Thursday, April 26, 2012

Janji Tak Buat Lagi

Assalamualaikum w.b.t

Serabot ! Tension ! Celaru ! Warggghhh..serba tak kena hidup aku arini. Sume gara-gara assignment CA (Circuit Analysis). Hah ?! Dan2 salahkan assignment kan padahal da lame dapat assignment tu tapi dok tangguh2 buat. Esok nak present, baru terhegeh2 nak buat. Grr.. Padan muke !

Semalam aku x tido pun T_T. Sempat tido jap je sebelum masuk waktu subuh. G kelas pun muke da macam tempe penyek je kan..serabai wei ! Semalaman x tido sebab nak siapkan assignment yang x siap2 jugak sampai ke pagi. Sume salah software Orcad PSpice tu la. Susah sangat nak install. Mental aku dibuatnye. Nasib la ade orang nak tolong aku.

Bangun pagi tu memang takde mood la nak melawa2 g kelas, sebat je jaket fakulti tu ha ngan tudung hitam. Lens pun x de mood nak pakai. Penyudahnye, assignment aku siap 15min before g present walaupun jawapan masih dalam keraguan. Haha..yang penting siap. Ye x? HAHAHA..

Sesuatu yang menjadi kemusykilan aku, kalo aku x tido, esok paginye mesti aku segar bugar je. Cume nye kepala pening la da masuk waktu tengahari ditambah pula cuaca yang membahang di bumi Pekan ni. Pape pun, hopfuly ni kali pertama dan terakhir aku buat camni sepanjang hidup aku sebagai pelajar UMP. Sesak nafas weh wat keje last minute ditambah pula menggunakan software yang baru nak diinstall. Haishh..

Pesanan buat adik-adik diluar sana, jangan jadi macam saya. Sila siapkan kerja anda secepat mungkin.. huhu :P

Wednesday, April 18, 2012

In-Smartive di hatiku

Assalamualaikum w.b.t

Hohoho..lately asik wat post pasal In-Smartive kan? Sebab ape? Sebab aku sayang sangat kat kelab ni. No doubt. Huhu.. Macam post aku sebelum ni, In-Smartive banyak memberikan aku add-on value untuk masa hadapan. Dan disebabkan sayangnye aku kat In-Smartive, why not aku share ngan korang pasal kelab In-Smartive ni kan. Kot-kot la korang ke, adik2 korang ke sedara mara korang nanti nak masuk UMP, boleh la mendaftar sebagai ahli In-Smartive ! ^_^


My love In-Smartive !

Disebabkan blog utama kelab dalam proses maintenance, aku promote la projek yang aku join. Projek lestari, Projek Kilauan Mutiara Teach Malaysia Teach (PKMTMT). Lestari? Ape tu? Slot lestari TV3 ke? Lestari disini bermaksud berterusan aka berpanjangan aka bersiri. Eh? Ye kot..lebih kurang camtu la maksudnye..hehehe. Projek ni antara usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Menarik kan? Nak tengok menariknya perjalanan projek ni, jom la singgah blog dan fanpage FB PKMTMT. Jangan lupa LIKE !

blog : http://pkmteachmalaysiateach.blogspot.com/
fb : http://www.facebook.com/pkmteachmalaysiateach

Ade jugak berita mengenai projek ni disiarkan di akhbar tempatan.
>Utusan Malaysia<
>Berita Harian<

Seterusnya, projek yang baru-baru ni aku join. Projek Kilauan Mutiara SK Keratong 2. Projek ni memang syok ! Banyak input yang berguna untuk aku yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia ke'fasi'an ni. haha.. Projek ni berlangsung sebelum cuti midsem UMP habis. Projek ni melibatkan pelajar-pelajar yang bakal menduduki UPSR. Salah satu yang menarik mengenai projek ni ialah fasi-fasi yang terlibat menjadi anak angkat untuk keluarga di Felda Keratong. Kat bawah ni gambar aku bersama family angkat aku :)



Ni plak aku nak bagi link, berita mengenai projek ni yang disiarkan di Utusan Malaysia.
>Klik sini<

Banyak lagi projek menarik yang menanti untuk ahli-ahli In-Smartive. Marilah sertai keluarga besar In-Smartive UMP :)