Wednesday, March 21, 2012

G.A.G.A.H

Assalamualaikum w.b.t

Hahahahahahah..sori. Tergelak plak kan..haha.. arini memang aku rase nak gelak je. Sume gara-gara lab EW (Electrical Wiring). Subjek fakulti yang wajib diambil oleh bebudak letrik. Hmm..lab wiring ni keje2 dia memang keje2 yang MACHO! Macho sangat sampai aku jadi cam jantan bila masuk lab wiring ni. Hilang segala keayuan dan kecomelan (comel ke??) haha..

Arini lab bukak untuk semua section untuk kitorang siapkan keje2 wiring masing2. Group aku consist of 3 orang, 2 bidadari dan seorang bidadara. haha.... Tambah sket description, bidadara yang suke gelak. Kalau diikutkan progress group2 lain, dapat dilihat group kitorang punya wiring agak slow sket. Pastu tadi rase cam ade yg x kena, kitorang bukak balik screw2 berkenaan untuk bend kan semula besi yang nak dipasang tu. Kitorang memang suke sangat wat keje dua kali ni..haha.. Bak kate orang, biar lambat asal selamat. Mementingkan kesempurnaan. Konon! Sudahnye, bukak la balik banyak screw. Lepas bend semula besi tu, nak pasang la balik sambungan besi2 tu.. Tengah dok pusing2 ikut alur besi tu tetiba aku tengok besi tu cam x cukup bend 90 degree.. Geram aku tengok.. Aku try la bend manually guna tangan, bajet kuat..haha.. Ditakdirkan....try bend beria ni, tetiba "pap!". Penyambung antara besi tu patah weiiiii! Gagah gila aku kan? haha.. dengan muke x bersalah, pegi amik playar..bukak ape yg patut. Pastu ganti dengan yang baru. Dok gelak je sepanjang wat wiring tadi. Haha..

Tapi alhamdulillah, tadi banyak jugak la yang berjaya kami siapkan. Walaupun bukak balik segala bagai, besi patah..hahaha.. memang terasa gagah la arini.. dengan bahang panas dalam lab..balik dari wat wiring memang muke serabai tahap max la kan. Kambing pun tak sudi nak pandang aku. hahaha

Esok ade lab wiring lagi..fighting! yuhuu..

Friday, March 9, 2012

The Story of In-Smartive

Assalamualaikum W.B.T

Weehuu.. rindu nye kat blog nih. Lame da x update.. *Ayat yg same bila ade entri baru! haha 

Ok2..takmo merapu panjang2. Entri kali nih nak cite pasal kelab kesayangan aku kat UMP.




Ape yang membuatkan aku sayang sangat kelab ni? Ape specialnye? Ape? Ape? Mesti korang tertanya-tanya kan? Hmm..banyak sangat sebab kenapa aku sayang sangat kelab ni. Ni la yang nak cite ni. hehehe


Camne ye nak mula cite? Ishh..banyak sangat nak cite ni. Teruja weh teruja..! haha.. Ok, lets start with how i joined this club. Hmm..exact tarikh aku x ingat la tapi mase tu awal2 sem 1 aku kat UMP. Ade open day untuk kelab2 kat UMP ni. Mase tu aku cam tercari2 kelab yang aktivitinye ala2 menjadi fasi camtu. Ade la satu kelab tu da ade dalam kepala aku. Tapi aku x daftar lagi, dok pusing2 tengok semua kelab yang ade. Hmm..da takdir kan, aku stop by kat booth kelab In-Smartive ni. Ade sorang brader ni, tengah cite la pasal kelab ni kat beberapa orang budak yang ade kat booth tu. Aku pun join la same. Memang mantap la dengar aktiviti2 nye. Menepati citarasa aku. Haha.. Lepas diorang blah, aku pun tanya la beberapa soalan yang bermain di minda aku mase dengar cite dia tadi. Contoh cam kalo aku ni takde basic langsung nak jadi fasi, leh ke nak join n ade limit ke jumlah peserta untuk setiap aktiviti.. Brade tu pun jawab dengan begitu berkeyakinan dan berjaya provoke aku untuk join kelab In-Smartive. Akhirnya, aku mendaftar nama sebagai ahli In-Smartive. Yehuu! Jap2. Nak mention sesuatu. Brader tadi tu name dia Mel Jamil. *click name untuk ke FB beliau. haha

Seterusnya, perjumpaan perdana In-Smartive untuk UMP kampus Pekan. Uhh..mule2 aku da rase kelab ni cam tak best tau. Sebab ape?? Sebab kena wat refreshment. Alaa..yang wat gaya diiringi lagu tu.. hehehe.. Aku ni mane la suke wat benda tu sume. Time tu rase sume tu ntah ape2 jer.. Haha.. Tapi lek lu, itu masa awal2 jer. Pastu sebelum abis perjumpaan tu..penasihat In-Smartive, abg Wan ade mention pasal projek yang akan dilaksanakan yang memerlukan komitmen tinggi selama setahun. Aku dgr x dengar je mase tu. Yela, x berminat sangat kan dengar word KOMITMEN ni. Hmm..korang rase aku isi borang untuk projek tu x? Hahaha..gedik2 plak nak suh orang teka kan. Ok la, camni. Aku isi cam rela x rela je. Aku cakap kat roomate aku, kita isi jela.. Kan..alang-alang da join kelab ni.  The end cite pasal malam perjumpaan perdana tu.

Right before cuti midsem 1 habis, ade program In-Team, program In-Smartive la ni. Aku join. Kat kem Damai. Hmm..nak dijadikan cite..aku dalam paksa-rela menjadi Penghuluwati. Mase tu ade 2 orang je budak degree pompuan dari Pekan. Aku + Zila. Kena tolak-tolak, last2 aku terbangun tanpa disedari. hahaha.. Kerja gila ni bedah! Aku da la x pernah g camping sepanjang hidup wei. Dulu time sekola rendah, my beloved mum cam susah nak lepaskan aku g camping. Hehehe.. So, jadi la budak yang tak kurang lasak camni. Ok2, berbalik kepada cite tadi. Aku beranikan diri menerima cabaran. Sampai bila nak jadi penakut kan? x nak terima tanggungjawab. Aku x nak cite panjang masa kem ni. Just conclusion, kem ni memberikan aku 1 pengalaman baru disertai perubahan yang positif. Ape yang berubahnye dan ape pengalaman barunye? Nak tau? Hmm..

  • aku da berani menjadi volunteer nak bangun dan kehadapan-walaupun masih ade ragu2 lagi
  • aku da suke wat refreshment :P
  • aku masuk hutan wat nite walk weiii! haha
  • aku belajar erti kekeluargaan dalam In-Smartive
  • aku kenal ahli In-Smartive yang lain
banyak lagi sebenarnye cuma nanti orang kate plastik sangat plak tulis banyak2. hahaha.  

Next, sebelum balik tu. Aku telah diajukan soalan untuk menerima satu tanggungjawab besar. Well for me yang sangat2 mentah..perkara tu sangat besar. And I accepted it willingly. Entri ni aku nak tamatkan setakat ni je. Sebab mesti korang bosan kan bace entri berjela-jela. Jangan risau, next entri aku nak cite sesuatu yang sangat bermakna buat aku setelah join kelab In-Smartive ni. ;)