Tuesday, May 31, 2011

I'm b2uty!

Erm..tajuk entri macam prasan lebey je kan? Haha..tapi kalo korang peminat KPop mesti korang tau ape itu b2uty yang aku maksudkan. B2uty tuh name manje (blah la ko..!) atau pun nickname untuk peminat2 BEAST aka B2ST.. Haa...comey kan? Huhu..ape yang aku nak cite kat sini ialah aku kecewa!!! Pehal nak kecewa lak kan tetiba? Camnih kisahnye....

Balik dari bandar tadi (ceh2 ko..sakit2 pun boleh merayap lagi kan?) aku g stesen bas. Sementara tunggu akak aku nak beli tiket bas (katenye nak melancong~), aku pun pegi la merayau2 tengok majalah. Niat di ati nak cari majalah e-pop..hehe.. fav aku sekarang. Jumpe! Yes2...serunuk betul cik Bedah.. Selak punye selak, aku terjumpa la nih.....

BEAST!!!


The First Beast Fan Meeting Asia Tour..

Oh yeahhh~ Siap ade kontes plak tuh untuk dapat tiket pree g kunsert depa nih. Duhh! Ati aku berbunga riang. Ade ati nak pegi nih.. Tiket ya ampun, MAHAL..tapi aku terpikir nak juin kontes tuh. Mane la tau ade luck, menang...boleh jumpe Dong Woon oppa aku tuh.. Haha.. Gile! Bajet confirm menang je kan? Huu... Tapikan..tapi...tarikh nye..TAK SESUAI! 01.07.2011 bersamaan ari Jumaat. Menci boleh x? Kenape la setiap kali artis Korea wat showcase mesti ari Jumaat. Wei! Ari Jumaat aku keje la..Sabtu pon keje.. Tak berhati perut la penganjur nih. Punah harapan aku. Nak juin kontes tuh pun da tade ati. Kalau menang takkan aku nak campak tiket tuh kat sesape lak..lagi kecewa sebab tak dapat g. Huwaaaaaa...... Takpe la..cik b2uty yang len..korang tengokkan untuk aku ye.. Hoho..


Beast yang kiut


 Beast yang macho..hoho


Takpe la..untuk b2uty yang senasib dengan aku..mari kite tengok MV terbaru dari diorang.. 

the Fact & Fiction


Monday, May 30, 2011

Saya NAK benda2 nih!

Assalamualaikum w.b.t

Ehem2..sejak duk umah sebab MC nih,asik la nak menghapdate blog kan cik Atiqah nih.. Haha..ape boleh buat kan? Bosan tau tak dikuarantin kat umah. Haih..ha,tengah dok breaklunch (breakfast+lunch) tadi, tetiba aku terpikir nak share dengan korang benda-benda yang aku nak miliki.. Ahah...!  Mari kita tinjau-tinjau...haha

Juara carta ialah encik Nikon DSLR. Tak kire la model hape..janji dapat sebijik camera DSLR nih da cukup baik da. Haha.. Kenape DSLR? Sebab aku rase camera nih sejuk COOL. Ditambah pulak minat aku terhadap photography. Cume minat nih tak dapat dikembangkan sebab aku tade kamera sendrik. Setakat kemera hp ade lerrr..hoho.. Kalau dapat sebijik kamera nih, memang sape2 nak suh aku snap pic dengan rela aku snap. Haha.. DSLR nih jadi impian aku da lame da cuma susah nak direalisasikan sebab sebijik encik DSLR nih bukan murah, beriban! Mane nak cekut duit? Korek tanah boleh jumpe x? Haha.. Ade sape2 sudi nak hadiahkan aku? Ngahaha...


Encik Nikon D5000 DSLR saya*! perasan 


Next! Honda City latest model nih..


Peh! cun melecun! Huhh..dapat nih,memang aku jage. Kalau dapat simpan dalam umah,mmg aku simpan dalam umah. Haha.. Why this car?   Sebabnye mudah saje..kereta nih smart, stylish dan mantap! Cehh..poyo kan? Ala...aku ta suke kereta2 mewah cap lain. Cap Honda jugak yang smart. Tunggu la aku keje nanti, sebijik Honda City depan umah..hahaha.. 


Seterusnyer...jeng3.. Apple iPad...!! OMG!!! 


Comey gile kan iPad kaler pink nih? Duhhh..mantap! (abaikan kegilaan aku*) Kenapa iPad? dan kenapa warne pink? Ok2..iPad sebab sekarang nih bendalah nih satu trend la. Seperti DSLR tadi, iPad nih COOL! Haha..pink pulak sebab...errr...comey? Ala, ta kesah la warne ape..yang penting Apple iPad..huuu..


Proceed~ ha,benda yang nih hanye bile aku da koje +bile aku da kaye je akan tercapai.. Sebuah rumah yang sepenuhnya didesign oleh aku..mengikut cita rasa aku dan rumah itu akan menjadi rumah aku dan keluarga! Hahaha!!! Over lak..hehe..Tade gambar untuk yang nih sebab masih dalam imaginasi sahaja.. Haha..sengal! Yang nih memang susah sket la nak tercapai sebab memerlukan kos yang amat tinggi.  Jadi, aku perlulah belajar bersungguh-sungguh dan kerja hebat2 demi menjadikan RUMAH AKU satu realiti..haha



Next!! Aku nak memiliki sebuah gitar..nih da berabad aku nak tapi tak terbeli2 sebab aku asik pikir je...kang beli tapi tak belajar main cm rugi plak..haha.. Ha..cube tengok gitar pink disebelah..haha..PINK lagiiii~ Nih kan sebab aku terpengaruh dengan cite WGM (We got Married) YongSeo couple tuh. Seo Hyun nak beno gitar kaler pink nih and last episode Yong Hwa hadiahkan Seo Hyun gitar pink tuh. Comey betul~ Sebab tuh aku cm gile sket bile tengok gitar kaler pink..haha


Last episode WGM YongSeo



Haa...lagi satu. Aku teringin beno nak memiliki sebuah private jet. Ecehhh..gitu~ melampau sket la kan..haha.. Kenape? Sebab senang aku nak terbang kemana2. Selesa lak tuh. Giler ah.. Lagi satu senang mak bapak aku nak g melancong memane.. Huhuhuhu..bagus x? Tapi ko ingat senang ke? Mane ko nak mendarat kat Muo nih?? haha.. Lagi satu, ko ingat murah?! Eh2..termarah diri sendrik plak..huhu tape la..why not berangan nak ade jet peribadi nih. Mane tau satu hari nanti ade duit lebih..boleh angkut sebijik? haha.. 


semoga jadi realiti..hoho


Macam2 kan aku nih..mengarut ngarut pun ade..tapi sume tuh tak salah. Dari impian la kita akan lebih berusaha untuk mencapainye. Ye x? haha.. Hopfuly benda-benda yang aku impikan nih suatu hari nanti akan menjadi milik aku. Huuu~




Sunday, May 29, 2011

Tabahkan Hatiku~

Assalamualaikum w.b.t

Ya Allah..sesungguhnya aku hanya hambaMu yang lemah.. 
Tabahkan hatiku melalui dugaan ini ya Allah!
Aku terlalu lemah untuk menghadapinya..



Kadang-kadang aku selalu mempertikaikan kenapa perkara ni harus terjadi pada aku? Arggghhh!! Aku jadi terlalu tertekan dengan situasi nih. Aku benci sume nih! Tapi aku tahu, Allah maha mengetahui lebih dari apa yang aku tahu. Semua nih berlaku dengan hikmahnya tersendiri. Aku tak boleh nak pertikaikannya. Ampunilah aku Ya Allah!

Thursday, May 26, 2011

Cacar Ayam?

Assalamualaikum w.b.t

Cacar ayam? What the?? haha..betul2 aku translate. Actually what I meant is cacar air or well-known as CHICKEN POX. Kenapa tetiba nak wat entri pasal nih pulak an?  

Sebab aku telah dijangkiti! 
Waaa~ 

Sedih tak sedih la kan. Orang kate, setiap orang pasti akan kene chicken pox once in their lifetime dan aku belum pernah kena lagi sebelum nih. Ok..mari aku cite info berkaitan penyakit nih..


Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air. Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Penghidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa). Penghidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

(credit to website KKM : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/ChickenPox.php)

Uh..risau aku. Yela kan, bile da kena chicken pox nih kunpem la ta buleh g keje. Lagi la tempat keje aku tuh sensitip. Ramai kanak-kanak. Sedey+ serba salah dibuatnye sebab aku da la baru keje situ, pulaknye nak cuti sampai seminggu. Haih..kesian akak2 ku di tempat keje tuh. Mesti busy diorang nnt. Tapi nak buat macam mane kan, penyakit datang tanpa diundang. Aku rasa maybe sebab ade sorang patient tuh datang klinik sebab kene chicken pox, dan disebabkan badan aku x immune dengan penyakit nih so, senang la nak merebak kan? Lagi la tem tuh aku tengah demam, bdan pun lemah...penyakit bergumbira menjangkiti aku. Haha..

Doakan aku cepat sembuh ye. I think I'm gonna miss my workplace so much. Ahh..those cute kids.. Haihh..

Kids and Clinics

Assalamualaikum w.b.t

Entri kali nih aku nak cite pasal simple reminder untuk parents out there yang anaknye ta sihat dan ingin ke klinik berjumpa dengan doktor.. Chewahh..gitu. Ni sume based on pemerhatian aku sepanjang keje kat klinik pakar kanak-kanak tuh la. Hanya cadangan bukan satu paksaan. Suggestion yang akan memudahkan para ibu bapa. Actually macam tak sesuai untuk golongan remaja tapi korang leh bace la jugak sebagai persediaan bile bergelar mummy or daddy satu hari nanti. hoho..

Satu
Bawa myKid / birth certificate anak anda. Ini penting terutamanya bila korang 1st time datang ke klinik tersebut. Ini dapat memudahkan staff di klinik tersebut untuk mendaftarkan anak anda. Paling cikai pun anda tolong la ingat birthday anak anda. Mengetahui umur sebenar kanak-kanak tersebut adalah penting dalam memastikan dos ubat yang sesuai untuknya. Jika orang lain yang membawa anak anda ke klinik tersebut, pastikan data-data tersebut di inform kepada orang tersebut agar tidak berlaku sebarang kesulitan kelak.

Dua
Bawa keperluan anak anda. Contohnye ; pampers, botol susu, puting, sapu tangan dsb. Kenapa? Mudah jika anak anda tetiba terberak ker. Yelah, klinik jarang ade sediakan pampers untuk patient ok. Semuanya bergantung pada keprihatinan ibu bapa itu sendiri. Botol susu? Bawa sekali dengan pakej ; susu,air panas. Sapu tangan pulak sangat perlu terutamanya bila anak anda selesema. Kalau guna tisu ok but i think its better to use towel. Soft! Ha, ini satu lagi. Plastik! La..kenapa pulak plastik an? Nih in case kalau anak anda tuh muntah-muntah. Kalau dari rumah da muntah-muntah, sila la bawak plastik untuk memudahkan anda. 


Tiga
Say no to rompers. Sila rujuk pic disebelah.. Ok..why? ok2..bukan tak boleh, cuma cadangan ye. Sebabnye, agak sukar bagi doktor bila nak check paru2/nafas anak anda. Kalau pakai rompers nih kena la selak tinggi kan,kalau pakai t-shirt hanya perlu selak sikit je. Ye x? Mummy pun tak perlu la susah nanti nak tanggalkan butang rompers si anak. Mungkin nampak remeh tapi kalau anak anda jenis yang memang tak suka bila diperiksa doktor,anda yang akan mendapat susah! Dia terpusing sana sini nanti, mana nak check kan?



Empat
Biasakan anak anda dengan alat penimbang. Dari pemerhatian aku, ramai budak yang tak suka nak timbang. Kalau gadis2 remaja tak suka timbang tuh mungkin la boleh diketahui sebabnye.. hehe.. Jika anda membawa anak anda ke child specialist, memang anak anda perlu ditimbang. Kenapa? Sama gak seperi umur, berat juga penting untuk menentukan dos ubat untuk anak anda. Jika tak mahu anak anda melalak sebab tak nak ditimbang, biasakan la mereka dengan alat penimbang. Sounds silly but once u become a mother or dad, then u know it.

Lima
Kalau anda membawa anak yang ramai ke klinik dan hanya seorang saje yang perlu diperiksa oleh doktor, meminta la kerjasama dapat mengawal anak-anak yang ramai tersebut. Bukan ape, konsentrasi doktor mungkin boleh terganggu jika terlalu ramai di dalam biliknye ditambah pule jika mereka membuat bising. Doktor senang, anda pun senang. Hoho


Enam
Yang keenam nih, hanya sekadar tenguran. Ade dikalangan parents yang mungkin bekerja di farmasi or yang berkaitan la kan..satu kebaikan bila parents mengetahui ubat apa yang anaknya makan. Prihatin! But please,kindly dengar dulu penjelasan oleh staff klinik ketika beliau dispense ubat untuk anak anda. Ye, mungkin anda lebih berpengetahuan daripada dia tapi kan baik kalau kita berbudi bahasa. Apa guna pelajaran tinggi kalau takde budi bahasa? Dengar dulu then baru suarakan pendapat anda. Staff tuh hanya mengikut arahan doktor.


Rasanye tuh je kot. Sekali lagi diingatkan, semua nih hanya berdasarkan pemerhatian sahaja. Mungkin ada yang tak bersetuju. Ianya hanya cadangan bukan paksaan. Hopfuly entri ini mampu memberi sedikit sebanyak panduan kepada ibu bapa yang hendak membawa anak-anak ke klinik. dan juga kepada future mummies and daddies.. ^^,

Saturday, May 21, 2011

Tak sihat...sob..sobs

Assalamualaikum w.b.t.

Halu2.. saya tak sihat. Bukan mental tak sihat tapi badan yang tak sihat ye. Nanti timbul miskomunikesyen lak..haha. Semalam..ye! semalam la aku mula rasa tak sihat. soksek-soksek sebab selesema.





Huih..da la aku keje kat klinik kan, klinik kanak-kanak lak tuh. Takmo la aku dikatekan penyebar virus2 kepada kanak-kanak yang sudah sedia tak sihat itu. Uh, memacam aku telan demi memastikan kesihatan kembali pulih. Panadol? Lepas makan, balik tengahari tuh terus aku tersadai atas tilam. TIDO! Sebelum g keje petang tuh, singgah jap kat kedai depan umah tuh.. Beli apo? 


100plus. Haha.. mane taknye..makan panadol pun tak jalan. Alhamdulillah, ok sket la compare pagi tuh. Tapi, malam nye...kembali selesema. Lepak! Tak leh nak wat pe. Badan pun mcam otw nak demam je kan.. Aku da risau da.. Nasib baik arini keje haf-day je. Huh..Tuhan je yang tahu camne seksanye aku nak control hidung aku. Hoho.. Ramai pulak kan patient ari sabtu nih dan ramai pulak yang datang nak amek injection. Huhu.. Ketika aku menaip entri nih, hidung dalam keadaan stabil. Alhamdulillah. 


p/s: petang tadi sempat la update permohonan UPU aku. Wish me luck k.. Aku berharap sangat dapat pilihan pertama aku. Hoho.. InsyaAllah..

-Jagalah kesihatan anda sebelum terlambat-
^^,

Thursday, May 19, 2011

Hari yang penat juga menggembirakan ^^,

Assalamualaikum w.b.t

amaran: entri ini mengandungi salah guna perkataan yang meluas. kanak-kanak dibawah umur 12thn memerlukan pengawasan orang dewasa untuk membaca entri ini.

Urm..lame da tak update blog usang shumel aku neh.. hoho..rindu.. Ade masalah sket yang tak dapat nak dielakkan. Okeh..hari dimana aku mampu tersenyum biarpun kepenatan. Ohoh! Kenape? Mesti korang tertanye-tanye kan..(kalo tak pun iyekan aje la ye..)huk

Tanggal 18hb Mei 2011, result PSPM II pelajar matrikulasi seluruh Malaysia sesi 2010/2011 diumumkan. Oh..hanya Allah yang tahu betape nebesnye aku menanti hari itu. Pagi tuh, sebaik saje bangun tido, aku mencapai hp dan segera send sms ke 15888 untuk mengetahui keputusan aku. Ahah! Over-excited lak kan? Tak pela..lambat-lambat lagi aku nebes! Hampa ati aku bile dapat balasan bahawa result belum kuo lagi. Chettt! Tapi takpe la kan..haha..

Aku pun bersiap-siap la nak keje (setelah bercuti semalamnye sebab Wesak day).. Hah..ni la yang memenatkan aku. Ramai pulak patient pagi tuh..yela, semalam cuti kan..klinik tutup. Qada la patient arini..haha.. Pulaknye aritu aku jage 'department' dalam dimane harus menolong doc semase beliau menge'check' patient. Hohh..penat! Tak sempat nak duduk oke. Patient lak tak berhenti-henti datang.

Balik kul 12.30 tuh dengan rakusnye aku on9, nak tengok result sebab aku yakin dengan confidentnye bahawa result suda boleh disemak! Tapi...HAMPA sekali lagi. Belum boleh check daaa~ tape2.. aku sabo. Sementara tuggu result boleh disemak, lebih baik aku tido! haha.. Kul 3.30petang bangun sebab nak g klinik kerajaan tuh, g amek ubat mak aku. Balik dari klinik tuh, aku on9 mukabuku. Oh....aku nampak! aku nampak! ade orang announce bahawa result sudah boleh disemak. Dengan segera aku check!

Alhamdulillah.. Aku menangis bersyukur tengok result aku. Walaupun bukan empat rataa tapi aku bersyukur akhirnye aku dapat capai 3 pointer. No 3 yang aku impikan menjadi realiti. Thank You Allah! Thanks juge kepada my dear Mummy yang tak putus-putus berdoa untuk anaknye ini. Sekarang nih aku berdoa ade U yang sudi nak mengambil aku sebagai pelajar mereka. InsyaAllah..

Balik kepada cite di tempat keje selepas pukul 6. Ye..sebelum doc datang pada pukul 6.40 petang, seramai 8 orang patient da men'register'kan diri. Dannnnn...6 daripada mereka ialah patient baru. Tak ribut lak kitorang kan.. 2 pasang adik-beradik dan sepasang kembar. Riot oke. Klinik tuh secara tiba-tiba menjadi seperti MICKEY MOUSE CLUBHOUSE. haha.. Berlari sane sini..terjerit2.. OMG! Korang bayangkan la camne. Aku da cam biol2 je mase nak timbang c kembar tuh. Mane tak nye, muke da la same..name pun dedekat same.. Ohhhh!

Bile doc datang je..mule la kan tugas aku jade department dalam. Penat tak penat la kan.. Lebih kurang 20 lebey patient datang malam tuh. Balik tuh memang aku rase nak pengsan je.. hoho.. TIDO!

Thursday, May 12, 2011

Sederhana itu sempurna

Assalamualaikum w.b.t

Sederhana....berada di tengah-tengah lebih dan kurang.  Tak lebih,tak kurang. Ape yang aku nak coretkan mengenai sederhana ini ialah mengenai kehidupan yang sederhana. Semakin lama aku hidup di atas muka bumi ciptaan Allah ini, semakin aku sedar bahawa bersederhana itu satu kesempurnaan. Ya..mungkin korang akan kata.."Mana ada yang sempurna kat dunia nih?!".. sempurna yang aku cuba katakan disini ialah sempurna melalui sisi pandangan aku. Insan yang juga serba-kekurangan.

 Hidup yang bersederhana, miliki benda yang hanya mampu dimiliki adalah lebih baik berbanding jika seseorang itu sanggup berhutang demi memiliki benda yang tak mampu dimilikinya atas dasar nak menunjuk2 walaupun hakikatnya dia tak mampu. Kalau kereta dan rumah tuh lain cerita la kan. MAHAL! Hartawan je mampu beli cash! Kalau hidup da dikelilingi hutang, mana nak datang aman dalam kehidupan tuh. Jiwa kacau! 

Kekadang tuh ade je orang yang sebenarnya lebih dari mampu tapi dia tak nak menunjuk2. Seorang yang tak mau aku sebut kat sini..kaya! tapi dia hanya menggunakan kereta buatan Malaysia sahaja. Walhal kalau diikutkan kemampuan dia, dia mampu miliki kereta yang mahal2 tuh tapi dengan sifat bersederhana yang ada pada dia membuatkan aku rasa kagum.

Cerita pulak pada pasangan hidup. Bersederhana dalam mencari pasangan hidup. Ecehh! Kemain ko ek. Orang sekarang nih..nak cari calon nak yang cantek, handsome, kaya, sama taraf! Korang sedar tak tuh semua duniawi aje? Cantik/handsome mane pun, da tua lain gak jadik. Nak yang kaya? Kaya2 kang..ramai yang berkenan. Susah nanti dik! Tapi kalau diikutkan aku nih pun agak demand jugak. Hoho..

Rupa tuh takde la aku kisah sangat. Cume pelajaran dan pekerjaan. Itu penting. Pekerjaan yang mampu menampung kehidupan aku, itu sudah cukup. Takmo la nanti sebab masalah kewangan, timbul masalah lain. tapi semua itu hanya lah ape yang aku bayangkan...Allah da tentukan sape jodoh aku, aku perlu terima seadanya nanti..

Wednesday, May 11, 2011

MERAH JAMBU aka Pink !

Assalamualaikum w.b.t

Obses terhadap pink?

Yeke?  Lately ramai tanye aku, "Ko suke warne pink ke?". Sebab mereka nampak banyak barang aku yang berwarna pink! Err.. Mungkin la kot. Sejak dua menjak nih aku tak suke lak tengok barang-barang yang berwarna pink aka merah jambu. Hambek ko! Dulu ye noe kate tak suke warne pink. Girly sangat! Mengada! Tak cantik! Sekarang..ko telah dikhianati oleh diri sendiri wahai Nur Atiqah! Padan muke.. Ala, bukan ape..bile aku tengok lame2..warne pink nih macam soft je..lembut gitu kan.. comel pun ade. Jadi pe leh wat...ati da suke.. hahahaha!

Antara koleksi barang aku yang berwarna pink ialah

  • selipar kuo jejalan
  • selipar pakai kat tempat keje
  • dompet purse
  • t-shirt POLO
  • keychain gantung kat pendrive
  • towel
  • berus jamban gigi
  • background belog! =P
  • banyak lagi la! ngahaha!

Tu la kan..orang kate, jangan benci2..nanti lame2 suke. Betol weh! Haha.. Ntah la kan..mate nih asik la terberkenan kat barang-barang yang berwarna pink nih. Nak kate aku nak ke arah geli 'girly' tade la pun kot. Jiwa aku tak macam tuh lagi..ngahaha. Jadik, moral of the story...jangan nak benci2 sangat pada sesuatu sebab akhirnye mesti kita akan suka ape yang kita benci tuh.. Kui3..

p/s: suke gak tengok kumpulan JAMBU kat Maharaja Lawak.. ^^,

Sape cakap?!

Who Says
Selena Gomez 
 
 
 
I wouldn't want to be anybody else ( Hey! )

You made me insecure
Told me I wasn't good enough
But who are you to judge
When you're a diamond in the rough
I'm sure you got some things
You'd like to change about yourself
But when it comes to me
I wouldn't want to be anybody else

Na na na na na
Na na na na na na
I'm no beauty queen
I'm just beautiful me

La na na na na na na na na!
La na na na na na na na na!

You've got every right
To a beautiful life
( C'mon! )


Who says
Who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me
That's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful
Who says

It's such a funny thing
How nothing's funny when it's you
You tell 'em what you mean
But they keep whiting out the truth

It's like a work of art
That never gets to see the light
Keep you beneath the stars
Won't let you touch the sky

La na na na na na na na na!
La na na na na na na na na!

I'm no beauty queen
I'm just beautiful me

La na na na na na na na na!
La na na na na na na na na!


You've got every right
To a beautiful life
C'mon

Who says
Who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me
That's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful

Who says
Who says you're not star potential
Who says you're not presidential
Who says you can't be in movies
Listen to me, listen to me
Who says you don't pass the test
Who says you can't be the best
Who said, who said
Won't you tell me who said that
( Yeah, WHO SAID!? )

Who says
Who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me
That's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful
Who says(x2)
 
 
LOVE THIS SONG!

