Monday, June 11, 2012

Wish you were here..

Assalamualaikum w.b.t

Tepat jam 12.00tghari tadi, maka berakhirlah final exam aku sebagi pelajar tahun 1 di UMP ni. Alhamdulillah. Finally! Semoga result yang bakal diterima nanti mampu membuatkan aku tersenyum dan paling penting buat ibu tersenyum.  Ramai member2 aku da bertolak pulang ke kampung halaman masing2..

"Ayah aku datang amik nanti" 

Bila dengar ni rase cam sayu je.. Ntah la kenape..teringat arwah ayah. Kalau dia masih ade, mesti dia datang jemput aku kat sini kan? Arwah akan sedaya upaya memenuhi permintaan anaknya walaupun susah macammana pun. Rindu..sedih.. ntah la.. Memang aku da boleh terima kenyataan yang ayah da pergi buat selamanya tapi aku pun manusia biasa, ada time aku aku teringat dan rasa sedih. Masih terbayang-bayang kali terakhir aku menatap wajah arwah. Teringat jugak time ari pendaftaran aku sebagai mahasiswa UMP.





Indahnya kalo ayah dapat hadir ke majlis konvokesyen aku nanti..tapi rencana Allah lebih hebat, tak siapa mampu menghalang. Arwah hanya dapat melihat aku menjejakkan kaki ke menara gading. Itu pun da cukup bermakna. Sekurang-kurangnya ayah dapat melihat pengorbanan dia membesarkan aku selama ni tidak sia-sia. Cuma aku yang sedih sebab x sempat nak menyumbang bakti kepada arwah di hari tuanya. Allah lebih menyayangi ayah. Semoga arwah ayah tenang disana..
Al-Fatihah..






No comments: