Saturday, November 27, 2010

METROSEXUAL

Assalamualaikum w.b.t.

Tajuk yang cam kontroversi je an? haha..
Actually,nih lah tajuk untuk tesis grup aku untuk subjek English sem 2 nih..
Menarik x? haha.. Even grup aku de sorang je laki..tapi kitorang decided nak wat tajuk nih sebab macam menarik je kan..yela,aku rasa hampir 80% guys kat KMJ nih mementingkan penampilan diorang. Kekadang tuh, pompuan pun boleh kalah. Aku agak tertanya-tanya gak la,berapa banyak dorang abiskan duit untuk 'mencantikkan' diri? penting ke bagi dorang jaga penampilan diri nih? berapa lama dorang abeskan masa untuk grooming sebelum g clas? Mula-mula  masa aku na cadangkan tajuk nih,ragu2 la jugak. Yelah an,grup aku 3 pompuan n sorang je laki. Tapi ble difikir balik,why don't we try something unique? haha.. Alhamdullillah dorang pun rasa topik yang aku pilih tuh quite interesting.
(* sebenonye da banyak kali topik2 yang kitorang pikirkan tak diterima oleh lecturer BI kami. Jadi demi memastikan idea kitorang diterima,kitorang kene la pikir out of the box..)

Cite sebe sikit mengenai metrosexual.....

Metrosexual nih actually laki yang suka nak bergaya,up to date dan sentiasa menjaga penampilan diri.
Contoh yang paling senang nak dilihat ialah Encik David Beckham. Beliau boleh dikatakan icon metrosexual. Even dia tuh pemain bola sepak yang sentiasa berpeluh di padang tapi beliau tetap menjaga penampilan diri. Berpeluh macam mana pun,dia tetap nampak stylo. Kan? Kat luar padang apatah lagi la an. Sampaikan gaya rambut dia pun orang tiru satu masa dulu. Mungkin dia nih dipengaruhi oleh bini dia yang cantik dan suka bergaya tuh,Puan Victoria Beckham. Secara tak langsung beliau kena la jaga penampilan diri kan? Takkan bini lawo,hubby nye selekeh?? haha

Tetap bergaya walaupun berpeluh!



Encik David dan Puan Victoria yang sentiasa vogue!

Jadi metrosexual guys nih pada aku,ada baik dan buruknye..

Bagus
  • Bila dorang nih menjaga penampilan diri,secare otomatik dia nih menjaga kebersihan diri jugak an?
  • Bagi woman,boleh bangga ngan pakwe/hubby.. Nanti orang dok puji2 kate hensem..haha
  • Menjaga tatasusila diri. Tade la malu kalo na bawak g majlis. Ngahaha..
  • Pandai bergaya. Pandai na tentukan baju ape yang sesuai na g majlis nih,majlis tuh.. Tak susahkan orang len.
  • Disukai ramai..tentunye! =)
Tak Bagus
  • Banyak sangat abeskan duit semata-mata nak 'cantik'kan diri.
  • Bagi yang da kawen,anak2 mungkin terabai sebab bapaknye da abeskan duit untuk beli 'mekup'. Duit untuk beli susu anak da tade..*spesis nih memang terok la kalo wujud!
  • Terlalu pandai bergaya sampai ter over bergaya. Ade ke g kenduri arwah pun na pakai spec itam+perfume semerbak harum(ilang bau kapur barus,kalah dengan perfume dia)..
  • Ade mak bapak tak berkenan nak jadikan laki yang rambut terpacak2 nih jadi menantu. Kebanyakan suka yang skema ramah..suami soleh katenye..huhu
  • Jadi perhatian ramai. Bahasa kasarnya 'mencapap'. Sengaja menarik perhatian orang ramai. Eee..TEROK!
Aku neutral pasal kes metrosexual nih. Aku suka gak tengok laki yang bergaya nih. Yang rambut stylo tuh. Tapi kalo da over sangat pun,menyampah tengok an? Pape pun,ta salah bagi seorang laki na bergaya,menjaga penampilan diri. Setiap orang,ta kira jantina,umo,bangsa perlu pandai menjaga imej diri. Menjaga imej diri di sini bukan lah bermaksud kena pakai barang cantik2..or branded. Asalkan kita tak nampak selekeh pada pandangan orang lain,itu da cukup bagus. Na tau lebey lanjut,korang leh search website nih..http://www.wisegeek.com/what-is-a-metrosexual.htm..

Haih..cukop la kot cite aku kali nih. Penat suda. Doakan aku berjaya siapkan research dengan jayanya pasal metrosexual nih oke..

Salam~


























No comments: