Thursday, June 21, 2012

UMP-KEDAH-UMP

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah entri ni ditaip ketika berada dirumah kakak terchenta, Azrine Razak di Petaling Jaya. Ohoh! Berehat seketika daripada program. Hmm..seronok betul dapat tido kat atas katil. Huhu..

Ok..Kali ni sebenarnye nak cerita program-program yang dah aku join selepas tamatnya final exam aku sebagai pelajar tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Elektronik) di UMP ni. Hehehe.. Dan yang pasti sepastinya program-program yang aku join ni sume under kelab In-Smartive tersayang. Ok..jom la kalo rajin bace entri aku ni yang dijangka sangat panjang. HAHAHA. Setakat ni aku baru je selesai join dua projek iaitu TITIK SENTUHAN dan PROJEK KILAUAN MUTIARA SIRI KE-2 SK AIR PUTIH dan SK PURUN.

TITIK SENTUHAN

Ok..interesting name kan? Mesti orang tertanya-tanya, projek gapo ni? Aku berani cakap la sebab 1st time dengar nama projek ni, aku pun wondering around gak. Huhu.. Kalo diikutkan makna berdasarkan nama, projek ni adalah untuk memberi sentuhan daripada orang-orang yang telah berjaya kepada kami sebagai fasilitator. Kami g melawat tempat-tempat menarik yang dapat memberi inspirasi kepada kami.. Wahh..gituu~~

15hb Jun 2012, jam 9.30 malam kami bertolak dari UMP kampus Pekan ke UMP kampus Gambang untuk mengambil sebahagian lagi peserta di sana. Meriah satu bas penuh. Huhu.. Seterusnya kami bertolak ke KEDAH DARUL AMAN. Yeahh! Sampai time subuh kat RnR mane ntah (hAHAHA) untuk menunaikan solat subuh dan mandi. Huhu.. Destinasi pertama kami di Kedah ni ialah ke RUMAH SERI KENANGAN di Bedong, Kedah. Hmm..rumah ni menempatkan orang-orang tua dan OKU. Sedih melihat pakcik dan makcik yang ditinggalkan anak-anak mereka. Haihh.. Paling sedih bila melihat pakcik-pakcik tu.. teringat arwah ayah. Kalau korang masih ade ayah, hargai lah mereka..jaga mereka. Then, mase melawat asrama penghuni wanita, ade la cakap-cakap ngan makcik-makcik kat sana. Most of them kata gembira duk kat sana tapi dalam hati mereka, ALLAH je yang tau perasaan ditinggalkan anak-anak. Interesting part mengenai mereka disini, ade yang berbakat dalam nyanyian. huhu..

Seterusnya, kami ke SM Sains Mohamad Jiwa. Kat sini just berhenti makan dan solat je.. Huhu.. Destinasi seterusnya ke PERUSAHAAN AIR NIRA NIPAH SEGAR DI JKF 6 KUALA SEDAKA. 1st time merasa air nira nipah. Erkkk! Manis gilo weh. Kat sane kami turut dijamu dengan makanan2 lain, bukan air nira je.. ade laksa dan kuih muih segala.. huhu...


muka keriangan selepas kekenyangan :P

Dan selepas berseronok-seronok makan, kami pun bergerak ke destinasi utama projek ni, PONDOK REMAJA INABAH (1) MALAYSIA. Tempat ini bertujuan untuk memulihkan akhlak remaja yang telah terpesong. Penghuni tempat ni adalah penagih-penagih dadah yang ingin diubah menjadi manusia yang berguna. Alhamdulillah sepanjang berada disini, banyak ilmu baru yang kami perolehi. Aktiviti-aktiviti disini lebih kepada keaagamaan. Mereka menekankan amalam berzikir dan solat-solat sunat. Kami juga berpeluang berinteraksi dengan anak bina di Pondok Inabah ni. Mendengar pengalaman hidup mereka sepanjang berada disini. One word to described sepanjang berada sehari dua malam berada disini, TENANG.

bersama Pak Guru 

Pulang daripada pondok Inabah ni, kami singgah di rumah kak Umie untuk makan tengahari. Nyummnyumm! Makan tengahari versi KEDAH. Sedap! Terima kasih banyak kepada kak Umie sekeluarga yang telah menaja makanan tengahari rombongan 1 bas dari Pahang ni. InsyaAllah murah rezeki kalian :) *gambar takde, x leh nak upload :(

Selepas berhenti solat, kitorang pun bergerak menuju ke Muzium Padi. Eh? Ade pe kat dalam muzium tu? Ha.. ade gambar.. Haha.. tapi nak amik gambar kat situ kena bayar untuk bawak kamera. Heshh.. so, takdelah sangat gambar kat sane. Maybe leh tunggu orang tag aku kat FB. haha.. Sebelum balik tu sempatlah singgah jap kat kedai cenderahati dia. 1 benda je pun aku beli.. Huhu.. Benda ni hah..

sabun beras *baik untuk kulit muka :)

Dan..pulanglah kami ke UMP kampus Gambang.. Hoho..alhamdulillah, selamat sampai jam 3pagi. 

PROJEK KILAUAN MUTIARA SIRI KE-2 SK AIR PUTIH dan SK PURUN

Sehari selepas berkahirnye pengembaraan kami ke Kedah, projek ini dijalankan. Ahah! Serious seronok. Ditambah dengan barisan fasi2 yang gila2. haha.. Seramai 135 orang pelajar dari SK Air Putih dan SK Purun telah menyertai projek ini. Untuk sesi pertama, adik2 tersebut dibawa melawat fakulti2 di UMP kampus Gambang ni. FKKSA, FKSKP, FIST dan Library. Then, selepas selesai makan dan solat. Mereka dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk sesi bersama fasi. 



Alhamdulillah..great day with adik2 dari kedua2 sekolah ni. Huhu.. Malam tu aku terus bertolak balik ke KL. Hmm.. sejuk gilo bas tu. Da la bukak aircon kuat, pulak tu kat seat aku n Iylia takde penghadang kat tempat aircon tu, berlubang je. Beku kitorang dalam perjalanan 4 jam tu. Huhh.. Beberape hari kat KL ni aku nak rest cukup2 then bersedia untuk next project, PROJEK KILAUAN MUTIARA SEMPENA CABARAN BERKAYAK KPT-UMP di SUNGAI PAHANG dan PROJEK KILAUAN MUTIARA di FELDA WILAYAH RAJA ALIAS :)

Monday, June 11, 2012

Wish you were here..

Assalamualaikum w.b.t

Tepat jam 12.00tghari tadi, maka berakhirlah final exam aku sebagi pelajar tahun 1 di UMP ni. Alhamdulillah. Finally! Semoga result yang bakal diterima nanti mampu membuatkan aku tersenyum dan paling penting buat ibu tersenyum.  Ramai member2 aku da bertolak pulang ke kampung halaman masing2..

"Ayah aku datang amik nanti" 

Bila dengar ni rase cam sayu je.. Ntah la kenape..teringat arwah ayah. Kalau dia masih ade, mesti dia datang jemput aku kat sini kan? Arwah akan sedaya upaya memenuhi permintaan anaknya walaupun susah macammana pun. Rindu..sedih.. ntah la.. Memang aku da boleh terima kenyataan yang ayah da pergi buat selamanya tapi aku pun manusia biasa, ada time aku aku teringat dan rasa sedih. Masih terbayang-bayang kali terakhir aku menatap wajah arwah. Teringat jugak time ari pendaftaran aku sebagai mahasiswa UMP.





Indahnya kalo ayah dapat hadir ke majlis konvokesyen aku nanti..tapi rencana Allah lebih hebat, tak siapa mampu menghalang. Arwah hanya dapat melihat aku menjejakkan kaki ke menara gading. Itu pun da cukup bermakna. Sekurang-kurangnya ayah dapat melihat pengorbanan dia membesarkan aku selama ni tidak sia-sia. Cuma aku yang sedih sebab x sempat nak menyumbang bakti kepada arwah di hari tuanya. Allah lebih menyayangi ayah. Semoga arwah ayah tenang disana..
Al-Fatihah..






Sunday, June 10, 2012

JODOH ke?

Assalamualaikum w.b.t

Hmm..kenape tangan ni gatal nak update blog time2 nak exam ni ye? Stress maybe? Ntah ler..apepon, kehendak hati harus ditunaikan. Hoho..

Lately, aku selalu tertanya-tanya pasal satu benda ni. KAWEN. Ahah! Gedik betul kan? 20thn pun x cukup lagi. Haha..takpe, yang penting da lepas 18thn. Sume ni berpunca daripada friends aku kt FB yang dok la mengupdate status, share gambar or watever so mengenai kawen muda. Erk? Sadis betul. Bila da ko didedahkan ngan segala benda tu, confirm la ade terbayang sikit then fikir2 hal tu kan? HAHAHAHA! Ok fine. Mengaku ! Aku mengaku ni..  *MALU!

Ala, x salah kan? benda baik. haha.. Kalo dilihat dari satu sudut, kawen muda ni bagus. Elakkan maksiat. Ye dok? Kalo da yang meminang tu laki yang baik, mampu membimbing..why not kan? Pernah la aku terfikir, kalo ade yang camtu datang meminang aku..terus terima! Haha..tapi kan, tu cakap je lebih. Aku tak rase pun aku da bersedia nak hadapi alam perkahwinan cam kawan aku yang baru 2-3 bulan lepas kawen. Kekadang jeles kot tengok wall dia, hari2 macam baru bercinta ngan hubby dia. Sumpah SWEET gila. Huhu..


Ntah kan..sume ni rencana Allah, kita sebagai hamba-Nya kena terima. Huhu.. Aku x kesah jodoh aku sampai awal ke lambat cume aku berdoa mohon agar jodoh yang DIA kirimkan untuk aku mampu membimbing aku menjadi wanita yang lebih baik dan mampu menjadi pemimpin keluarga yang baik.

Tak mintak lebih, cukup sekadar sedap mata memandang, handsome2 sangat nanti ramai plak yang berkenan.. hoho.. Bak kate UAI :


Dan yang paling penting, terima aku seadanya (terima perangai aku yang macam wanita melayu 'terawal' ni..HAHA). Papepun, x semua yang kita nak kita leh dapat kan? InsyaAllah, ALLAH da tentukan yang sebaik-baiknya buat hamba-NYA :)

Sebelum berpisah, marilah saksikan video melamar yang paling sweet pernah aku tengok..Hoho.. Please, can one day that 'someone' do this for me? HAHA.. but in a far more creative way :P


and here..the link to Dena's blog.. da kawen da diorang.. SWEET tahap max ! HOHO
>>DenaBahrin


Tuesday, June 5, 2012

B.F.F

Assalamualaikum w.b.t

Tengah tension2 study untuk final ni, tetima hati semangat nak wat entri pasal 3 orang kawan baik aku kat UMP ni.. Hoho.. Kitorang da berkawan since 1st sem kat UMP ni. Rasenye cam da memang kamceng la walaupun aku selalu dibahan oleh mereka terutamanya 2 orang pakcik tu. Haha.. Redha je kan..

Isma Iylia Diyana 


Awek cun yang macam Heliza Helmi ni da macam kakak aku.. walaupun berbeza usia setahun tapi disebabkan dia kecik, so tak macam kakak pun =_=" Banyak persamaan antara kitorang yang membuatkan aku selesa berkawan dengan dia. Seriously! Memang segala cerita yang berlaku biasanya aku akan share cerita dengan dia. Hoho.. Biasenye orang kalau jumpe aku sorang2 mesti tanya, "Isma mane?" . Haha.. da macam belangkas, kemana mesti bersama je kan.. Tapi sem 2 ni, kitorang x dapat register subjek same. So,x banyak la kelas yang aku same ngan dia. Alhamdulillah sem 3 nanti aku banyak same clas ngan dia + sama bilik ! Yeayy!! Memang bergosip jela kan.. hahaha... Bersyukur sangat pada Allah sebab pertemukan aku dengan insan sebaik dia ni..huhu

Ahmed Fitri


Hah..mamat ni? Kenal? Kalo duk UMP mesti kenal kan..orang HOT. Haha.. Susah kawan ngan dia ni, ramai sangat peminat. Haihh.. Pemilik DSLR Nikon D500 ni seorang kawan yang baik. Kalo x kenal dia memang orang cakap dia sombong la. Incik Memed ni pandai orangnye.. Ex-PASUM ni weh. Dia banyak tolong aku study dulu. Thanks bro! 1 benda yang menarik mengenai kawan aku yang sorang ni..dia ni manja ngan mak dia.. Hahahahaha..*sori la wat kantoikan.. :P 

Mohamad Nur Zafreen 


Comel x? Ni la Zaf. Hati secomel muke..*senang tacink ! haha.. Aku selalu gado gak ngan mamat sorang ni. Suke cari pasal ngan aku. Tapi kalo x bertegur pun kejap je..then ok je balik. haha.. Zaf ni terer main basketball tau. Muke ni la yang selalu ade kt court basketball tu. Hoho.. Zaf ni baik orangnye..suke berkawan dengan ramai orang. Antara kitorang bertiga, Zaf ni la yang nampak matang sket bila keluar same2. Kitorang bertiga ni macam kanak-kanak riang sket. Haha..






Memang aku sayang giler budak tiga orang ni. Hoho.. dan nanti, bila ade someone yang nak jadi part of my life, dia kena terima mereka bertiga ni dalam hidup aku. Kalo x leh nak terima aku berkawan baik dengan diorang, say BYE2.. ! Haha.. Senang kan? Banyak perkara yang kitorang da lalui bersama since 1st sem lagi dan insyaAllah, aku doakan persahabatan kami akan berkekalan sampai bila2. Seriously, aku sayang korang dan korang memang kawan yang daebakk!! Forever friends!
#saje letak gambar korang dengan makanan..nampak sket kawan2 aku semuanya kuat makan.. :P

Monday, June 4, 2012

Suka..Sayang..Cinta

Assalamualaikum w.b.t

Hah! BAru je lepas abis jawab soalan final TITAS tadi. Lega otak da settle 1 paper..ade 3 lagi menanti. Hmm.. Ok, x mo cite banyak. Nak cite pasal tajuk kat atas tu..

Orang cakap suka, sayang dan cinta tu lain. Betul ke? For me..bila ade cinta bermakna akan ade sayang dan suka. Tapi, suka x bermakna sayang dan cinta. Eh? Ha, yela camtu. Haha.. Tapi, camne nak bezakan 3 benda tu? heshhh... Ade solution? Ni la dilema sebagai seorang remaja. Kadang-kadang tu rase cam lebih baik takde perasaan. Takde la rase susah camni kan.. haha.. 

Yes! Aku mengaku, aku suke ramai orang. Haha.. kekadang tu sebab dia cantik, comel, handsome or perangai baik suci ( bukan cam aku :P). Sayang..camne nak tau kita betul2 sayangkan orang tu? Nak cakap memang la senang kan? 
"saya sayang awak" 

Senang kan tu? tapi ape bukti yang kita betul2 sayangkan seseorang? harhhh.. Dalam berkawan tu, nak kata sayang kawan tu memang la..tapi camne kalo kawan tu berlainan jantina? Camne nak tau kita sayang dia as a friend je or lebih? Complicated kan? Tapi aku lebih senang berkawan dengan lelaki sebab laki ni easy going. Nak bergurau kasar pun best sebab tak terasa. Hahaha.. cume tu la, emosi ni kadang-kadang celaru. 

Cinta ni lagi la pelik. Aku rase aku belum pernah sampai ke tahap cintakan seseorang selain parents aku kot. Sebab bagi aku, CINTA ni terlalu besar pengertiannye. Hanya orang yang betul-betul layak akan terima cinta aku. Amboi..kelas statement. Haha.. Pedulik ape..blog aku. Sukati la nak tulis pe.. Hoho.. Bila da bercakap pasal cinta, mestilah aku berharap orang yang aku cintakan tu nanti akan jadi suami aku kan? Hoyehh.. Indah sangat ke rase dicintai tu? hahaha.. ngeng! 

Dah2..rasenye da lebih2 kau berfantasi nih. Haha.. Walau ape pun, sampai skang aku masih gagal membezakan ketiga-tiga perasaan tu terhadap seseorang ni. Maybe satu hari nanti aku akan jumpe jawapannye. :)