Thursday, May 26, 2011

Kids and Clinics

Assalamualaikum w.b.t

Entri kali nih aku nak cite pasal simple reminder untuk parents out there yang anaknye ta sihat dan ingin ke klinik berjumpa dengan doktor.. Chewahh..gitu. Ni sume based on pemerhatian aku sepanjang keje kat klinik pakar kanak-kanak tuh la. Hanya cadangan bukan satu paksaan. Suggestion yang akan memudahkan para ibu bapa. Actually macam tak sesuai untuk golongan remaja tapi korang leh bace la jugak sebagai persediaan bile bergelar mummy or daddy satu hari nanti. hoho..

Satu
Bawa myKid / birth certificate anak anda. Ini penting terutamanya bila korang 1st time datang ke klinik tersebut. Ini dapat memudahkan staff di klinik tersebut untuk mendaftarkan anak anda. Paling cikai pun anda tolong la ingat birthday anak anda. Mengetahui umur sebenar kanak-kanak tersebut adalah penting dalam memastikan dos ubat yang sesuai untuknya. Jika orang lain yang membawa anak anda ke klinik tersebut, pastikan data-data tersebut di inform kepada orang tersebut agar tidak berlaku sebarang kesulitan kelak.

Dua
Bawa keperluan anak anda. Contohnye ; pampers, botol susu, puting, sapu tangan dsb. Kenapa? Mudah jika anak anda tetiba terberak ker. Yelah, klinik jarang ade sediakan pampers untuk patient ok. Semuanya bergantung pada keprihatinan ibu bapa itu sendiri. Botol susu? Bawa sekali dengan pakej ; susu,air panas. Sapu tangan pulak sangat perlu terutamanya bila anak anda selesema. Kalau guna tisu ok but i think its better to use towel. Soft! Ha, ini satu lagi. Plastik! La..kenapa pulak plastik an? Nih in case kalau anak anda tuh muntah-muntah. Kalau dari rumah da muntah-muntah, sila la bawak plastik untuk memudahkan anda. 


Tiga
Say no to rompers. Sila rujuk pic disebelah.. Ok..why? ok2..bukan tak boleh, cuma cadangan ye. Sebabnye, agak sukar bagi doktor bila nak check paru2/nafas anak anda. Kalau pakai rompers nih kena la selak tinggi kan,kalau pakai t-shirt hanya perlu selak sikit je. Ye x? Mummy pun tak perlu la susah nanti nak tanggalkan butang rompers si anak. Mungkin nampak remeh tapi kalau anak anda jenis yang memang tak suka bila diperiksa doktor,anda yang akan mendapat susah! Dia terpusing sana sini nanti, mana nak check kan?



Empat
Biasakan anak anda dengan alat penimbang. Dari pemerhatian aku, ramai budak yang tak suka nak timbang. Kalau gadis2 remaja tak suka timbang tuh mungkin la boleh diketahui sebabnye.. hehe.. Jika anda membawa anak anda ke child specialist, memang anak anda perlu ditimbang. Kenapa? Sama gak seperi umur, berat juga penting untuk menentukan dos ubat untuk anak anda. Jika tak mahu anak anda melalak sebab tak nak ditimbang, biasakan la mereka dengan alat penimbang. Sounds silly but once u become a mother or dad, then u know it.

Lima
Kalau anda membawa anak yang ramai ke klinik dan hanya seorang saje yang perlu diperiksa oleh doktor, meminta la kerjasama dapat mengawal anak-anak yang ramai tersebut. Bukan ape, konsentrasi doktor mungkin boleh terganggu jika terlalu ramai di dalam biliknye ditambah pule jika mereka membuat bising. Doktor senang, anda pun senang. Hoho


Enam
Yang keenam nih, hanya sekadar tenguran. Ade dikalangan parents yang mungkin bekerja di farmasi or yang berkaitan la kan..satu kebaikan bila parents mengetahui ubat apa yang anaknya makan. Prihatin! But please,kindly dengar dulu penjelasan oleh staff klinik ketika beliau dispense ubat untuk anak anda. Ye, mungkin anda lebih berpengetahuan daripada dia tapi kan baik kalau kita berbudi bahasa. Apa guna pelajaran tinggi kalau takde budi bahasa? Dengar dulu then baru suarakan pendapat anda. Staff tuh hanya mengikut arahan doktor.


Rasanye tuh je kot. Sekali lagi diingatkan, semua nih hanya berdasarkan pemerhatian sahaja. Mungkin ada yang tak bersetuju. Ianya hanya cadangan bukan paksaan. Hopfuly entri ini mampu memberi sedikit sebanyak panduan kepada ibu bapa yang hendak membawa anak-anak ke klinik. dan juga kepada future mummies and daddies.. ^^,

2 comments:

azrine said...

Saya tergolong dlm kategori ibubapa prihatin.Tapi saya suka rompers sebab cumil.Pasni xbole pakai rompers bila g jumpa doc..huhu

Atiqah Razak said...

bagus2..ibu bapa macam nih la yg kita nak. haha