Tuesday, July 3, 2012

5 Hari yang Berharga

Assalamualaikum w.b.t.

Yoshh! Panjangnye tajuk? Hihi.. Entri kali ni nak cite pasal PKM yang latest aku join. PKM? Projek Kilauan Mutiara BUKAN Parti Komunis Malaya.. Huhu..

PKM ni bersempena dengan cabaran berkayak merentasi Sungai Pahang yang disertai universiti-universiti seluruh Malaysia *walaupun x semua :P Sesuatu yang berbeza projek kali ni dengan projek yang sebelum-sebelum ni ialah kami melaksanakan program di 3 buah sekolah secara MARATHON. Yeah bebeh..marathon. Kau ade? Haha.. ujub gila bunyik ayat aku kan. Walaupun penat tapi sesuatu yang berbaloi apabila kita dapat memberi sumbangan kepada adik-adik anak bangsa kita. Cehh ayat.. Ok..moh ler cite ape yang aku buat sepanjang 5 hari bermula dari 25hb Jun sehingga 29hb Jun 2012.



25 Jun 2012
Krik..krik.. hoho.. Jam 4petang kami bergerak ke SK Kuala Triang dengan menaiki bas UMP TAPI...... hah? bukan bas gabak yang sejuk lagi selesa tu. Disebabkan bas-bas UMP ni kebanyakannye da dibekukan penggunaannya untuk SUKMA, maka kami hanya diberikan bas 'RAPID KL' tu je. Weyy! tu pun da cukup selesa. Yang penting kami semua happy. Ye x? Huhu.. Penuh bas tu dengan barang-barang kami. Dan macam biasa la, sesesak mane pun bas tu, tetap akan ade sesi mengambil gambar. Haha.. WAJIB! Alhamdulillah, dalam kul 6 lebih camtu kami sampai ke SK Kuala Triang. Waa! Melihat adik2 melambai2 kearah bas kitorang telah membuatkan kitorang rasa teruja untuk melaksanakan PKM pada esok hari. Wehuu..weehuu.. Malam tu kitorang wat mini TOT yang sangat best! Haha.. same2 memikirkan nak wat intro ape untuk memperkenalkan para fasi.. at last, 1 idea disepakati.. nantikannnn~~

26 Jun 2012
Ahah ! Hari yang dinantikan telah tiba. Wengggg~~ Pagi tu, bersemangat gila bila datang kat dewan dan tengok adik-adik yang begitu bersemangat menanti kehadiran kami. Teruja weh teruja. Hihi.. Intro untuk memperkenalkan fasi? Hah..kami gunakan lakonan pendek. Haha.. Best gak la walaupun part aku FAILED. Haha.. Kat SK Kuala Triang ni, ade sorang budak yang seriously hyper. Banyak mulut. Ade je benda dia cakap. Seronok melayan budak camni. Haha.. Sampaikan penasihat kitorang, Abg Wan dipanggilnya Amy Search.. Haha.. Untuk PKM kali ni kami menggunakan 3 modul. Timeline, Bulatan Hati dan The Story Behind The Paper. 






ce baca kalo korang HEBAT! haha

Program selesai lebih kurang kul 3 lebih dan seterusnya kami pun bergerak ke SK Pesagi untuk bermalam disana dan melaksanakan PKM pada keesokan harinya. Dan seperti biasa pada waktu malam kami akan mengadakan TOT :)

27 Jun 2012
Warghhh!! Bangun pagi, gosok gigi di Pra-Sekolah SK Pesagi. Haha.. The most interesting part ialah.. toilet bowl kat toilet pra-sekolah ni sangat comel. Tetiba kan? Ah..tak kira, nak cakap jugak. Blog aku kan..sukati la.. haha.. 

barisan fasi yg gila kamera :P

Untuk PKM di SK Pesagi ni, diorang bergabung dengan SK Sentosa. Ade 10 orang dari SK Sentosa yang join PKM di SK Pesagi ni. Hahhh! Untuk intro memperkenalkan fasi kali ni, menarik gilo! Bad selaku moderator akan memperkenalkan kami secara sukati hati dia nak cakap kitorang ni ape, then kitorang akan naik pentas dan buat la gaya yang sewaktu dengannya. Haha.. Serious seronok! weooo..  Budak2 SK Pesagi dan SK Sentosa ni agak pasif sket. Momentum lambat sket naik. Tapi kami tetap bersabar dan cuba sebaik mungkin untuk jadikan mereka aktif. Sorang student dalam grup aku tu memang pemalu gila nak bercakap, puas aku pujuk. At last, dia cakap juga. Yeayy! Moh kita tengok gambar2 diorang.



bace lah! haha


Heyy..sebelum terlupa. kat sini aku jumpa kuih yang pelik dan x pernah aku jumpe sebelum ni. Pengetahuan baru...kih3..

kiri : PENA 
kanan: BADAK KUBANG

Jam 5 petang, kami bergerak ke bawah (sekolah ni atas bukit) untuk menunggu bas. dalm kami dikecewakan kerana hampir 1 jam dok tunggu brader yang bawak bas tu datang. Hadoi.. disebabkan da kecewa sangat, mula la bergambar.. haha.. aktiviti rutin..




Kali ni kami bergerak pulang ke UMP kampus Gambang. Merehatkan badan buat seketika. Malam ni ade sedikit jamuan bersama penasihat kelab, abg Wan. 

28 Jun 2012
Hari yang haru ! Rase cam nak nyanyi lagu Big Bang *Haru-Haru.. G toilet KK4 tu cam biase nak g mandi. Seperti yang dah sedia maklum, saya ni rabun. G toilet pun pakai spec. Dan dah ditakdirkan hari ini berlakunya peristiwa yang menyayat hari apabila spec aku tamat riwayat dalam keadaan paling hina. HAHA.. Jatuh dalam lubang JAMBAN! Fine... gelap duniaku. Parah memang parah sebab contact lens semua aku tinggalkan kat umah akak aku kat KL. Petang tu da la nak gerak g SK Padang Rumbia. Camne nak wat program kalo pandangan x clear. T_T Akhirnya aku decide, LIFE MUST GO ON! Aku call 'adik' BAD, mintak tolong drive kete g Kuantan. Nak beli spec kononnya. Last-last beli contact lens je sebab akak aku kata, datang umah dia buat spec nanti. 

Dan pada hari itu jugak lah aku terpaksa buat keputusan untuk tarik diri dari PKM Negeri Sembilan atas faktor kewangan yang sudah goyah. Sume gara-gara spec jatuh lubang jamban. Bajet da lari. Sedehh..

Petang tu dalam kul 5 lebih kami bergerak ke SK Padang Rumbia untuk bermalam disana. Cess...terpaksa pakai lens untuk program. Selalu memang aku takkan pakai. Hmm..da la malam tu ade BBQ. Terpaksa la menjauhkan diri daripada gelombang asap tu. Bukan x nak dekat tapi risiko. Cam x fun je sebab x leh duk dekat. 


Hah..arini birthday roomate aku, cik Fadhilah. Yoshh! Mandi tepung lahh.. mastermind dia x lain x bukan, abg Wan. Lepas sesi membaling kat Fadhilah, abg Wan plak kena..memang best la kann.. haha..

redha di'curah' tepung..

the mastermind

29 Jun 2012
The final day of the project ! Hmm..sedih gak la but life must go on (lagi skali? haha). Kali ni intro berlainan sket bila moderator suh adik-adik pilih kakak or abg mane yang diorang nak kenal dulu. Then fasi tu sendiri yang akan memperkenalkan diri. Oyeahh.. Macam kat SK Pesagi, student SK Padang Rumbia dan SK Serambi (bergabung) agak pasif. Ade je yang x nak buat refreshment. Sedih tengok..kitorang plak yang terlebih syok duk atas pentas berjoget. haha





Kat sekolah ni ade sorang budak darjah 4 tu comel gila. Her name is AUNA. AUNA je.. takde siti ke nur ke hape..unik. Pemalu budak ni.. tapi siyes comel gila..



Auna nebes dikelilingi abg-abg fasi 






Dengan ini berakhirlah marathon PKM Sempena Cabaran Berkayak KPT-UMP. Ahh..gonna miss the moment together. Well..cam biasa, hidup perlu diteruskan. Haha.. InsyaAllah panjang umo ade rezki jumpe adik2 ni semua lagi.  Yang penting, keluarga In-Smartive saya memang KOOOL!



 p/s : ni spec baru saya :)


2 comments:

Amin Faudzi said...

oit... curi gmbr aku edit ye... huhu...

Atiqah Razak said...

gambar pe??