Wednesday, March 21, 2012

G.A.G.A.H

Assalamualaikum w.b.t

Hahahahahahah..sori. Tergelak plak kan..haha.. arini memang aku rase nak gelak je. Sume gara-gara lab EW (Electrical Wiring). Subjek fakulti yang wajib diambil oleh bebudak letrik. Hmm..lab wiring ni keje2 dia memang keje2 yang MACHO! Macho sangat sampai aku jadi cam jantan bila masuk lab wiring ni. Hilang segala keayuan dan kecomelan (comel ke??) haha..

Arini lab bukak untuk semua section untuk kitorang siapkan keje2 wiring masing2. Group aku consist of 3 orang, 2 bidadari dan seorang bidadara. haha.... Tambah sket description, bidadara yang suke gelak. Kalau diikutkan progress group2 lain, dapat dilihat group kitorang punya wiring agak slow sket. Pastu tadi rase cam ade yg x kena, kitorang bukak balik screw2 berkenaan untuk bend kan semula besi yang nak dipasang tu. Kitorang memang suke sangat wat keje dua kali ni..haha.. Bak kate orang, biar lambat asal selamat. Mementingkan kesempurnaan. Konon! Sudahnye, bukak la balik banyak screw. Lepas bend semula besi tu, nak pasang la balik sambungan besi2 tu.. Tengah dok pusing2 ikut alur besi tu tetiba aku tengok besi tu cam x cukup bend 90 degree.. Geram aku tengok.. Aku try la bend manually guna tangan, bajet kuat..haha.. Ditakdirkan....try bend beria ni, tetiba "pap!". Penyambung antara besi tu patah weiiiii! Gagah gila aku kan? haha.. dengan muke x bersalah, pegi amik playar..bukak ape yg patut. Pastu ganti dengan yang baru. Dok gelak je sepanjang wat wiring tadi. Haha..

Tapi alhamdulillah, tadi banyak jugak la yang berjaya kami siapkan. Walaupun bukak balik segala bagai, besi patah..hahaha.. memang terasa gagah la arini.. dengan bahang panas dalam lab..balik dari wat wiring memang muke serabai tahap max la kan. Kambing pun tak sudi nak pandang aku. hahaha

Esok ade lab wiring lagi..fighting! yuhuu..

No comments: