Wednesday, July 18, 2012

KIMBAP time !

Assalamualaikum w.b.t

Wehuu.. ape kabar? *tanya cam ade je orang bace blog aku ni..haha
Entri ni ditaip ketika perut penuh dengan KIMBAP + air HONEYDEW.

Kimbap? Pe kejadahnye tu? Hahaha.. Ni ha kimbap.. ce tengok gambar ni. Peminat cite korea mesti pernah nampak bendalah ni kan? kan?


ni versi Korea

Al-kisahnya semalam tetiba dok teringin nak makan kimbap ni lagi. Sebelum ni da pernah wat tapi x jadi. Huduh sangat..then nak try wat la lagi sekali. So, dengan semangat yang membara..aku g beli barang2 nak buat kimbap ni. Aku buat ikut resepi aku la. Ikut tekak Melayu. Haha.. Kalo tengok resepi online ni, macam2 isi diorang letak tapi aku try wat simple je. Nasi, tuna, mayo, sosej dan telur. Bersemangat dok cari bamboo mat untuk roll kimbap ni nanti (sebelum ni wat x guna bamboo mat, tu yang x jadi rupa sangat). Susah nak jumpa, akhirnya jumpa kat kedai RM2. Haha.. 

Simple je buat kimbap ni. Yang susah maybe part nak roll dia je. Tengok la kimbap aku tu, mane ade bulat sangat pun. Hoho.. Jadi, malam tu, untuk berbuka..aku buat la kimbap ni. Orang kat umah aku x makan benda pelik2 camni, aku ngan adik aku jela dok melantak kimbap ni. Adik aku berselera betul makan. Rasa terharu plak. HAHAHA.. Ni la hasilnya :)


yang ni versi aku.. hahaha
(belah kiri tu 1st roll, belah kanan tu 2nd roll-molek sikit kot)

Pagi ni dok buat lagi kimbap. Alang-alang bahan ade lagi. Aku ajak cik Najat Nabilah untuk join je club wat kimbap. Lepas balik jog, aku culik dia bawak balik umah dan memulakan misi membuat kimbap. Haha.. Seronok dia lain sikit bila berteman kat dapur ni. Baru aku paham kenapa mak aku cakap dia suka kalo anak-anak tolong dia kat dapur. Hoho.. Tadaaa!! 4 rolls kimbap 'Melayu' yang da siap dipotong. Hasil air tangan aku dan Najat.

sedappp...



 menikmati kimbap 'Melayu' dengan air honeydew sambil bergosip :)

Pape pun, trimas kepada cik Najat Nabilah kerana sudi wat benda mengarut bersama saya di dapur. Haha.. InsyaAllah next time kita try masak lain plak. Yaww!

p/s : nak buat ONIGIRI tapi malas la..nanti2 la ye..huhu


No comments: