Wednesday, July 11, 2012

Kembara mencari DUIT

Assalamualaikum w.b.t.

Wuhuu..dah bace tajuk? da bace? kalo da bace msti tau kan aku nak cite pasal ape. Hoho.. Kisahnya bermula apabila spec aku yang tamat riwayatnya di lubang jamban KK4 UMP (sila bace entri sebelum ni). Disebabkan nak wat spec baru, nak beli contact lens sebagai ganti sebelum buat spec baru menggunakan wang yang banyak..aku mula dua hati untuk pegi program kat negeri sembilan tu. Duit dah tahap merah (kalo ultraman tu da tahap nak mati la tu). Takkan aku nak mintak lagi kat mak aku duit kan untuk stay kat UMP untuk sementara waktu tu.. So, selepas menimbang2 kemungkinan yang datang, aku decide tak pergi la program tu dengan hati yang sangat hiba. Hmmm... pastu aku call la akak aku, cakap kat dia aku nak g umah dia dulu sebelum balik Muo. Nak amik barang-barang yang aku ade tinggalkan kat umah dia sebelum ni. Then, tetiba dia offer aku keje. Jaga booth buku abg ipar aku kt Pesta Buku Selangor 2012 kat Shah Alam Convention Centre (SACC). Alang-alang dah ada kat umah dia, dia kata lebih baik keje jap tu. Dapat gak aku duit kan..

Fuhh..first time aku g balik ke umah akak aku dari Pekeliling naik tren. Selalunya abg ipar aku akan amik, so disebabkan dia ade keje, aku perlu berdikari. Yes..i'm an independent woman kan? haha.. Lagipun, nice to have new experience.

Mula2..naik STAR dari Pekeliling. Stesen STAR kat Pekeliling tu ialah TITIWANGSA ya kawan2. Naik dari Titiwangsan  ke PWTC. 1 stesen je pun. Dan yang menariknya, naik STAR ni guna token. Ishh..aku mule2 cam orang bodo la gak sebab x pernah naik STAR sorang2. Aku follow je cara orang depan aku tu beli token guna mesin. Excited gak la..haha.. Pastu, berenti kat PWTC. Tukar naik komuter kat stesen Putra. Berpeluh habis aku berjalan dengan dua beg berat. Pengsan.. Nak dijadikan cerita, sepatotnya aku kena turun kat KL Sentral utk tukar tren dari KTM Seremban-Rawang ke KTM Sentul-Klang. Aku tak tau..so, biar jela. Nasib baik aku sedar, sepatutnya lepas KL Sentral, next station Angkasapuri tapi ni MidValley. Ah..kacau. Maknanya aku dah silap percaturan. Haha.. Nasib baik sebelum ni da memang pernah naik tren tapi x pernah la tukar2 camni, so at least aku tau la sikit. Kalo x memang sampai sudah tak sampai.

Terpakse lah berpatah balik. Turun je kat stesen MidValley tu then patah balik ke KL Sentral dan tukar ke KTM Sentul-Klang. Then finally sampai ke stesen Petaling. Aduhh..memang penat gila la. Huhu..sampai around jam 3. Then da petang-petang sikit tu, akak aku ajak g wat spec kat Amcorp Mall. Tau jela kalo da dengan anak-anak buah aku ade sekali. Riuh rendah kat kedai spec tu. Pengsan..  Dan alhamdulillah, aku bertuah sebab lens yang berpowerkan kerabunan aku (amende aku cuba cakap ni??) ade dalam stock dia. So, spec aku dapat disiapkan dalam masa setengah jam sahaja. Yuhuu..

kacamata baru- with my sis Azrine.

The next day..aku memulakan tugas di booth N27. Jual buku laa. Dah namenye pesta buku kan.. Buku ape ade? Mostly buku yang ade bercorak politik. Tapi ade gak novel2 FIXI, LEJEN dan SELUT dan MERPATI JINGGA. Korang kalo ade nak cari buku, boleh la beli online kat abg ipar aku. Hoho.. Klik sini >> caricaribukuonline

buku-buku hasil tulisan retis2
(Zahiril Adzim, Taj Addin, Pekin, Faizal Hussein)




Selama 9 hari aku jage booth kat sane, macam2 jenis orang aku jumpe. This time minda terbuka luas la. Dan baru aku sedar, indahnya dunia ni kalo aku ade semangat membaca yang tinggi. Syok tengok orang beli buku tanpa mengira harga. Yang penting, buku tu menarik minat dia untuk membaca. Huhu..


 first day koje :)

Limelight-Faizal Hussein

Konklusinya di sini, aku mendapat satu pengalaman baru. Sebelum ni pernah keje klinik kan..this time jage booth buku. Haha..hidup ni perlu dipelbagaikan supaya kita dapat banyak pengalaman untuk menjadikan kehidupan lebih baik. Yela, nanti da keje betul2, da jadi engineer mana nak rasa keje2 camni kan.. Walaupun sedih + jeles sebab tak dapat g program kat N9 tu tapi Allah da gantikan dengan sesuatu kan..yes, pengalaman yang berharga. :) 

kat bawah ni gambar2 mase g makan lepas jage booth bersame2 family kakak aku.







No comments: