalau ade typo tu harap di maafkan la ye. X fokus gitu.. haha

Mula2 nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada korang yang sudi bace blog aku yg serba serbi kekurangan ni. Dah lame x update plak tu. Ok.. Nak mintak maaf zahir dan batin terhadap salah silap aku samada yang disengajakan mahupun tidak. 0-0 ye?

Raya kali ni agak tidak meriah bagi aku (bagi aku la). Entah kenapa la kan.. maybe sebab first time beraya tanpa insan yang aku panggil AYAH. Ibu pun tak masak tahun ni..menantu2 je yang masak. Ibu kata dia tak boleh nak masak sebab nanti teringat kat arwah ayah. Yela, ketupat dan lauk2 seangkatannya merupakan masakan fav ayah. Bila ayah dah takde, mestilah ibu terasa kan?

Mase aku mengayam ketupat semalam pun aku dah rase semacam je. Mane tak nye..aku belajar menganyam ketupat daripada ayah. Setiap kali nak raye mesti aku dok depan ayah yang tengah menganyam ketupat dengan harapan ayah akan ajar aku. Setiap kali tu la ayah tak pernah putus asa ajar aku (walaupun x jadi2 jugak). Sampai la raya 2-3 tahun yang lepas baru aku pas mengayam ketupat dengan jayanya. Terima kasih ayah! Pagi tadi pun masa minta maaf dengan ibu, aku rasa sebak. Ayah dah takde kat sebelah ibu macam raya2 yang sebelum ni. Tapi kami semua kena kuat, Allah lebih sayangkan ayah kan?

Antara sebab lain yang membuatkan raya aku suram ialah aku DEMAM ! Waa.. sedih tau. Sok sek sok sek je ni. Masa minta maaf dengan ibu, air mata dengan h****s same2 mengalir. AHAHA..Jangan risau, bekalan tisu ade je ngan aku.. Masa g umah atok aku tadi, muke aku penyek jela. Srot..srot je.. Kejap2 tarik tisu. Hadoi.. dan2 da tak tahan, dok tido je dalam bilik.. Balik umah sempat makan dulu pastu baru terbongkang tido. Tak sihat ok..bukan saje2 nak burok perangai. Haha..

Btw, ade sesuatu yang amat bermakna buat aku pada raya tahun ni. Kali pertama aku bagi ibu aku duit raya. Satu perasaan yang tak dapat digambarkan. Walaupun just kerja sementara tapi bila dapat beri duit kat ibu yang da banyak bersusah payah membesarkan aku dulu merupakan satu nikmat. Korang akan tahu bila korang buat nanti kecuali kalo korang takde perasaan la. HAHA..

Lagi satu, semalam aku sempat buat cornflakes madu ! Nyum2..later la upload gambar. huhu..

Rasenye itu saje yang mahu ditaip setakat ni. Hidung da memberontak. Kejap lagi sedara mara nak datang pulak. Have a blessed Syawal peeps!