Thursday, May 12, 2011

Sederhana itu sempurna

Assalamualaikum w.b.t

Sederhana....berada di tengah-tengah lebih dan kurang.  Tak lebih,tak kurang. Ape yang aku nak coretkan mengenai sederhana ini ialah mengenai kehidupan yang sederhana. Semakin lama aku hidup di atas muka bumi ciptaan Allah ini, semakin aku sedar bahawa bersederhana itu satu kesempurnaan. Ya..mungkin korang akan kata.."Mana ada yang sempurna kat dunia nih?!".. sempurna yang aku cuba katakan disini ialah sempurna melalui sisi pandangan aku. Insan yang juga serba-kekurangan.

 Hidup yang bersederhana, miliki benda yang hanya mampu dimiliki adalah lebih baik berbanding jika seseorang itu sanggup berhutang demi memiliki benda yang tak mampu dimilikinya atas dasar nak menunjuk2 walaupun hakikatnya dia tak mampu. Kalau kereta dan rumah tuh lain cerita la kan. MAHAL! Hartawan je mampu beli cash! Kalau hidup da dikelilingi hutang, mana nak datang aman dalam kehidupan tuh. Jiwa kacau! 

Kekadang tuh ade je orang yang sebenarnya lebih dari mampu tapi dia tak nak menunjuk2. Seorang yang tak mau aku sebut kat sini..kaya! tapi dia hanya menggunakan kereta buatan Malaysia sahaja. Walhal kalau diikutkan kemampuan dia, dia mampu miliki kereta yang mahal2 tuh tapi dengan sifat bersederhana yang ada pada dia membuatkan aku rasa kagum.

Cerita pulak pada pasangan hidup. Bersederhana dalam mencari pasangan hidup. Ecehh! Kemain ko ek. Orang sekarang nih..nak cari calon nak yang cantek, handsome, kaya, sama taraf! Korang sedar tak tuh semua duniawi aje? Cantik/handsome mane pun, da tua lain gak jadik. Nak yang kaya? Kaya2 kang..ramai yang berkenan. Susah nanti dik! Tapi kalau diikutkan aku nih pun agak demand jugak. Hoho..

Rupa tuh takde la aku kisah sangat. Cume pelajaran dan pekerjaan. Itu penting. Pekerjaan yang mampu menampung kehidupan aku, itu sudah cukup. Takmo la nanti sebab masalah kewangan, timbul masalah lain. tapi semua itu hanya lah ape yang aku bayangkan...Allah da tentukan sape jodoh aku, aku perlu terima seadanya nanti..

No comments: