Tuesday, December 20, 2011

Pergi selamanya..

Perginya dia…

Hmm..hati aku memberontak nak tulis entri arini lepas baca entri my dear sis .. Ntah kenapa..terdetik hati ni. Betul la kata orang..bila orang tu da takde baru kita sedar betapa kita memerlukan dia. Aku rindu sangat kat arwah ketika ini.

Abdul Razak bin Basir. Nama insan yang aku panggil ayah sejak aku mula pandai bertutur. Mungkin aku x rapat dengan arwah dan mungkin aku jarang luahkan rasa sayang aku pada dia tapi kehilangan dia mendatangkan satu perasaan yang sukar untuk aku gambarkan. Bila aku ingat kembali memori dengan arwah, air mata x henti2 mengalir. Betapa besar pengorbanan arwah untuk membesarkan anak2 dia. Segala kemahuan aku untuk pelajaran tak pernah arwah hampakan. Sedaya upaya arwah penuhi permintaan aku walaupun susah. Pernah aku minta maaf pada arwah sebab susahkan dia, mintak duit nak beli buku sume tapi arwah kata sume tu tanggungjawab dia. Tak pernah dia rasa terbeban dengan permintaan aku. Selagi dia mampu, dia akan usahakan. 

Pukul 9 lebih 27hb Nov 2011, time tu aku kat kem agro semuji gambang. Check hp, ade miscall n mesej dari makcik aku. Meleleh air mata bila bace isi kandungan mesej dari makcik aku. "Tiqa, awak kat mana? Ayah jatuh dari siling rumah. Pendarahan teruk kat kepala". Ya Allah, rasa cam ade petir menyambar kat otak aku. Aku da mule pikir bukan2 time tu. Hati tak henti2 doa supaya ayah selamat. Terus aku keluar dewan dan call ibu. Dengar suara ibu yang sayu buat aku xleh berenti nangis. Ibu kata jangan nangis, insyaAllah ayah x pape. Hati aku memberontak nak balik time tu. Alhamdulillah senior2 kelab In-Smartive dan roomate aku sangat berhati mulia hantar dan temankan aku kat terminal di Kuantan. Bas paling cepat ke Muar jam 1 pagi. Dalam perjalanan ke terminal, aku dapat call dari akak sulung. "Ayah da takde!" Bagai nak gugur jantung aku time tu. Berat sungguh ujian ini Ya Allah... aku menangis tanpa pikir ape pun time tu. Malam tu..sampai kat umah, aku tido sebelah ibu. Aku genggam tangan dia. Sayu tengok muka ibu time tu. Aku da x mampu nak mengalirkan air mata. 

Aku terkilan sebab x sempat mintak maaf kat arwah. X sempat nak beritahu arwah betapa aku sayangkan dia. Kali terakhir aku jumpa arwah,masa balik Muar sebelum tu, arwah ada mintak tolong aku printkan kerja dia tapi aku merungut..  sesungguhnye sekarang memang aku sangat menyesal. Tapi takde gunanya..arwah da pergi selamanya.. Walau macammana anak dia nih layan dia, arwah tetap layan aku dengan baik. Arwah tetap hantar aku balik UMP. Walaupun jauh, penat. Ibu kata, setiap kali lepas solat berjemaah dengan arwah..arwah mesti doakan anak2 dia. Arwah sebut nama aku dalam doa dia..minta Allah mudahkan urusan aku kat sini. Menangis aku dengar.. Arwah ayah terbaik bagi aku walaupun ada kurangnya.  Sekarang dia da takde, takde lagi peluang untuk aku luahkan sayang aku pada dia. Hmm.. segagah mane aku pun, aku tak henti2 menangis sepanjang taip entri nih. Nak menyesal da takde guna kan..aku hanya mampu doakan arwah tenang di sana.. semoga arwah ayah ditempatkan dikalangan orang beriman. 


Tuesday, November 8, 2011

Layan jap !

Sebab aku telah ditag oleh Zaty Poyo ni..maka nye aku wat la benda ni. Mule2 cam malas tapi bile da bace cam interesting plak kan..jom!

Rules of the game :
1. You must post this rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. 
   And create eleven new question for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their pages and tell them you have tagged HIM/HER.
6. No tag back.


11 things about me (knp mesti 11??):

1- Pemalas. Haha..aku memang x boleh nafikan perangai ni. Sape kenal aku tau la kot..huhu

2- Currently merupakan salah sorang peminat k-pOp kat Malaysia ni. Tapi aku belum tahap obses la..masih under control bebeh. Playlist kat hp n lappy mostly lagu KOREA. hehe

3- Suke stalker orang. Haha..lelaki2 yang rasa diri dia kacak lagi bergaya, baik korang berhati2 dengan aku. HAHAHA!

4- Lack of self confident. Untuk kes ni, aku memang berada pada tahap kritikal. Haha.. Tatau la kenapa susah sangat aku nak tingkatkan keyakinan diri. =_="

5- Sape yang tak kenal aku mungkin akan anggap aku ni psyco. Aku memang suke wat muke sombong mase berjalan..haha..tapi hakikatnye,sape yang da kenal aku tau aku ni camne. Huhh..bole gile layan aku.. :)

6- Bole dikategorikan sebagai facebook-holic. Satu ari x on9 fb cam tak sah je kan. Tak gune lappy mesti gune hp. Mark Zuckerberg pukau aku gapo? ishh.. Trying to eliminate this bad habit.. huhh

7- Mudah merajuk dan mudah dipujuk :) *ngade!

8- Jenis manusia yang tak consistent dalam kes penggunaan barang penjagaan diri. Kalau beli losyen ke lip balm ke for sure aku hanye akan gune half je (kekadang tu suku je) lepas tu barang tu akan terbiar sampai bertahun. Awal2 je gune bersungguh, pastu malas!

9- Suke sangat ngan warne putih

10- Senang berasa tertekan. Dan time tuh sape wat hal ngan aku, NAHAS lah! haha

11- Manje ngan ibu! hehehehehe..


Mari kita jawab soklan2 daripada cik Zaty

1- Gelaran zaman sekolah. Kenapa?
Skola rendah : Pipi lebo -sile tanye orang yang tag saye ni kenape dia panggil pipi lebo..huu
Skola menengah : Tiang - nih diberi oleh rakan sekelas yang berjantina lelaki sebab aku kurus beno dulu..

2- Favourite stuff?
my lappy Mr Didie n my cutie Xperia X8

3- Kenal tak Zaty Poyo? Antara dia dgn Liyana Jasmay, sape comel?
Soalan paling susah nak jawab! Haha.. Kenal sangat Zaty Poyo ni. Hmm...Liyana Jasmay kot lagi comel..haha.. *jauh disudut hati, Zaty Poyo memang tercomel!

4- Ciri-ciri mak mertua idaman?
Penyayang, tak banyak songeh, comel! haha

5- Pengalaman paling tak dapat dilupakan?
Hmm..banyak sangat kot tapi yang memang confirm xleh lupe : jatuh mase tgh tido dalam bas! malu!!

6- Nama pet? Kenapa namakan dia dgn nama tu?
Saye xde pet. sekian. :)

7- 27tahun. Bagaimana anda masa tu?
Seorang engineer yang berjaya n sedang merancang untuk berkahwin..hahaha

8- CROCS/SNEAKERS? Kenapa?
Crocs kot. Selesa n aku ade banyak koleksi crocs. haha

9- Cant live without____________.
My mother! Love her so much..

10- ______________ is the most handsome guy in the world.
Lee Min Ho..ngehehe

11- Setiap kali bangun dari tidur, perkara pertama yg akan sy lakukan adalah ____________ dan ______________.
Matikan alarm hp dan call someone kejut dia bangun tido.

Settle! 
Next, kepada yang ditag, sile jawab soalan2 dibawah. Gee~

1- Habit paling buruk.
2- Channel tv favourite. Kenapa?
3- Prefer lelaki/perempuan yang hansome/cantik or comel? 
4- Nama manja kat rumah. Sebab?
5- 3 barang yang mesti ade bersama bila g mane2.
6- Perkara paling memalukan pernah dihadapi..
7- Orang glamer yang diimpikan jadi pasangan. Kenapa?
8- Perkara yang perlu dibuat sebelum tidur.
9- Favourite football team. Kenapa?
10- Jepun/ Korea. Mana destinasi percutian pilihan? Kenapa?
11- Kereta idaman. Kenapa?

Sile la jawab. Jangan malu2..hoho


Tuesday, October 11, 2011

Mahasiswi UMP~

Assalamualaikum w.b.t.

Waaa..lame suda tak update blog aku nih. Rindu..rindu..rindu..! Entri last aku cite pasal pengembaraan aku ke Pekan, Pahang bersempena dengan hari pendaftaran aku kat UMP, so kali nih aku nak cite la ape yang aku da lalui sepanjang hampir sebulan bergelar mahasiswi Universiti Malaysia Pahang, Pekan. Banyak sebenarnya nak cite tapi aku cite mane yang patut jela.. hee... *assignment tak siap lagik! 


Semasa minggu orientasi (kat sini namenye MINDS), aku dapat pendedahan yang luas lah pasal UMP nih. Dulu2, sikit pun tak pandang..tapi bila aku da sedar realitinya, UMP memang terbaik. Graduan UMP paling banyak diambil bekerja dengan syarikat2 besar. Aku bersyukur Allah tempatkan aku kat UMP nih, alhamdulillah! Skang, aku memang perlu berusaha untuk menjadi salah seorang graduan yang syarikat2 besar demand. Hehehe..

Masa nak ujung2 minggu MINDS ni, aku ade pergi wat mural kat tadika UMP. Tadika nih terletak dekat dengan pintu masuk UMP Pekan. Seronok bila tengok hasilnye. Makin comel tadika UMP dengan lukisan kami pelajar2 UMP. Hoho..


hasil kerja aku n da geng!

Seterusnye, minggu pertama kuliah. Huhu..sehari sebelum start kuliah, aku dengan roommate aku duk la merayau kat FKEE (Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik). Merayau2 cari kelas dulu supaya esok senang nak g kelas. Esoknye tu, start kelas. Ok..kat sini, banyak kelas aku guna BILIK kuliah bukan DEWAN kuliah. Comey je biliknye. Boleh muatkan 60orang. Mule2 macam nebes gak la kan..da la kecik je bilik tu..buatnye aku ngantok sangat, kantoi tido dalam kuliah. Haha.. *tapi alhamdulillah setakat nih masih under control lagi! 

Eh, tetiba aku macam malas je nak taip bebanyak. Haha. Sambung part 2 lah!

Sunday, September 4, 2011

Pahang here I come!

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..entri nih ditaip ketika aku berada di Pekan Pahang. Syukur kami selamat sampai. Tadi mase otw ke Pahang, ade accident. Agak teruk ye..sebab seat kereta tuh sampai tercabut keluar...tayar keta lagi satu plak tertanggal. Huhh..ngeri plak aku tengok. Keta diorang xpayah cite la. Kemek abes. Yang buat aku betul2 nebes tadi bila suddenly keta2 depan kitorang brek mengejut. Alhamdulillah ayah aku dapat brek dengan pantas kalo x memang berdentum la kan. Tapi..fuhh..ade tapi nih kan yang suspen. haha...Kete kat belakang kitorang (takde la belakang betul, lebih kurang macam keta kedua belakang kitorang) brek memang macam wat drift. Kuat gile bunyik brek dia. Aku ape lagi, terus toleh belakang. Keta tuh xdapat kawal mybe sebab terlalu laju..nasib baik pemandu tuh cecepat alihkan keta dia ke sebelah kiri. Tapi...haih...tapi lagi, keta belakang keta tadi tuh x sempat kawal dan menghentam sebuah moto dihadapannye. Da la kat depan tuh ade accident, kat belakang pun datang lagi satu. Laju betul jantung aku berdegup taim tuh. nebes gile weh..dalam hati aku minta jangan la ade kete lain hentam keta kitorang. Alhamdulillah semua selamat. Moto yang kena langgar tuh pun rasanya penunggang dia ok..cume moto da x handsome lagi lah kan..

Habis cite pasal accident. Ha, nak cite nih..(kepoh je upe kan?? haha) Sepanjang laluan ke Pahang nih *melalui segamat memang hijau lah permandangan dia. Huhh..pandang kanan POKOK..pandang kiri POKOK.. bagus betul. Hakk.. Setelah sampai kat homestay yang kami sewa nih, aku ape lagi kan..mandi lepas tuh zZzz~ penat loh.. Malam tuh plak kitorang keluar. Beli sikit barang2 keperluan aku yang tak dibawa dari Muar sebab keta x muat. Haha.. Ade beberapa pic yang menunjukkan betapa penuhnya keta dengan barang2 aku..haha..tapi aku upload next time jela, malas lah nak upload skang. Haha..Aku terperasan sesuatu..kedai2 kat Pahang nih macam tutup awal je. Malam2 x banyak pun kedai buka.. haihh.. Ape2 pun nasib baik jumpe kedai untuk aku beli keperluan aku.Huhu...lepas selesai membeli, kitorang pun g memenuhkan perut yang da berkeroncong. Huhuhh..

Ok lah..macam tade pe je nak cite lagi..haha..sebenarnye aku malas gile nak taip nih. Tapi mengenangkan aku mungkin tak akan update blog untuk tempoh yang lame bermula hari ini, maka aku gagahkan diri. Lappy aku sakit lagi..dan perlu rawatan serius, so mungkin takde la entri untuk tempoh yang lame nih. Fb pun mybe senyap je..heee..

p/s: esok daftar UMP Pekan! Ahhh..excited+nebes.. =)

Saturday, August 27, 2011

Happy Ending

Assalamualaikum w.b.t

27hb Ogos 2011 tarikh dimane tamatnye khidmat aku di klinik tempat aku bekerja setelah hampir 4 bulan bekerja disane. What can i say is..i love my job there! Majikan yang baik dan juge rakan sekerja yang sangat fun. I'll sure miss them... Banyak benda yang aku belajar sepanjang aku keje kat klinik kanak-kanak nih.  InsyaAllah aku akan cuba jadi parent yang baik untuk anak2 aku kelak. huhu..

Hari terakhir aku keje tuh bole pulak aku terbangun lambat. Dan pagi tuh HUJAN.. demi memastikan rekod bersih pada hari terakhir aku keje, dengan segera aku bersiap. Alhamdulillah punch card aku xde kaler merah! yeay! haha... Bukak je locker aku tetiba aku nampak sesuatu. Err..ade orang bagi aku adiah laa.. Present from miss Lee..! Hee...miss Lee aka kak Ivy nih actually bukan miss da. Da kawen  n ade anak tapi awet muda..huhu.. Aku paling rapat dengan dia kat tempat keje. Even dia berlainan era dengan aku (dia lahir 70-an aku lahir 90-an), tapi kitorang tetap boleh ngam. Sepanjang aku keje situ, da banyak kali kitorang keluar makan sesame. Bergurau kat tempat keje.. ahh...mesti rindu sume tuh nanti. Haihh.. miss Lee...i heart u! huhu

Aku pun ade dapat adiah dari seorang lagi akak kat tempat keje tuh. Dia baru keje 2 minggu dengan aku tapi mungkin disebabkan aku senang nak berkawan, so dia selesa dengan aku. Terkejut jugak la sebab tetiba dapat hadiah daripada dia. Kalo kak Ivy tuh aku paham la sebab da lame aku keje ngan dia. Watever it is..aku berterima kasih kat dia gak.

Last day tuh doktor ade panggil aku masuk bilik dia. Dia wish aku gudluck. Dia pun ade bagi nasihat kat aku tentang life kat U nanti. Learnt a lot from him. Thanks doctor! Huhu..

Another thing, aku mesti akan rindu kat bebudak tuh sume... Adam, Eevi, Louisa, Thaqif, Hana, Shan Wei..ramai lagi lahh!

Thanks to Allah coz give me such a beautiful experience...Alhamdulillah..skang misi untuk tumpukan perhatian untuk pelajaran. I'll make sure one day I'll become an ENGINEER..! InsyaAllah~

Saturday, August 20, 2011

Baby..baby..baby ohhh~~

Assalamualaikum w.b.t

Huihh..halo2..(gedik jap..haha)

Saje nak update cite pasal kat tempat keje lately. Macam2 hal. Huhu.. Sumenye sebab baby.. Ari tuh ade patient datang, demam n cirit-birit. Kesian baby tuh.. Mama n papa dia pun cite la pe yg berkenaan kat doktor tapi satu hal ni memang x bole bla..papa dia cakap arituh baby tuh yak *ayat sopan bagi berak! haha ade kuar GETAH! OMG...! Getah weh..getah yg ikat tempe tuh. Dasat betul. Mama dia kate baby da pandai merangkak tuh yang maybe makan getah tuh. Hadoo..pengsan woo~ Bahaya tuh..buatnye getah tuh x kuar balek camno? huhu


Lepas tuh tadi...ade mummy datang dengan dua orang anak. Sorang dalam umo 2-3 tahun, sorang lagi baby. Sementara tunggu ubat anak-anak dia siap tetiba mummy tu panggil aku. "Miss, u tolong pengang sekejap boleh?" Dia suh aku pegang baby dia yang baru berumo 7months tuh sebab dia nak g toilet. Huihh..berdebar sekejap. Da la da lame aku x dukung baby. Last pun mase anak akak aku, Rayyan tuh baby lagi. Sekarang budak tuh da setahun lebey. Means da lame la aku x menjalankan aktiviti mendukung baby nih. Cuak weh..x berapa saat lepas mummy dia g toilet, baby tuh nangis.. Adooo....beria aku memujuk dia. Bese la dukung baby, tepuk2 buntut dia..huhu... dia TAK LAYAN weh! sedey aku..dia terus menangis dan menangis. Last2 aku past kat akak lagi sorang tuh. Baik pulak baby tuh diam. Maybe sebab akak tuh pun da jadi mummy, so baby tuh dapat rasakan aura keibuan. Haha.. aku yang single lagi available nih xde aura sedemikian lagi. Haha...!

p/s: wish that someday i can be a good parent to my children..

Friday, August 12, 2011

Kisah 2 orang nenek

Assalamualaikum w.b.t

Huhu..rase macam da lame aku tak cite pasal tempat keje kan? Malas la nak cite panjang2. Tapi disebabkan kisah nih pada aku agak menarik, so aku rajinkan diri menaip untuk share dengan korang.

Pagi tadi ade baby datang bersame dengan daddy dan dua orang neneknye. Dari pemerhatian aku, nenek2 tuh mungkin sorang tuh nenek belah mummy n sorang lagi tuh nenek belah daddy. Huhh.. kemain lagi kepohci nenek2 nih. Mungkin aku tak paham ape yang diorang cakap (sebab diorang chinese) tapi tengok diorang bising2 da tau la tuh kepoh pasal cucu dia. Masing2 asik la mencium baby tuh. Maybe cucu sulung kot? Tak pun mummy n daddy baby tuh masing2 anak tunggal..so tuh yg nenek2nye cam ala2 berebut cucu. haha.. itu anggapan aku jela kan.

Nih gado versi melampau..haha


Disebabkan arini rakan sekerja aku yg berbangsa cina tuh assist doctor, so dia dengar la conversation mereka dengan doktor. Dia cite ngan kitorang, nenek2 tuh cm masing2 salahkan orang lain. Doktor kata baby nih x boleh tidur dalam aircon then nenek 1 kate kat nenek 2, "tu la, kan i da cakap kat u x boleh aircon'
LOL! Lawak bole x? bergaduh pulak.. haha.. Bile turn aku dispense ubat, macam2 la depa tanya. Penin2.. Yang paling aku x bole tahan tuh, nenek 1 kate "ini ha, kalau kena cucuk x nangis tapi kena check doktor menangis saje. cilake la..haihh" Pehh..bole lak kate cucu dia cilake. Haha..aku mcam nak gile ketawe dengar nenek tuh cakap camtuh. Hadoo... Baby tuh yang dari tadi asik menangis terus diam lepas nenek tuh cakap camtuh. Kecik ati la tuh! Haha

Baby tuh kunpem la menjadi kesayangan nenek2 dia. Untung laa~

Saturday, August 6, 2011

Kura-Kura dan Elephant

Assalamualaikum w.b.t

Hoho..tajuk yang pasti memberi korang si pembaca pelbagai persoalan kan? Haha.. Ape kura-kura dengan elephant plak? Sume nih gara-gara anak buah aku, Muhammad Umar Mustaqim bin Azizan yang berusia 4tahun. Banyak mulut budak sorang nih.. Kui2.. Sejak2 sejak da pandai berkata-kata nih..huihhh..kemain lagi dia.

Kisah Kura-kura dan Elephant..elephant ok bukan gajah..haha
Dia kate kat akak aku aka mama dia..

Mama macam singa
reason : mama sangat garang ye..

Papa macam harimau (sebutan Aqim : haremau)
reason : papa pon garang jugak..koi3

Aqim macam kura-kura lah
reason : kura-kura baik..LOL

Adik macam kura-kura jugak
reason : sama seperti di atas

Ma teh (aku) macam kura-kura besar
reason : same seperti di atas..tapi aku tak paham kenape ade 'besar' kat belakang tuh..haha.. sedey!

Tapi recently akak aku bagitau dia kate ma teh dia yang comey nih *comey ker?? ELEPHANT! Elephant? ape pulak..arituh kate kura-kura skang elephant pulak da.. aku masih mengkaji kenape aku di kate elephant ye...haha.. pelik2.. mungkin sebab dia tengok aku da gemok kot? LOL~


ni la wajah c kecik yang petah berkata-kata nih..

Monday, August 1, 2011

Dugaan OH Dugaan Part 2

Assalamualaikum w.b.t

Part 2 of the entri titled Dugaan OH Dugaan.. Hoho..

Sambung terus la kesah keesokan arinye. Pagi tuh lepas breakfast pe sume, kami pun keluar. Tujuannye nak g hantar lappy aku ke 'klinik' nye yang terletak di Digital Mall Seksyen 14 dan juge ke butik tudung Maira...akak aku ade la buat bisnes jual tudung sikit. G sane nak amik stock la gitu. Mule2 g butik Maira tuh dulu. Fuhhh..kemain banyak tudung kat situ. Lawo2 jugak lah.. Aku pun tolong la dia pilih2kan tudung mane nak diamik buat stock. Huhu..

Digital Mall Seksyen 14
Kate orang itu lappy aku perlu diformat kembali. Sedey! Lebih kurang dalam 2 jam gitu bole siap ler. So, kami pun beredar la dulu. Bagitau diorang kami akan amik lappy tuh dalam kul 2 lebey.

Sudahnye..balik la umah akak aku. Aku pun kemas2 la pe barang yang patut. Tiket nak balik Muo da beli arituh kat bustand Muo. Bas Transnasional.. kalo bas nih bole bli tiket terus dari bustand muO tuh. Tiket pukul 3.40petang. Dalam kul  2 lebey, lepas settle makan+solat sume..kami pun gerak keluar la. Nak g amik lappy then anto aku ngan adik aku ke TBS.

Sesampainye di klinik dimane lappy aku dirawat tuh..depa kate lappy blom siap. Lagi 5 minit.. Hehh..kate je lime minit tapi dok tunggu ade la dalam 10 minit. Sabo jelaa~  Pastuh kitorang pun cecepat la gerak g TBS berpandukan GPS. Jam mase tuh da pukul 3 something.. huhh..

Jenk3..tau ape jadik? Sampai kat TBS kul 3.40..oh oh oh~ Aku dengan adik aku berlari pantas menuju ke terminal bas bawah tuh. Dannnnnnnnnnnnnnnnnn~~~ Kami dikecewakan dengan kepergian bas tersebot.. T.T Sedey ok! Aku pun call la akak aku.. "Bas da jalan.." Akak aku bole gelak la..poyo betol. Lepas dia datang jumpe kitorang kat tingkat atas tuh, kitorang pun g la kaunter Transnasional. Nak tanye kot2 bole tukar tiket ke.. Sekali lagi kecewa bile dia kate bas paling cepat pun kul 6.30petang. Gile lambat! Tuh pun kena tambah harge tiket.

Last2 kami buat keputusan naik bas cap lain..CEPAT SEDIA Ekspress.. tiket kul 4.30petang. Harga RM16.00.. Tiket Transnasional yang da terlepas tuh burn begitu saje.. Haha..ape bole buat. Kitorang pun tunggu la kat lobi TBS tuh. Tengah dok perati anak2 buah aku berlari2 kat lobi tuh tetiba aku ternampak seseorang. SHUIB Sepah! Haha..bersame wife nye, Siti Sarah. Dia lalu jela depan aku. Takdenye aku nak terkejar-kejar mintak otograf kan..haha.. Lain la kalo yang lalu depan aku tuh BEAST ke MBLAQ ke Lee Minho ke..hahahaha

KPop Artist~

*Jumlah kerugian terkumpul :RM2.00+RM16.00 = RM 18.00


Dalam bas CEPAT SEDIA Ekspress
Huhh..agak lembab la bas nih gerak. Dia tunggu sampai cukup penumpang baru gerak. Tapi bagus jugak kan..takde la kejam macam Transnasional. Huhh.. Dedekat kul 4.45petang cmtuh baru la bas tuh gerak. Yang aku bengang tuh penumpang yang lambat tuh.. Da la lambat, pastuh siap bole keluar balik lak kate nak g toilet jap. Taik kucen betul! Hehh.. Banyak benda aku nak cite pasal dalam bas nih. Ingat lagi Part 1, pasal minah Indon yang bagai nak rak bukak mp3 dia? Huhh..kali ni lagi banyak aku nak complaint. Lebih kepada incik drebar bas.

Profile pemandu bas tersebut
Nama : Tidak diketahui
Jantina : Lelaki
Bangsa : India
Status Perkahwinan : Berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki
Lagu favourite : Ape2 lagu Tamil


Dia siap bawak anak n bini dia naik bas tuh. Anak dia duduk sebelah dia. Da namenye budak kan, tangan tak reti nak diam la kan. Dok la usik sane sini menganggu fokus si ayah yang sedang memandu bas tuh. Aku yang duk belakang drebar nih bengang je rase. Bini dia pun bukan nak amik anak nye tuh.. Kasik duk diam2.. Haih.. Cite pasal cara dia memandu. Pehh...bawak bas macam da lame idup! Dey macha..ko tuh bawak ramai orang. Cube la berhemah sket bawak bas tuh. Hadoo... yang paling aku ase menyirap macam sirap tuh dia boleh nak memotong sebelah kiri. Nenek dia la kan.. ko tuh memandu bas bukan beskal nak selit2. Huhh.. Lagi satu suke noe bawak bas dedekat dengan kereta kat depan. Ape masalah beliau pun aku tak tau..hehh.. Dan lagi dia sesuke ati je langgar lampu merah.. Maksud aku tak berenti bukan langgar tiang traffic light tuh.. Kui3..

Mase dalam bass tuh dia on radio channel Tamil saje. Duhh..penin den. Bukan diskriminasi tapi consider la penumpang. Puaskan telinga dia je. Bukak la channel Hitz.fm ke..haha Da bengang tuh aku on ler mp3 aku. Sekali lagi menggunakan earphone ye..huhu..

Kami sampai ke Muo lebih kurang kul 6.45petang gitu. Alhamdulillah sampai dengan selamat. Tapi siyes aku cakap, pengalaman naik bas balik ke Muo tuh memang mengerikan. Ati tak tenang bile mengenangkan cara c drebar memandu bas. Huhh.. Pape pun, aku bersyukur sumenye selamat.

The End

Sunday, July 31, 2011

Dugaan OH Dugaan PART 1

Assalamualaikum w.b.t

First of all aku nak wish Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di dunia macam la satu duni bace blog aku kan? haha.. Esok kite sume akan start berpose..jangan lupe bangun sahur pagi2 esok. Huhu..

Ok la..aku nak cite hal yang berkaitan dengan tajuk entri aku kali nih. Dugaan~ Semalam, aku ngan adik aku, Azwan g merantau ke Kolumpo.. g umah akak aku, Azrine tuh. Tujuan utama aku ke sane adalah untuk menghantar Mr Didie ku (name manje lappy aku =P). Didie aku x sihat..x leh start windows. Kenape nak anto sampai ke KL sane kan? sebab lappy tuh dibeli kat sane. So, still dalam warranty. Sebelum naik bas ke KL semalam, sempat lagi aku jengah kat kedai2 dalam bustand tuh cari Malay epOp..haha.. Agak kelakar issue bulan Ogos nih sebab ade sampul duit raye yang bergambar idol (Beast, 2PM, TVXQ, SuJu, SHINee n Big Bang). Macam pelik je kan, da la ade tulis Selamat Hari Raye cemtuh..hoho... belek punye belek, aku beli yang ade sampul duit raye pic Beast. Haha..kunpem la kannn~

Kisah dalam bas Maharani (Muar-KL)
Dalam bas tuh aku duk la sebelah adik aku kan, sebelah seat kitorang tuh ade minah Indon duduk. Hadoo..risau betul aku dengan minah tuh. Aku tak tau la dia pekak ke hape kan..kemain lagi dia bukak mp3 lagu Indon sekuat-kuat alam. Peh..sakit otak aku. Sabo jela kan~ Dalam ati terbako weh, macam nak amik henpon dia pastuh campak keluo bas.. Baru puas ati aku! Hahahaha..  Disebabkan da bengang tahap max, aku bukak mp3 sekuat ati aku. Oh no no no...bukan gune speaker..aku  pakai earphone ok! AKu tak sekejam beliau nak menhancurkan ketenteraman orang lain dalam bas tuh. Haha.. Da halfway jalan tuh, tetiba lak dia offkan mp3 kat henpon dia tuh. AJAIB! Haha..tapi kejap je..hehh..bengang2..

Sampai di TBS (Terminal Bandar Selatan)
First time aku sampai kat tempat nih. Huhh..besaq weh! Jakon kejap. Haha.. tempat nih baru lagi. Bas skang da tak turun pudu lagi dah. Sampai je kat sini, aku pun mencari la jalan untuk ke stesen KTM BTS.. Pegi la kat kaunter tiket tuh.

Aku : KL sentral 2 orang..
Akak kaunter : Err..tapi delay la dik...dalam 55min..lebih kurang 1 jam la..
Aku: Hah? Ermm..takpe lah..bole je..

Aku pun menyerahkan la bayaran sebanyak RM2. Memandangkan tren memang akan lambat sampai, aku ajak la adik aku ke TBS balik. Nak g solat asar dulu. Otw patah balik tuh aku call la akak aku, dia kate lame noe kene tunggu. Aku kate nak buat camne, gitu jela.. Then lepas settle solat sume, kitorang g la balik ke stesen KTM tuh. Sesat pulak nak cari tempat nak tunggu tren tuh..haha..sengal! Pusing2 akhirnye jumpe. Mak aihh..ramai gile orang tengah tunggu tren. Pengsan kite dikk... Aku pun ajak la adik aku menyelit2 dikalangan orang ramai tuh supaye nnt dapat masuk tren. haha.. tengah dok tunggu2 tuh, dapat msg daripada akak aku. Katenye nak amik kitorang. Lohh sudah..aku da beli tiket. Kitorang pun patah balik la ke TBS semule. Aje le kann..pusink2 je. Penat dow~
*kerugian setakat ini: RM2.00

TBS kembali
Kitorang pun cari la mane tempat2 kosong kat situ nak duduk. Jumpe! Cecepat kitorang duduk. Haha.. Tunggu dan tunggu. Yang adik aku nih asik2 la kate lapo. Haihh..perut kapasiti beso. Huh.. Last2 akak aku datang bersame c Mustaqim anaknye. Huih..berbunge ati. haha..




To be continue................

Sunday, July 24, 2011

Permulaan sebuah kehidupan!

Assalamualaikum w.b.t.

Krik3..sunyi nye blog aku kan. Lame da x update. Malas la weh..Balik keje da penat, sempat jengah2 pesbuk je. Pastuh skang nih busy nak settlekan pe yang patut untuk melanjutkan pelajaran nih. Hihi...Tak bagitau pun kannn...sori la, nih skang aku update cite pasal tuh ye. Actually aku malas nk update cite nih awal2 sebab aku xcukup gembira dengan tawaran yang aku dapat TAPI skang alhamdulillah, aku terima seadanya Qada' dan Qadar yang Allah da tentukan. Rezeki aku mungkin kat sini. I'll try my best..

ini ler result UPU aku..


Hah! Ok..kenape aku nak sedey kan? Ok wat engineering? Haha..aku sedey sebab risau nanti kena study maths lagi! Ditambah pulak dulu time kat matrik aku Life Science student kann.. Camne la nanti. Later bile aku pikir2 balik, sume nih ade hikmah. Allah nak bagi aku rezeki kat sini. Lagipun, aku patut bersyukur ditempatkan IPTA compare dengan orang lain yang tak dapat tempat tuh kan. At least I'm the choosen one. Aku perlu bersyukur. ALHAMDULILLAH!

Lepas dapat tawaran nih, mesti la kena buat macam2 kan? Aku da accept tawaran nih. So, disebabkan UMP takmo post borang2 tuh sume, maka kami bakal pelajar UMP perlu print sendiri surat tawaran dan borang2 berkenaan. Banyak gune ink nih! *berkire la tuh.. Huhu.. Wat masa nih sume tuh da settle da. Rabu nih bersamaan dengan 27hb Julai 2011, aku akan pergi wat medical check up. Wajib kan buat nih untuk masuk U. Hoho..Nk kena X-Ray bagai..dan aku difahamkan bahawa nak wat medical check up even kat hosp kerajaan pun perlu bayar. Hadooo..aku pikir pree. Haha..  Takpe la..tak baik tau berkira sangat! Huhu..

Disebabkan aku masih lagi bekerja kat klinik yang aku cite dulu tuh, so aku pun mintak kebenaran kat bOs untuk amik leave halfday saje. Means, aku tak masuk keje pagi, just masuk keje malam je. Bos aku baik ok! Dia kate OK! Huhu.. Urm..pembukaan acc bank Islam yang diwajibkan kepada pelajar UMP telah aku laksanakan..(ayat poyo!) Skang nih cume tinggal nak photostate IC, sijil n sume2 tuh la yang berkenaan. Pastu nak kene g cop sahkan. Haih..banyak lagi tau x settle.

Ha,semalam aku bersame puan akak yang bername Azrine tuh sebok la dok sebey homestay untuk penginapan kami sekeluarga di Pekan Pahang nanti. Ramai nak menghantar aku ke UMP nanti. Rasa cam hepi je kan bile camnih. Seronok rasenye bile family ramai2 g anta aku belajar. Lagi seronok agaknye perasaan bile family datang time konvokesyen. Jaoh plak sesat aku nih. Sem 1 pun lum start lagi. Haha.. So, setelah kami menggila cari homestay tuh, dapat la sebuah rumah nih. Lebey kurang 15-20min ke UMP Pekan. Its ok la. Sebab ape..da puas kami mencari. Yang dekat sume da kene sebat dengan orang lain. Aku rase diorang pun nak anta anak g UMP kot? Sebab tarikh yg kena booked tuh same ngan tarikh daftar UMP. Tak kesah la, yang penting family aku selesa nanti. Rumah tuh ade 3 bilik, 2 bilik air dan siap lengkap dengan perabot+kelengkapan rumah la. Harganye RM90/semalam. Ok kan? Actual price nye RM150/malam tapi diorang tengah wat promotion, makanye dapat lah murah. InsyaAllah kami akan pergi sehari sebelum hari pendaftaran.

Haih..rajin pulak kan aku menaip pepetang nih. Berjela punye entri nih. Haha.. Ok la, tu aje aku nak cite. Doakan aku mampu buat yang terbaik kat sane nanti. InsyaAllah!

 My UMP..I'm gonna love U! hehe

Wednesday, July 13, 2011

Jalan raya Mu Jalan raya Ku jua!

Assalamualaikum w.b.t

Setelah sekian lama bermalasan untuk menaip d blog nih akhirnye aku gagahkan diri menaip. Haha.. Kang lame2 tak update berkarat plak blog aku nih. Ok..entri kali nih aku nak cite pasal masalah2 peribadi yang dihidapi pengguna jalan raya kat Malaysia nih. Masalah peribadi? Peribadi sangat la kann~ haha Ok2..lets proceed!

Hari2 g keje aku naik motor..i means menunggang motosikal. So, memang ari2 aku akan menggunakan jalan raya la kan..kecuali kalau ari2 yang aku malas tuh, aku naik helicopter je. *pirahhh!! berangan lebey! Jalan raya tuh bukan aku sorang je gune, beratus dan mungkin beribu orang dalam satu masa tuh menggunakan jalan raya yan g sama dengan aku. Aku bukan nak complaint la cume nak menyuarakan rasa sedih, kesal, menyampah sakit ati bla..bla..bla.. terhadap mereka yang tak bertanggungjawab atas jalan raya tuh.

First kan, aku memang bengang dengan manusia jenis nih! Sape dia? Manusia yang 'berasap' atas jalan raya especially yang naik motor macam aku. Ko nak berasap rosakkan paru2 ko, ko punye pasal la kan, tak payah la susahkan paru2 aku gak. Da berape kali da aku terpaksa menghadap situasi nih dimana manusia jenis nih slamber je berasap sambil tunggang motor. Asap dia tak payah cite la kan...berkepuk2 datang kat aku yang tunggang motor kat belakang motor dia. Lagi bengang kalau berenti kat traffic light. Pewwhhh! Macam nak sumbat2 je benda berasap tuh dalam mulut dia. nah TELAN! TELAN! *marah betul nih

 Seterusnye, spesis yang tak reti nak bagi signal awal2. Ah..yang nih agak menyirap a. Lagi la kalau tengah speeding nak kejar traffic light. Dia boleh wat slow motion..bile aku nak potong dia,tetiba bagi signal nak belok lak. Tak ke menyakitkan hati tuh?? Huh..hampeh2.. Tolong la weh, bukan nye kene bagi signal 500meter sebelum belok tapi at least pandai la agak2 bile mase yang tepat nak bagi signal. Jangan susahkan orang nak oih! Huhh..

Lagi satu, aku bengang betul dengan mereka yang berkereta nih. Lol..kenape lak kan? Aku bengang dengan diorang yang suke parking kereta kononnye sekejap je dan mem'blok' kawasan parking motor. Hangin betul aku. Da la susah nak parking pastu susahkan nak keluarkan motor nanti. Heishh! Ape la korang nih. Kalau kereta tuh diparking dengan ade pemandu dalam tuh ok lagi la, nih tak. Dok la ditinggalkan kereta camtuh dengan bebudak yang tak tau ape. Takan aku nak suh diorang alihkan kereta lak kan? Pikir la wei..

Hohh..penat betul marah2 nih. Haha..Rasanye takde la ape lagi nak disuarakan setakat nih. Korang yang bace entri nih tolong la elakkan perkara2 tersebut. Menjengkelkan tau? Haha.. Akhir kata,jalan raya tuh guna sama2, so behave la supaya kita tak susahkan orang lain. =)

Monday, June 13, 2011

Dare to dream

Assalamualaikum w.b.t.

Fuhh..fuhh... berabuk da blog macik. Ehehe..lame da x update ye. Al-maklum la..tade cite menarik na dikongsi. Huhu.. Ha..disebabkan ade cite nih la aku update new post. Hehe..

Dream High! Aku berjaya habis tengok drama 16 episod nih dalam mase 2 ari sahaje. Huhu.. mane taknye, tak tido malam sebab da syok noe tengok. Niat di hati nak berenti tengok tapi bile tengok preview episod seterusnye..CANCEL lak. Makin galak aku tengok cite nih. Haha.. Mule2 cite nih macam bosan sket la tapi da lame2 syok woo. Huhu.. Sape2 yang belum tengok tuh aku suggest tengok la cite nih. Cite nih bukan macam cite2 biase, dia lebih kepada memberi inspirasi dan pengajaran. Ape yang aku belajar dari cite nih ialah jangan berputus asa dalam mengejar cita-cita kita. Yakin pada diri sendiri. Jangan takut untuk bercita-cita tinggi. Wah gitu~ Haha..


 Ham Eun Jung (T-Ara), Taec Yeon (2PM), Suzy (Miss A), Kim Soo Hyun, IU and Woo Young (2PM)


Dalam cite nih aku suke sangat tengok Jason dengan Pil Suk. Comey!!! Nih la muke mereka yang comey tuh..



Jason (Woo Young) n Pil Suk (IU)

Nih kat bawah nih ade letak video soundtrack drama Dream High nih. Best lagu nih.. Sile la jengah jap..huhu



 
cute!!

Ha..tu jela nak cite. Haha..lately malas nak taip banyak2.. Haha.. Nak tau cite nih camne, sile la tengok. Ape yang aku boleh katekan, cite nih daebakk!! =)

Wednesday, June 1, 2011

Karak ::Laluan Puaka::

Assalamualaikum w.b.t

Huhuhu.. PUAS! Ye..memang aku puas.. Haha.. Arini g letink dengan cik akak, cikgu Farah.. Pegi mane? Gini citenye....

Cadangnye nak g Dataran Pahlawan. Nak g tengok wayang kat GSC sane. Nak tengok cite KARAK. Hoho.. Tapi kan...boleh pulak cik akak aku nih lupe jalan nak ke sane...apedaaa~ Aku apatah lagi kan. Yang aku tau hanye la naik kete dan tadaaa...da sampai. Tuh jela aku tau. Haha.. So, memang aku tatau la jalan ke Dataran Pahlawan nun. Da susah beno, akhirnye kami pun membuat keputusan untuk menonton wayang d GSC AEON Bandaraya Melaka. Ala..JUSCO yang baru kat Melaka tuh. Cinema kat sini baru lagi bukak, kire segar fresh lagi la kate orang tuh. Haha..


Beratur la beli tiket. Cite Karak ade paling dekat kul 2.20petang Dan waktu ketika itu ialah 12 lebey. So, lepas beli tiket, kitorang pun ronda2 la dulu. G makan, solat zuhur dulu. Dekat2 kul 2 tuh duk tercangak depan pintu cinema tuh. Duk peratikan orang lalu lalang. Hobi~ Haha.. Macam2 erk kerenah orang  nih..

Ok2..cukup. Meh cite pulak pasal cite yang kitorang tengok tadi. KARAK..Laluan Puaka. Cite nih basicly cite seram la kan..pasal highway Karak yang dah dikenali dengan pelbagai misteri nye. Katenye banyak accident jadi kat highway Karak neh. Aku bukanlah tau sangat pasal cite highway Karak nih. Movie nih not bad. Seram tuh boleh tahan la..tapi dalam seram2 tuh terselit banyak lawaknye. Hoho.. Overall cite nih BEST.. Paling aku respect sound effect movie nih. Mantap! 2 thumbs up! Sound effect dia memang gempak. Tahniah kepada KRU! Huhu.. Lagi satu, aku nak puji lakonan pakwe aku *perasan! Shahir AF8. Even baru lagi sebagai pelakon tapi lakonan dia not bad. Tak nampak kaku. Cool! Cite nih ade gak selitkan unsur2 keinsafan gitu. Moralnye..kene kuat iman! =) Sedey gak lah ending cite nih... Haa..nak tau? Korang tengok la sendiri~ Haha.. Bagi korang yang belum tengok cite nih, pe kate tengok trailer movie nih dulu.. Layannn~




Lepas abes tengok cite Karak nih, kitorang pun continue la berjalan2 lagi. Haha.. alang2 kan.. Tak padan dengan sakit aku nih. Merayap! Haha.. Tengok2 kasut kat sane.. Tetiba terberkenan kat satu kasut nih. Haha.. Sudah~ Kalau ati da kate nak beli..beli jugak ler nampaknye. Haha..
Tadaaaa~

Cik Kasut saye yang baru

Haha..nih ler perempuan. Katenye suke supink. tapi aku bukan supink ari2 pun.. Bile terasa perlu je..Haha.. Lagipun jarang g Melaka. So, why not kan? Haha.. Rasenye tuh je kot yang aku nak cite. Haha.. Gatal nak update blog kan...

p/s: sok da start keje balik. MC da abes. Haha.. Da seminggu duk umah, macam malas lak nak g keje.. Kuang3.. Terok betul!

Tuesday, May 31, 2011

I'm b2uty!

Erm..tajuk entri macam prasan lebey je kan? Haha..tapi kalo korang peminat KPop mesti korang tau ape itu b2uty yang aku maksudkan. B2uty tuh name manje (blah la ko..!) atau pun nickname untuk peminat2 BEAST aka B2ST.. Haa...comey kan? Huhu..ape yang aku nak cite kat sini ialah aku kecewa!!! Pehal nak kecewa lak kan tetiba? Camnih kisahnye....

Balik dari bandar tadi (ceh2 ko..sakit2 pun boleh merayap lagi kan?) aku g stesen bas. Sementara tunggu akak aku nak beli tiket bas (katenye nak melancong~), aku pun pegi la merayau2 tengok majalah. Niat di ati nak cari majalah e-pop..hehe.. fav aku sekarang. Jumpe! Yes2...serunuk betul cik Bedah.. Selak punye selak, aku terjumpa la nih.....

BEAST!!!


The First Beast Fan Meeting Asia Tour..

Oh yeahhh~ Siap ade kontes plak tuh untuk dapat tiket pree g kunsert depa nih. Duhh! Ati aku berbunga riang. Ade ati nak pegi nih.. Tiket ya ampun, MAHAL..tapi aku terpikir nak juin kontes tuh. Mane la tau ade luck, menang...boleh jumpe Dong Woon oppa aku tuh.. Haha.. Gile! Bajet confirm menang je kan? Huu... Tapikan..tapi...tarikh nye..TAK SESUAI! 01.07.2011 bersamaan ari Jumaat. Menci boleh x? Kenape la setiap kali artis Korea wat showcase mesti ari Jumaat. Wei! Ari Jumaat aku keje la..Sabtu pon keje.. Tak berhati perut la penganjur nih. Punah harapan aku. Nak juin kontes tuh pun da tade ati. Kalau menang takkan aku nak campak tiket tuh kat sesape lak..lagi kecewa sebab tak dapat g. Huwaaaaaa...... Takpe la..cik b2uty yang len..korang tengokkan untuk aku ye.. Hoho..


Beast yang kiut


 Beast yang macho..hoho


Takpe la..untuk b2uty yang senasib dengan aku..mari kite tengok MV terbaru dari diorang.. 

the Fact & Fiction


Monday, May 30, 2011

Saya NAK benda2 nih!

Assalamualaikum w.b.t

Ehem2..sejak duk umah sebab MC nih,asik la nak menghapdate blog kan cik Atiqah nih.. Haha..ape boleh buat kan? Bosan tau tak dikuarantin kat umah. Haih..ha,tengah dok breaklunch (breakfast+lunch) tadi, tetiba aku terpikir nak share dengan korang benda-benda yang aku nak miliki.. Ahah...!  Mari kita tinjau-tinjau...haha

Juara carta ialah encik Nikon DSLR. Tak kire la model hape..janji dapat sebijik camera DSLR nih da cukup baik da. Haha.. Kenape DSLR? Sebab aku rase camera nih sejuk COOL. Ditambah pulak minat aku terhadap photography. Cume minat nih tak dapat dikembangkan sebab aku tade kamera sendrik. Setakat kemera hp ade lerrr..hoho.. Kalau dapat sebijik kamera nih, memang sape2 nak suh aku snap pic dengan rela aku snap. Haha.. DSLR nih jadi impian aku da lame da cuma susah nak direalisasikan sebab sebijik encik DSLR nih bukan murah, beriban! Mane nak cekut duit? Korek tanah boleh jumpe x? Haha.. Ade sape2 sudi nak hadiahkan aku? Ngahaha...


Encik Nikon D5000 DSLR saya*! perasan 


Next! Honda City latest model nih..


Peh! cun melecun! Huhh..dapat nih,memang aku jage. Kalau dapat simpan dalam umah,mmg aku simpan dalam umah. Haha.. Why this car?   Sebabnye mudah saje..kereta nih smart, stylish dan mantap! Cehh..poyo kan? Ala...aku ta suke kereta2 mewah cap lain. Cap Honda jugak yang smart. Tunggu la aku keje nanti, sebijik Honda City depan umah..hahaha.. 


Seterusnyer...jeng3.. Apple iPad...!! OMG!!! 


Comey gile kan iPad kaler pink nih? Duhhh..mantap! (abaikan kegilaan aku*) Kenapa iPad? dan kenapa warne pink? Ok2..iPad sebab sekarang nih bendalah nih satu trend la. Seperti DSLR tadi, iPad nih COOL! Haha..pink pulak sebab...errr...comey? Ala, ta kesah la warne ape..yang penting Apple iPad..huuu..


Proceed~ ha,benda yang nih hanye bile aku da koje +bile aku da kaye je akan tercapai.. Sebuah rumah yang sepenuhnya didesign oleh aku..mengikut cita rasa aku dan rumah itu akan menjadi rumah aku dan keluarga! Hahaha!!! Over lak..hehe..Tade gambar untuk yang nih sebab masih dalam imaginasi sahaja.. Haha..sengal! Yang nih memang susah sket la nak tercapai sebab memerlukan kos yang amat tinggi.  Jadi, aku perlulah belajar bersungguh-sungguh dan kerja hebat2 demi menjadikan RUMAH AKU satu realiti..haha



Next!! Aku nak memiliki sebuah gitar..nih da berabad aku nak tapi tak terbeli2 sebab aku asik pikir je...kang beli tapi tak belajar main cm rugi plak..haha.. Ha..cube tengok gitar pink disebelah..haha..PINK lagiiii~ Nih kan sebab aku terpengaruh dengan cite WGM (We got Married) YongSeo couple tuh. Seo Hyun nak beno gitar kaler pink nih and last episode Yong Hwa hadiahkan Seo Hyun gitar pink tuh. Comey betul~ Sebab tuh aku cm gile sket bile tengok gitar kaler pink..haha


Last episode WGM YongSeo



Haa...lagi satu. Aku teringin beno nak memiliki sebuah private jet. Ecehhh..gitu~ melampau sket la kan..haha.. Kenape? Sebab senang aku nak terbang kemana2. Selesa lak tuh. Giler ah.. Lagi satu senang mak bapak aku nak g melancong memane.. Huhuhuhu..bagus x? Tapi ko ingat senang ke? Mane ko nak mendarat kat Muo nih?? haha.. Lagi satu, ko ingat murah?! Eh2..termarah diri sendrik plak..huhu tape la..why not berangan nak ade jet peribadi nih. Mane tau satu hari nanti ade duit lebih..boleh angkut sebijik? haha.. 


semoga jadi realiti..hoho


Macam2 kan aku nih..mengarut ngarut pun ade..tapi sume tuh tak salah. Dari impian la kita akan lebih berusaha untuk mencapainye. Ye x? haha.. Hopfuly benda-benda yang aku impikan nih suatu hari nanti akan menjadi milik aku. Huuu~




Sunday, May 29, 2011

Tabahkan Hatiku~

Assalamualaikum w.b.t

Ya Allah..sesungguhnya aku hanya hambaMu yang lemah.. 
Tabahkan hatiku melalui dugaan ini ya Allah!
Aku terlalu lemah untuk menghadapinya..



