Thursday, May 26, 2011

Cacar Ayam?

Assalamualaikum w.b.t

Cacar ayam? What the?? haha..betul2 aku translate. Actually what I meant is cacar air or well-known as CHICKEN POX. Kenapa tetiba nak wat entri pasal nih pulak an?  

Sebab aku telah dijangkiti! 
Waaa~ 

Sedih tak sedih la kan. Orang kate, setiap orang pasti akan kene chicken pox once in their lifetime dan aku belum pernah kena lagi sebelum nih. Ok..mari aku cite info berkaitan penyakit nih..


Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air. Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Penghidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa). Penghidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

(credit to website KKM : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/ChickenPox.php)

Uh..risau aku. Yela kan, bile da kena chicken pox nih kunpem la ta buleh g keje. Lagi la tempat keje aku tuh sensitip. Ramai kanak-kanak. Sedey+ serba salah dibuatnye sebab aku da la baru keje situ, pulaknye nak cuti sampai seminggu. Haih..kesian akak2 ku di tempat keje tuh. Mesti busy diorang nnt. Tapi nak buat macam mane kan, penyakit datang tanpa diundang. Aku rasa maybe sebab ade sorang patient tuh datang klinik sebab kene chicken pox, dan disebabkan badan aku x immune dengan penyakit nih so, senang la nak merebak kan? Lagi la tem tuh aku tengah demam, bdan pun lemah...penyakit bergumbira menjangkiti aku. Haha..

Doakan aku cepat sembuh ye. I think I'm gonna miss my workplace so much. Ahh..those cute kids.. Haihh..

3 comments:

azrine said...

Take care..makan ubat ok

Atiqah Razak said...

baiklah kakak..hoho

me-Chan_0o_ said...

cepat sembuh yeop! hee
cian die sakit..