Wednesday, July 13, 2011

Jalan raya Mu Jalan raya Ku jua!

Assalamualaikum w.b.t

Setelah sekian lama bermalasan untuk menaip d blog nih akhirnye aku gagahkan diri menaip. Haha.. Kang lame2 tak update berkarat plak blog aku nih. Ok..entri kali nih aku nak cite pasal masalah2 peribadi yang dihidapi pengguna jalan raya kat Malaysia nih. Masalah peribadi? Peribadi sangat la kann~ haha Ok2..lets proceed!

Hari2 g keje aku naik motor..i means menunggang motosikal. So, memang ari2 aku akan menggunakan jalan raya la kan..kecuali kalau ari2 yang aku malas tuh, aku naik helicopter je. *pirahhh!! berangan lebey! Jalan raya tuh bukan aku sorang je gune, beratus dan mungkin beribu orang dalam satu masa tuh menggunakan jalan raya yan g sama dengan aku. Aku bukan nak complaint la cume nak menyuarakan rasa sedih, kesal, menyampah sakit ati bla..bla..bla.. terhadap mereka yang tak bertanggungjawab atas jalan raya tuh.

First kan, aku memang bengang dengan manusia jenis nih! Sape dia? Manusia yang 'berasap' atas jalan raya especially yang naik motor macam aku. Ko nak berasap rosakkan paru2 ko, ko punye pasal la kan, tak payah la susahkan paru2 aku gak. Da berape kali da aku terpaksa menghadap situasi nih dimana manusia jenis nih slamber je berasap sambil tunggang motor. Asap dia tak payah cite la kan...berkepuk2 datang kat aku yang tunggang motor kat belakang motor dia. Lagi bengang kalau berenti kat traffic light. Pewwhhh! Macam nak sumbat2 je benda berasap tuh dalam mulut dia. nah TELAN! TELAN! *marah betul nih

 Seterusnye, spesis yang tak reti nak bagi signal awal2. Ah..yang nih agak menyirap a. Lagi la kalau tengah speeding nak kejar traffic light. Dia boleh wat slow motion..bile aku nak potong dia,tetiba bagi signal nak belok lak. Tak ke menyakitkan hati tuh?? Huh..hampeh2.. Tolong la weh, bukan nye kene bagi signal 500meter sebelum belok tapi at least pandai la agak2 bile mase yang tepat nak bagi signal. Jangan susahkan orang nak oih! Huhh..

Lagi satu, aku bengang betul dengan mereka yang berkereta nih. Lol..kenape lak kan? Aku bengang dengan diorang yang suke parking kereta kononnye sekejap je dan mem'blok' kawasan parking motor. Hangin betul aku. Da la susah nak parking pastu susahkan nak keluarkan motor nanti. Heishh! Ape la korang nih. Kalau kereta tuh diparking dengan ade pemandu dalam tuh ok lagi la, nih tak. Dok la ditinggalkan kereta camtuh dengan bebudak yang tak tau ape. Takan aku nak suh diorang alihkan kereta lak kan? Pikir la wei..

Hohh..penat betul marah2 nih. Haha..Rasanye takde la ape lagi nak disuarakan setakat nih. Korang yang bace entri nih tolong la elakkan perkara2 tersebut. Menjengkelkan tau? Haha.. Akhir kata,jalan raya tuh guna sama2, so behave la supaya kita tak susahkan orang lain. =)

No comments: