Tuesday, December 20, 2011

Pergi selamanya..

Perginya dia…

Hmm..hati aku memberontak nak tulis entri arini lepas baca entri my dear sis .. Ntah kenapa..terdetik hati ni. Betul la kata orang..bila orang tu da takde baru kita sedar betapa kita memerlukan dia. Aku rindu sangat kat arwah ketika ini.

Abdul Razak bin Basir. Nama insan yang aku panggil ayah sejak aku mula pandai bertutur. Mungkin aku x rapat dengan arwah dan mungkin aku jarang luahkan rasa sayang aku pada dia tapi kehilangan dia mendatangkan satu perasaan yang sukar untuk aku gambarkan. Bila aku ingat kembali memori dengan arwah, air mata x henti2 mengalir. Betapa besar pengorbanan arwah untuk membesarkan anak2 dia. Segala kemahuan aku untuk pelajaran tak pernah arwah hampakan. Sedaya upaya arwah penuhi permintaan aku walaupun susah. Pernah aku minta maaf pada arwah sebab susahkan dia, mintak duit nak beli buku sume tapi arwah kata sume tu tanggungjawab dia. Tak pernah dia rasa terbeban dengan permintaan aku. Selagi dia mampu, dia akan usahakan. 

Pukul 9 lebih 27hb Nov 2011, time tu aku kat kem agro semuji gambang. Check hp, ade miscall n mesej dari makcik aku. Meleleh air mata bila bace isi kandungan mesej dari makcik aku. "Tiqa, awak kat mana? Ayah jatuh dari siling rumah. Pendarahan teruk kat kepala". Ya Allah, rasa cam ade petir menyambar kat otak aku. Aku da mule pikir bukan2 time tu. Hati tak henti2 doa supaya ayah selamat. Terus aku keluar dewan dan call ibu. Dengar suara ibu yang sayu buat aku xleh berenti nangis. Ibu kata jangan nangis, insyaAllah ayah x pape. Hati aku memberontak nak balik time tu. Alhamdulillah senior2 kelab In-Smartive dan roomate aku sangat berhati mulia hantar dan temankan aku kat terminal di Kuantan. Bas paling cepat ke Muar jam 1 pagi. Dalam perjalanan ke terminal, aku dapat call dari akak sulung. "Ayah da takde!" Bagai nak gugur jantung aku time tu. Berat sungguh ujian ini Ya Allah... aku menangis tanpa pikir ape pun time tu. Malam tu..sampai kat umah, aku tido sebelah ibu. Aku genggam tangan dia. Sayu tengok muka ibu time tu. Aku da x mampu nak mengalirkan air mata. 

Aku terkilan sebab x sempat mintak maaf kat arwah. X sempat nak beritahu arwah betapa aku sayangkan dia. Kali terakhir aku jumpa arwah,masa balik Muar sebelum tu, arwah ada mintak tolong aku printkan kerja dia tapi aku merungut..  sesungguhnye sekarang memang aku sangat menyesal. Tapi takde gunanya..arwah da pergi selamanya.. Walau macammana anak dia nih layan dia, arwah tetap layan aku dengan baik. Arwah tetap hantar aku balik UMP. Walaupun jauh, penat. Ibu kata, setiap kali lepas solat berjemaah dengan arwah..arwah mesti doakan anak2 dia. Arwah sebut nama aku dalam doa dia..minta Allah mudahkan urusan aku kat sini. Menangis aku dengar.. Arwah ayah terbaik bagi aku walaupun ada kurangnya.  Sekarang dia da takde, takde lagi peluang untuk aku luahkan sayang aku pada dia. Hmm.. segagah mane aku pun, aku tak henti2 menangis sepanjang taip entri nih. Nak menyesal da takde guna kan..aku hanya mampu doakan arwah tenang di sana.. semoga arwah ayah ditempatkan dikalangan orang beriman.