Sunday, May 8, 2011

Jejak kasih setelah sekian lame tak jumpe...hohoho

Assalamualaikum w.b.t



Enjoy! Itu yang dapat aku gambarkan sempena dengan keseronokan aku keluar hang out bersama-sama genk2 d'clique yang sekian lame tak ku jumpe. Eceh! Poyo lagi kan ayat ko? Tak abes lagi..hohoho.. Petang tadi, nearly pukul 2.30, tinie datang menjempot aku dengan kereta. Oh! Heaven...da lame tak merase naik kereta yang di'drive oleh cik Tinie.. Kah3.. Sekarang dia da pro beb bawak keta. Teringat tem awal2 dulu, agak cuak la nek keta ngan dia tapi sekarang... DAEBAKK!! haha.. Ok2..balik kepada cerita kami keluar tadi.


Awal tadi ade la sket masalah teknikal tapi finally dapat diselesaikan. Kalau da jodoh nak bertemu kan.. huhu.. Yana tak dapat juin, al-maklumlah..orang da keje. KFC plak tuh.. Sape la kami.. Hahaha... Genk d'clique yang juin tadi ialah...

  • aku.. Ko tak taw name aku sape? Lantak lahh..malas nak layan.
  • Najat Nabilah
  • Nur Artini 
  • Nurul Saqinah
  • Khusnul Khotimah
  • Nur Izzatul Natasya
  • Siti Sarah
 
Daebakk kan? huhu.. Tapi sayang ade lagi 3 orang tak dapat juin.. Umira, Umi Nazirah dan juge Liyana.. Sedey! Tapi tak pelah.. bile2 boley je nak jumpe kan. Mule2 tadi kitorang lepak makan abc kat gerai fav kitorang laa..kedai no1 kat tanjung tuh. Mane lagi kan.. haha.. Selesai makan, nak tunggu c Cha+Sara, kitorang pun gerak duk tepi sungai. Lame da tak menikmati permandangan d tepi sungai Muar..(da datang da ayat poyo kaw!) dan seperti biase,aktiviti yang wajib gitu....photo-shoot.. keh3.. SENAP..SENAP pic mari..

muke nak kentut..haha


tangan gunting! 


mane aku plak nih??


 peluk2 lak nih


sakan gelak naa


 najat and me


lovethispicdamnmuch


whOa!


cik Tinie!


cik Qina!


itsme


Nur Atiqah Abdul Razak


Balik dari tanjung tuh, kami ke wetex plak. Tapi kali nih Najat+Cha+Sara x juin. Hoho.. Jalan-jalan cari pasal kat sane. Lame x jalan kat dalam wetex tuh. Huk.. Sebelum balik umah, singgah jap dekat Kedai Kek Fung Seng. Tini nak belikan mummy dia kek sempena ari ibu. Aku ingat nak belikan gak tapi apakan daya...duit tade. Haha..belom gaji dik oit..haha.. Overall,aku rase sunok arini dapat jumpe dengan korang sume! Terubat rindu nak bergusip! Kehkehkeh..

Saya rindu Mereka!!!

Assalamualaikum w.b.t.

Oh...sape mereka tuh? Mereka ialah terdiri daripada 4 orang kanak-kanak comel yang juga merupakan anak-anak buah aku. Siyes! Aku rindu mereka sume. Yela kan, since aku keje klinik kanak-kanak, ahri-hari jumpe bebudak kecik. Memang aku jadi rindu la kat anak-anak buah aku.

Anak-anak buah saye ialah :

Muhammad Umar Mustaqim bin Azizan
Muhammad Umar Rayyan bin Azizan
Nur Fariesya Qaisara binti Farizie
Nur Anis Nadjwa binti Hafiz


Mari aku citekan pasal diorang...hehehehe.. ^^, (follow sape yang lahir dulu..haha)


Muhammad Umar Mustaqim



Ohoi..si comel yang becok ini merupakan anak buah aku yang pertama dan juga merupakan cucu sulung dalam keluarga aku. Mama dia ialah akak aku.. Puan Nur Azrine binti Abdul Razak. Dia nih agak rapat dengan aku. Mungkin kerana aku suke melayan kerenah dia? Lagi-lagi taim akak aku tuh sedang berpantang selepas melahirkan adik c Mustaqim nih (later i cerita pasal budak kecik tuh ye). Nak susu mintak aku, berak pun cari aku, mandi pun aku yang mandikan. Maybe sebab tuh kot dia agak rapat dengan aku. Rasa macam sekejap je dia da besar. Dulu mase baby, comey lote je..huk.. Sekarang kepoh bukan main. Da pandai bercakap ditambah pule da bersekolah. Speaking pulak tuh kekadang. Tergamam den! haha...


Nur Fariesya Qaisara



Beautiful little princess. Hoho.. Yaya...name manje nye. Dia nih anak abang aku, incik Farizie bin Abdul Razak. Dia nih memang manje yang amat dengan babah nye. Setelah lahirnye Yaya, aku memang pantang la tengok gaun2 bebudak kecik tuh. Mesti aku teringat kat dia, "comey kalau Yaya pakai nih". Aku agak jarang jumpe dia. Kekadang tuh kalo dia balek Muo pun, aku kat kolej. Takleh balek taim tuh. Bile jumpe da besar da c cantik nih. Yaya nih boleh dikategorikan garang jugak la. Marah betul dia kalo babah dia dukung baby lain. Jeles la tuh.. Sekarang da pandai bercakap da, riuh la kalo dia jumpe dengan Aqim.  


Muhammad Umar Rayyan



Yayen..c kecik yang selalu je sakit. Kesian budak sorang nih. Arituh baru je kene admitted kat hospital. Alhamdulillah da oke skang. Antibodi tak kuat kot c to'et nih. Haih.. Yang nih, mase dia kecik-kecik dulu aku panggil c masam. Sebab ape? Sebab aku suka bau masam dia bile bangun tido. Bau masam baby! Dia nih sejak-sejak da pandai berjalan, tangan pun tak geti diam. Abis semua nak dicapainye. Sekarang dengo cite, ape yang abang dia c Aqim tuh main..itu jugaklah yang dia nak main. Amboih..dalam diam mengganas. Haha.. Nampak cam diam je dia nih kalo compared dengan abangnye yang kepochi tuh. Huhu.. Tapi abang Aqim sangat sayang kat adik Yayen dia nih. Tak kesah la even adik dia nih suke kacau dia main.


Nur Anis Nadjwa



Anak buah aku yang paling latest lahir..(cm pelik lak bunyiknye). Dia nih anak abang aku, Hafiz bin Abdul Razak. C kecik nih da pandai meniarap da dan aku masih lagi belum berkesempatan jumpa dia. Oh! Sedey oke.. Tak dapat nak yOm dia lagi. Masa dia lahir,aku sebok dengan exam. Bila dia balik umah kat Muo nih mesti la aku tak dapat jumpe sebab tak dapat balek umah. Sadis seh.. nak sangat jumpe dia. Takpe la kan..da aku tengah cuti nih,memang ade je kat umah. Bile dia balik sini nanti konpem la dapat jumpe kan? Huhu


Ha..comey kan anak-anak buah aku? Aku tau diorang memang comey macam aunty dia. Haha.. Hopfuly dowg sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan ceria sentiasa.

Aku sangat-sangat la merindui mereka sume. Sile la balik kampung ye! huhu.. 
Ma Teh SHAYANGGGGG korang! Huk3..

Thursday, May 5, 2011

OMG!

Assalamualaikum w.b.t.

Kenape? Mengapa? Bagaimana? Ohhh! Serba tak kena aku arini. Huhh...

First! Aku bangun LAMBAT! Terima kasih ye..haha.. Pagi tadi lepas solat subuh, mate nih gile kelat. Aku egt nak tido la kejap. Amek ko! Pukul 7.50pagi baru aku terjaga. Tuh pun sebab mak aku kejutkan. "Ko tak keje ke arini?"....ayat yang telah membuatkan aku bagaikan kene kejutan elektrik. Tangan dengan pantas mencari-cari hp untuk melihat masa ketika itu. OMG! Baju da la tak iron lagi. Memang gile aku pagi tadi. Sepantas kilat+guruh+petir bagai aku menggosok baju dan mandi.


Dan arini mencipta rekod bile aku sampai ke klinik dalam mase 5 minit sahaje (slalu dalam 8-10minit). Merempit sebab da lambat! Haha..


p/s: padan muke kepada diri sendri kerana bangun lambat pagi tadi sebab gatal g tengok cite korea sampai kul 2 pagi..haha




 Second! Arini mostly kanak-kanak yang datang ke klinik menangis bile aku mengagah diorang...ape nih korang? Tak baik tau buat akak camni..Tugas aku arini ialah menjadi assistant doctor. Bile bebudak tuh menangis, adalah harus untuk aku memujuk@ mengagah diorang agar ketawa or paling cikai pun berenti menangis. Tapi apakan daya..arini mungkin takde luck! Mereka takmo berenti nangis. Ade tuh siap makin kuat pulak dia menangis bile tengok aku.
Peh...sadis sungguh.. Rase kuciwa..sedey..dan juge kecik ati..(tacink lebey ngan bebudak) haha.. Yelah kan..selame nih aku takde la teruk diperlakukan sedemikian..haha.. Aku rase mungkin diorang takot tengok eye bag aku. Muke tak cukup tido kat. hahahaha! Tapi ade sorang baby tuh...sejuk ati tengok! Comey gile wehhhhh! Baik pulak tuh.. Suke bile aku main2 dengan dia. At least terubat la sket kekecewaan dihati. Kahkahkah!


Third! Sekali lagi aku tersyok tido overtime sebelum g keje shift malam. Haha.. Amek ko...kelam kabut macik dibuatnye.. Tapi seb bek la tak lambat macam pagi tadi..haha

Macam nih la kan...tetiap ari entri aku memang berkisar tentang kanak-kanak. Yelah, da keje kat klinik kanak-kanak kan...takan nak cite pasal korang plak? haha.. Semakin hari aku semakin dapat sesuaikan diri keje kat situ. Rakan sekerja pun sume ok! CERIA! huhu

Wednesday, May 4, 2011

Gelabah!