Kadang-kadang aku selalu mempertikaikan kenapa perkara ni harus terjadi pada aku? Arggghhh!! Aku jadi terlalu tertekan dengan situasi nih. Aku benci sume nih! Tapi aku tahu, Allah maha mengetahui lebih dari apa yang aku tahu. Semua nih berlaku dengan hikmahnya tersendiri. Aku tak boleh nak pertikaikannya. Ampunilah aku Ya Allah!

Thursday, May 26, 2011

Cacar Ayam?

Assalamualaikum w.b.t

Cacar ayam? What the?? haha..betul2 aku translate. Actually what I meant is cacar air or well-known as CHICKEN POX. Kenapa tetiba nak wat entri pasal nih pulak an?  

Sebab aku telah dijangkiti! 
Waaa~ 

Sedih tak sedih la kan. Orang kate, setiap orang pasti akan kene chicken pox once in their lifetime dan aku belum pernah kena lagi sebelum nih. Ok..mari aku cite info berkaitan penyakit nih..


Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air. Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Penghidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa). Penghidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

(credit to website KKM : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/ChickenPox.php)

Uh..risau aku. Yela kan, bile da kena chicken pox nih kunpem la ta buleh g keje. Lagi la tempat keje aku tuh sensitip. Ramai kanak-kanak. Sedey+ serba salah dibuatnye sebab aku da la baru keje situ, pulaknye nak cuti sampai seminggu. Haih..kesian akak2 ku di tempat keje tuh. Mesti busy diorang nnt. Tapi nak buat macam mane kan, penyakit datang tanpa diundang. Aku rasa maybe sebab ade sorang patient tuh datang klinik sebab kene chicken pox, dan disebabkan badan aku x immune dengan penyakit nih so, senang la nak merebak kan? Lagi la tem tuh aku tengah demam, bdan pun lemah...penyakit bergumbira menjangkiti aku. Haha..

Doakan aku cepat sembuh ye. I think I'm gonna miss my workplace so much. Ahh..those cute kids.. Haihh..

Kids and Clinics

Assalamualaikum w.b.t

Entri kali nih aku nak cite pasal simple reminder untuk parents out there yang anaknye ta sihat dan ingin ke klinik berjumpa dengan doktor.. Chewahh..gitu. Ni sume based on pemerhatian aku sepanjang keje kat klinik pakar kanak-kanak tuh la. Hanya cadangan bukan satu paksaan. Suggestion yang akan memudahkan para ibu bapa. Actually macam tak sesuai untuk golongan remaja tapi korang leh bace la jugak sebagai persediaan bile bergelar mummy or daddy satu hari nanti. hoho..

Satu
Bawa myKid / birth certificate anak anda. Ini penting terutamanya bila korang 1st time datang ke klinik tersebut. Ini dapat memudahkan staff di klinik tersebut untuk mendaftarkan anak anda. Paling cikai pun anda tolong la ingat birthday anak anda. Mengetahui umur sebenar kanak-kanak tersebut adalah penting dalam memastikan dos ubat yang sesuai untuknya. Jika orang lain yang membawa anak anda ke klinik tersebut, pastikan data-data tersebut di inform kepada orang tersebut agar tidak berlaku sebarang kesulitan kelak.

Dua
Bawa keperluan anak anda. Contohnye ; pampers, botol susu, puting, sapu tangan dsb. Kenapa? Mudah jika anak anda tetiba terberak ker. Yelah, klinik jarang ade sediakan pampers untuk patient ok. Semuanya bergantung pada keprihatinan ibu bapa itu sendiri. Botol susu? Bawa sekali dengan pakej ; susu,air panas. Sapu tangan pulak sangat perlu terutamanya bila anak anda selesema. Kalau guna tisu ok but i think its better to use towel. Soft! Ha, ini satu lagi. Plastik! La..kenapa pulak plastik an? Nih in case kalau anak anda tuh muntah-muntah. Kalau dari rumah da muntah-muntah, sila la bawak plastik untuk memudahkan anda. 


Tiga
Say no to rompers. Sila rujuk pic disebelah.. Ok..why? ok2..bukan tak boleh, cuma cadangan ye. Sebabnye, agak sukar bagi doktor bila nak check paru2/nafas anak anda. Kalau pakai rompers nih kena la selak tinggi kan,kalau pakai t-shirt hanya perlu selak sikit je. Ye x? Mummy pun tak perlu la susah nanti nak tanggalkan butang rompers si anak. Mungkin nampak remeh tapi kalau anak anda jenis yang memang tak suka bila diperiksa doktor,anda yang akan mendapat susah! Dia terpusing sana sini nanti, mana nak check kan?



Empat
Biasakan anak anda dengan alat penimbang. Dari pemerhatian aku, ramai budak yang tak suka nak timbang. Kalau gadis2 remaja tak suka timbang tuh mungkin la boleh diketahui sebabnye.. hehe.. Jika anda membawa anak anda ke child specialist, memang anak anda perlu ditimbang. Kenapa? Sama gak seperi umur, berat juga penting untuk menentukan dos ubat untuk anak anda. Jika tak mahu anak anda melalak sebab tak nak ditimbang, biasakan la mereka dengan alat penimbang. Sounds silly but once u become a mother or dad, then u know it.

Lima
Kalau anda membawa anak yang ramai ke klinik dan hanya seorang saje yang perlu diperiksa oleh doktor, meminta la kerjasama dapat mengawal anak-anak yang ramai tersebut. Bukan ape, konsentrasi doktor mungkin boleh terganggu jika terlalu ramai di dalam biliknye ditambah pule jika mereka membuat bising. Doktor senang, anda pun senang. Hoho


Enam
Yang keenam nih, hanya sekadar tenguran. Ade dikalangan parents yang mungkin bekerja di farmasi or yang berkaitan la kan..satu kebaikan bila parents mengetahui ubat apa yang anaknya makan. Prihatin! But please,kindly dengar dulu penjelasan oleh staff klinik ketika beliau dispense ubat untuk anak anda. Ye, mungkin anda lebih berpengetahuan daripada dia tapi kan baik kalau kita berbudi bahasa. Apa guna pelajaran tinggi kalau takde budi bahasa? Dengar dulu then baru suarakan pendapat anda. Staff tuh hanya mengikut arahan doktor.


Rasanye tuh je kot. Sekali lagi diingatkan, semua nih hanya berdasarkan pemerhatian sahaja. Mungkin ada yang tak bersetuju. Ianya hanya cadangan bukan paksaan. Hopfuly entri ini mampu memberi sedikit sebanyak panduan kepada ibu bapa yang hendak membawa anak-anak ke klinik. dan juga kepada future mummies and daddies.. ^^,

Saturday, May 21, 2011

Tak sihat...sob..sobs

Assalamualaikum w.b.t.

Halu2.. saya tak sihat. Bukan mental tak sihat tapi badan yang tak sihat ye. Nanti timbul miskomunikesyen lak..haha. Semalam..ye! semalam la aku mula rasa tak sihat. soksek-soksek sebab selesema.





Huih..da la aku keje kat klinik kan, klinik kanak-kanak lak tuh. Takmo la aku dikatekan penyebar virus2 kepada kanak-kanak yang sudah sedia tak sihat itu. Uh, memacam aku telan demi memastikan kesihatan kembali pulih. Panadol? Lepas makan, balik tengahari tuh terus aku tersadai atas tilam. TIDO! Sebelum g keje petang tuh, singgah jap kat kedai depan umah tuh.. Beli apo? 


100plus. Haha.. mane taknye..makan panadol pun tak jalan. Alhamdulillah, ok sket la compare pagi tuh. Tapi, malam nye...kembali selesema. Lepak! Tak leh nak wat pe. Badan pun mcam otw nak demam je kan.. Aku da risau da.. Nasib baik arini keje haf-day je. Huh..Tuhan je yang tahu camne seksanye aku nak control hidung aku. Hoho.. Ramai pulak kan patient ari sabtu nih dan ramai pulak yang datang nak amek injection. Huhu.. Ketika aku menaip entri nih, hidung dalam keadaan stabil. Alhamdulillah. 


p/s: petang tadi sempat la update permohonan UPU aku. Wish me luck k.. Aku berharap sangat dapat pilihan pertama aku. Hoho.. InsyaAllah..

-Jagalah kesihatan anda sebelum terlambat-
^^,

Thursday, May 19, 2011

Hari yang penat juga menggembirakan ^^,

Assalamualaikum w.b.t

amaran: entri ini mengandungi salah guna perkataan yang meluas. kanak-kanak dibawah umur 12thn memerlukan pengawasan orang dewasa untuk membaca entri ini.

Urm..lame da tak update blog usang shumel aku neh.. hoho..rindu.. Ade masalah sket yang tak dapat nak dielakkan. Okeh..hari dimana aku mampu tersenyum biarpun kepenatan. Ohoh! Kenape? Mesti korang tertanye-tanye kan..(kalo tak pun iyekan aje la ye..)huk

Tanggal 18hb Mei 2011, result PSPM II pelajar matrikulasi seluruh Malaysia sesi 2010/2011 diumumkan. Oh..hanya Allah yang tahu betape nebesnye aku menanti hari itu. Pagi tuh, sebaik saje bangun tido, aku mencapai hp dan segera send sms ke 15888 untuk mengetahui keputusan aku. Ahah! Over-excited lak kan? Tak pela..lambat-lambat lagi aku nebes! Hampa ati aku bile dapat balasan bahawa result belum kuo lagi. Chettt! Tapi takpe la kan..haha..

Aku pun bersiap-siap la nak keje (setelah bercuti semalamnye sebab Wesak day).. Hah..ni la yang memenatkan aku. Ramai pulak patient pagi tuh..yela, semalam cuti kan..klinik tutup. Qada la patient arini..haha.. Pulaknye aritu aku jage 'department' dalam dimane harus menolong doc semase beliau menge'check' patient. Hohh..penat! Tak sempat nak duduk oke. Patient lak tak berhenti-henti datang.

Balik kul 12.30 tuh dengan rakusnye aku on9, nak tengok result sebab aku yakin dengan confidentnye bahawa result suda boleh disemak! Tapi...HAMPA sekali lagi. Belum boleh check daaa~ tape2.. aku sabo. Sementara tuggu result boleh disemak, lebih baik aku tido! haha.. Kul 3.30petang bangun sebab nak g klinik kerajaan tuh, g amek ubat mak aku. Balik dari klinik tuh, aku on9 mukabuku. Oh....aku nampak! aku nampak! ade orang announce bahawa result sudah boleh disemak. Dengan segera aku check!

Alhamdulillah.. Aku menangis bersyukur tengok result aku. Walaupun bukan empat rataa tapi aku bersyukur akhirnye aku dapat capai 3 pointer. No 3 yang aku impikan menjadi realiti. Thank You Allah! Thanks juge kepada my dear Mummy yang tak putus-putus berdoa untuk anaknye ini. Sekarang nih aku berdoa ade U yang sudi nak mengambil aku sebagai pelajar mereka. InsyaAllah..

Balik kepada cite di tempat keje selepas pukul 6. Ye..sebelum doc datang pada pukul 6.40 petang, seramai 8 orang patient da men'register'kan diri. Dannnnn...6 daripada mereka ialah patient baru. Tak ribut lak kitorang kan.. 2 pasang adik-beradik dan sepasang kembar. Riot oke. Klinik tuh secara tiba-tiba menjadi seperti MICKEY MOUSE CLUBHOUSE. haha.. Berlari sane sini..terjerit2.. OMG! Korang bayangkan la camne. Aku da cam biol2 je mase nak timbang c kembar tuh. Mane tak nye, muke da la same..name pun dedekat same.. Ohhhh!

Bile doc datang je..mule la kan tugas aku jade department dalam. Penat tak penat la kan.. Lebih kurang 20 lebey patient datang malam tuh. Balik tuh memang aku rase nak pengsan je.. hoho.. TIDO!

Thursday, May 12, 2011

Sederhana itu sempurna

Assalamualaikum w.b.t

Sederhana....berada di tengah-tengah lebih dan kurang.  Tak lebih,tak kurang. Ape yang aku nak coretkan mengenai sederhana ini ialah mengenai kehidupan yang sederhana. Semakin lama aku hidup di atas muka bumi ciptaan Allah ini, semakin aku sedar bahawa bersederhana itu satu kesempurnaan. Ya..mungkin korang akan kata.."Mana ada yang sempurna kat dunia nih?!".. sempurna yang aku cuba katakan disini ialah sempurna melalui sisi pandangan aku. Insan yang juga serba-kekurangan.

 Hidup yang bersederhana, miliki benda yang hanya mampu dimiliki adalah lebih baik berbanding jika seseorang itu sanggup berhutang demi memiliki benda yang tak mampu dimilikinya atas dasar nak menunjuk2 walaupun hakikatnya dia tak mampu. Kalau kereta dan rumah tuh lain cerita la kan. MAHAL! Hartawan je mampu beli cash! Kalau hidup da dikelilingi hutang, mana nak datang aman dalam kehidupan tuh. Jiwa kacau! 

Kekadang tuh ade je orang yang sebenarnya lebih dari mampu tapi dia tak nak menunjuk2. Seorang yang tak mau aku sebut kat sini..kaya! tapi dia hanya menggunakan kereta buatan Malaysia sahaja. Walhal kalau diikutkan kemampuan dia, dia mampu miliki kereta yang mahal2 tuh tapi dengan sifat bersederhana yang ada pada dia membuatkan aku rasa kagum.

Cerita pulak pada pasangan hidup. Bersederhana dalam mencari pasangan hidup. Ecehh! Kemain ko ek. Orang sekarang nih..nak cari calon nak yang cantek, handsome, kaya, sama taraf! Korang sedar tak tuh semua duniawi aje? Cantik/handsome mane pun, da tua lain gak jadik. Nak yang kaya? Kaya2 kang..ramai yang berkenan. Susah nanti dik! Tapi kalau diikutkan aku nih pun agak demand jugak. Hoho..

Rupa tuh takde la aku kisah sangat. Cume pelajaran dan pekerjaan. Itu penting. Pekerjaan yang mampu menampung kehidupan aku, itu sudah cukup. Takmo la nanti sebab masalah kewangan, timbul masalah lain. tapi semua itu hanya lah ape yang aku bayangkan...Allah da tentukan sape jodoh aku, aku perlu terima seadanya nanti..

Wednesday, May 11, 2011

MERAH JAMBU aka Pink !

Assalamualaikum w.b.t

Obses terhadap pink?

Yeke?  Lately ramai tanye aku, "Ko suke warne pink ke?". Sebab mereka nampak banyak barang aku yang berwarna pink! Err.. Mungkin la kot. Sejak dua menjak nih aku tak suke lak tengok barang-barang yang berwarna pink aka merah jambu. Hambek ko! Dulu ye noe kate tak suke warne pink. Girly sangat! Mengada! Tak cantik! Sekarang..ko telah dikhianati oleh diri sendiri wahai Nur Atiqah! Padan muke.. Ala, bukan ape..bile aku tengok lame2..warne pink nih macam soft je..lembut gitu kan.. comel pun ade. Jadi pe leh wat...ati da suke.. hahahaha!

Antara koleksi barang aku yang berwarna pink ialah

  • selipar kuo jejalan
  • selipar pakai kat tempat keje
  • dompet purse
  • t-shirt POLO
  • keychain gantung kat pendrive
  • towel
  • berus jamban gigi
  • background belog! =P
  • banyak lagi la! ngahaha!

Tu la kan..orang kate, jangan benci2..nanti lame2 suke. Betol weh! Haha.. Ntah la kan..mate nih asik la terberkenan kat barang-barang yang berwarna pink nih. Nak kate aku nak ke arah geli 'girly' tade la pun kot. Jiwa aku tak macam tuh lagi..ngahaha. Jadik, moral of the story...jangan nak benci2 sangat pada sesuatu sebab akhirnye mesti kita akan suka ape yang kita benci tuh.. Kui3..

p/s: suke gak tengok kumpulan JAMBU kat Maharaja Lawak.. ^^,

Sape cakap?!

Who Says
Selena Gomez 
 
 
 
I wouldn't want to be anybody else ( Hey! )

You made me insecure
Told me I wasn't good enough
But who are you to judge
When you're a diamond in the rough
I'm sure you got some things
You'd like to change about yourself
But when it comes to me
I wouldn't want to be anybody else

Na na na na na
Na na na na na na
I'm no beauty queen
I'm just beautiful me

La na na na na na na na na!
La na na na na na na na na!

You've got every right
To a beautiful life
( C'mon! )


Who says
Who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me
That's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful
Who says

It's such a funny thing
How nothing's funny when it's you
You tell 'em what you mean
But they keep whiting out the truth

It's like a work of art
That never gets to see the light
Keep you beneath the stars
Won't let you touch the sky

La na na na na na na na na!
La na na na na na na na na!

I'm no beauty queen
I'm just beautiful me

La na na na na na na na na!
La na na na na na na na na!


You've got every right
To a beautiful life
C'mon

Who says
Who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me
That's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful

Who says
Who says you're not star potential
Who says you're not presidential
Who says you can't be in movies
Listen to me, listen to me
Who says you don't pass the test
Who says you can't be the best
Who said, who said
Won't you tell me who said that
( Yeah, WHO SAID!? )

Who says
Who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me
That's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful
Who says(x2)
 
 
LOVE THIS SONG!