Thursday, June 21, 2012

UMP-KEDAH-UMP

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah entri ni ditaip ketika berada dirumah kakak terchenta, Azrine Razak di Petaling Jaya. Ohoh! Berehat seketika daripada program. Hmm..seronok betul dapat tido kat atas katil. Huhu..

Ok..Kali ni sebenarnye nak cerita program-program yang dah aku join selepas tamatnya final exam aku sebagai pelajar tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Elektronik) di UMP ni. Hehehe.. Dan yang pasti sepastinya program-program yang aku join ni sume under kelab In-Smartive tersayang. Ok..jom la kalo rajin bace entri aku ni yang dijangka sangat panjang. HAHAHA. Setakat ni aku baru je selesai join dua projek iaitu TITIK SENTUHAN dan PROJEK KILAUAN MUTIARA SIRI KE-2 SK AIR PUTIH dan SK PURUN.

TITIK SENTUHAN

Ok..interesting name kan? Mesti orang tertanya-tanya, projek gapo ni? Aku berani cakap la sebab 1st time dengar nama projek ni, aku pun wondering around gak. Huhu.. Kalo diikutkan makna berdasarkan nama, projek ni adalah untuk memberi sentuhan daripada orang-orang yang telah berjaya kepada kami sebagai fasilitator. Kami g melawat tempat-tempat menarik yang dapat memberi inspirasi kepada kami.. Wahh..gituu~~

15hb Jun 2012, jam 9.30 malam kami bertolak dari UMP kampus Pekan ke UMP kampus Gambang untuk mengambil sebahagian lagi peserta di sana. Meriah satu bas penuh. Huhu.. Seterusnya kami bertolak ke KEDAH DARUL AMAN. Yeahh! Sampai time subuh kat RnR mane ntah (hAHAHA) untuk menunaikan solat subuh dan mandi. Huhu.. Destinasi pertama kami di Kedah ni ialah ke RUMAH SERI KENANGAN di Bedong, Kedah. Hmm..rumah ni menempatkan orang-orang tua dan OKU. Sedih melihat pakcik dan makcik yang ditinggalkan anak-anak mereka. Haihh.. Paling sedih bila melihat pakcik-pakcik tu.. teringat arwah ayah. Kalau korang masih ade ayah, hargai lah mereka..jaga mereka. Then, mase melawat asrama penghuni wanita, ade la cakap-cakap ngan makcik-makcik kat sana. Most of them kata gembira duk kat sana tapi dalam hati mereka, ALLAH je yang tau perasaan ditinggalkan anak-anak. Interesting part mengenai mereka disini, ade yang berbakat dalam nyanyian. huhu..

Seterusnya, kami ke SM Sains Mohamad Jiwa. Kat sini just berhenti makan dan solat je.. Huhu.. Destinasi seterusnya ke PERUSAHAAN AIR NIRA NIPAH SEGAR DI JKF 6 KUALA SEDAKA. 1st time merasa air nira nipah. Erkkk! Manis gilo weh. Kat sane kami turut dijamu dengan makanan2 lain, bukan air nira je.. ade laksa dan kuih muih segala.. huhu...


muka keriangan selepas kekenyangan :P

Dan selepas berseronok-seronok makan, kami pun bergerak ke destinasi utama projek ni, PONDOK REMAJA INABAH (1) MALAYSIA. Tempat ini bertujuan untuk memulihkan akhlak remaja yang telah terpesong. Penghuni tempat ni adalah penagih-penagih dadah yang ingin diubah menjadi manusia yang berguna. Alhamdulillah sepanjang berada disini, banyak ilmu baru yang kami perolehi. Aktiviti-aktiviti disini lebih kepada keaagamaan. Mereka menekankan amalam berzikir dan solat-solat sunat. Kami juga berpeluang berinteraksi dengan anak bina di Pondok Inabah ni. Mendengar pengalaman hidup mereka sepanjang berada disini. One word to described sepanjang berada sehari dua malam berada disini, TENANG.

bersama Pak Guru 

Pulang daripada pondok Inabah ni, kami singgah di rumah kak Umie untuk makan tengahari. Nyummnyumm! Makan tengahari versi KEDAH. Sedap! Terima kasih banyak kepada kak Umie sekeluarga yang telah menaja makanan tengahari rombongan 1 bas dari Pahang ni. InsyaAllah murah rezeki kalian :) *gambar takde, x leh nak upload :(

Selepas berhenti solat, kitorang pun bergerak menuju ke Muzium Padi. Eh? Ade pe kat dalam muzium tu? Ha.. ade gambar.. Haha.. tapi nak amik gambar kat situ kena bayar untuk bawak kamera. Heshh.. so, takdelah sangat gambar kat sane. Maybe leh tunggu orang tag aku kat FB. haha.. Sebelum balik tu sempatlah singgah jap kat kedai cenderahati dia. 1 benda je pun aku beli.. Huhu.. Benda ni hah..

sabun beras *baik untuk kulit muka :)

Dan..pulanglah kami ke UMP kampus Gambang.. Hoho..alhamdulillah, selamat sampai jam 3pagi. 

PROJEK KILAUAN MUTIARA SIRI KE-2 SK AIR PUTIH dan SK PURUN

Sehari selepas berkahirnye pengembaraan kami ke Kedah, projek ini dijalankan. Ahah! Serious seronok. Ditambah dengan barisan fasi2 yang gila2. haha.. Seramai 135 orang pelajar dari SK Air Putih dan SK Purun telah menyertai projek ini. Untuk sesi pertama, adik2 tersebut dibawa melawat fakulti2 di UMP kampus Gambang ni. FKKSA, FKSKP, FIST dan Library. Then, selepas selesai makan dan solat. Mereka dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk sesi bersama fasi. 



Alhamdulillah..great day with adik2 dari kedua2 sekolah ni. Huhu.. Malam tu aku terus bertolak balik ke KL. Hmm.. sejuk gilo bas tu. Da la bukak aircon kuat, pulak tu kat seat aku n Iylia takde penghadang kat tempat aircon tu, berlubang je. Beku kitorang dalam perjalanan 4 jam tu. Huhh.. Beberape hari kat KL ni aku nak rest cukup2 then bersedia untuk next project, PROJEK KILAUAN MUTIARA SEMPENA CABARAN BERKAYAK KPT-UMP di SUNGAI PAHANG dan PROJEK KILAUAN MUTIARA di FELDA WILAYAH RAJA ALIAS :)

2 comments:

Amin Faudzi said...

waaa....

Unknown said...

terbaek..
even penat..tp sgt best..