Assalamualaikum w.b.t.

Gelabah! Ye..gelabah! Korang tau ke ape itu gelabah? atau hanye tau labah-labah je?



Haa! Ni ler yang aku nak cite nih. Actually aku nih boleh dikatekan seorang yang gelabah jugak a.. Buktinye?

Case 1:
Petang tadi mase aku keje... Mule2 ta ramai patient datang..kejap lagi....hambik ko! Tetiba je ramai. Arini aku jage kaunter untuk register. Dan buatnye ramai lak yang datang ketika itu ialah patient yang 1st time datang klinik nih. Peh! Gile kelam-kabut aku register diorang sebab banyak information kena mintak dari diorang.
Ditambah pule dengan tangisan bayi yang takut na jumpe doktor..
Makin gelabah la macik weh.. Sampaikan kalkulator kat depan mate pun tak nampak.. pe cer?? Nak bace reading kat timbang pun cam lembab je..haha






Case 2:
Tengahari tadi tem balik dari keje......ade road block oke!
Urghh..walaupun aku taw aku tade salah ape tapi ntah nape aku nebes..haha.. lagipun tem tuh aku memang da berhajat nak balik ke rumah dengan kadar segera, tetiba ade road block lak..ta suke ler cenggini kan? Incik polis tuh suruh la aku ketepi..

Seperti yang sedia maklum,da suh ketepi tuh konpem2 la nak tengok lesen+kad pengenalan+road tax kan? Aku boleh buat muke derk je..dia mintak baru aku bagi. Hehe.terlupe la. Maap la ye incik! Bukan sengaja tapi disebabkan aku rase gelabah, aku jadi lupe segala benda. Ishh...!

Nih la masalah aku. Gelabah tak memasal.. mende ntah. Kekadang aku pun pelik gak. Pe masalah ye? Haha... Sape taw angkat tangan?!


p/s: sangat penat keje arinih sebab ramai orang secara tiba-tiba. balik pun lambat sebab ade patient mintak tolong tunggu dia datang jap sebab anak dia demam panas sangat. baik kan kitorang tunggu? huhu

Tuesday, May 3, 2011

Hujan yang turun bagaikan mutiara....

Assalamualaikum w.b.t.

HUJAN! Ya..sekarang ni hampir setiap malam, kawasan Muo pasti akan hujan. HOho.. Dan selalunye hujan akan lebat ketika waktu kerja aku tamat dimana aku tak boleh balik rumah sebab aku naik motor..huu.. Sejak dua menjak nih kena hujan tuh da tade masalah da bagi aku. Sebab kekadang tuh aku malas nak tunggu hujan betul2 reda. Mau nye pukul doblas aku balik nanti. Takmo lah cenggitu! Jadi,aku amek keputusan...KASI REDAH AJE!


Macam tadi.......

Aku kaur dari klinik agak lambat sikit sebab arini ramai patients. Dekat pukul 9.30malam baru klinik tutup. Mase tengah dok dispense ubat, akak sorang tuh bagitau kat luar dah hujan. Ohoi~ Sedikit kuciwa disitu sebab aku nak balik awal. Nak tengok 'Playful Kiss'..haha.. (gile aku terhadap cite Korea da datang balek!)



Playful Kiss


Tapi takpe lah kan..hujan tuh kan rahmat. Kena lah bersyukur walaupun kita menghadapi kesusahan disebabkan hari hujan. kan seronok hari hujan..sejuk je..tade la panas. Huhu..

p/s: aku da pandai dispense ubat! huhu.. cume de beberapa ubat je aku tak bape geti nak explain lagi. takpe2..ade mase lagi.. fighting!

Sunday, May 1, 2011

Mari berjogging..

Assalamualaikum w.b.t

Jog? Ahah! Misi menguruskan badan sudah bermula.. Kemonn bebeh. Pagi tadi aku g jog ngan timah..huhu.. Guess what? Gile ramai orang dekat tanjung. Mentang-mentang ari cuti. tak geti duk umah betul rakyat Muo neh..

Aku jog ciput je weh. Taw jela aku neh. LEMBIK oke..stamina macam hape. Haha..pasrah jela timah g jog dengan aku. Aku macam sedikit jakon ye g tanjung tuh. Da macam-macam benda baru da ade kat sane. Haihh..lame tak balek Muo kan. Kalo balek pun duk umah. Buat ape? MEMBUTE! Hahahaha! 

Ha..plan asalnye ajak kengkawan yang len skalik g jog tapi yang reply msg aku bape ketul je. Malas la tuh. Yang cik Nabiela Aziz nye plak..janji pukul 8 tapi sampai pukul 9.30. Ape cer? Haih..suke mengecewakan hati aku..Haha.. Sudahnye bile dia datang,duk jela bebual. Tak kose aku nak g jog lagi dikesesakan orang ramai tuh. Tuh la..sape suh datang lambat..kan dah tak dapat nak kuruskan badan.. Bwahaha...

p/s: aku rase badan aku cam da turun lagi 1kg je..ngahaha.. esok g keje nak timbang berat badan den!