Sunday, September 22, 2013

Senyum



Senyum.
Senyum lagi
kan comel tu. 
Senyum selagi gigi masih penuh
Senyum selagi kulit belum berkedut
Senyum selagi punya alasan untuk tersenyum
Senyum selagi mampu senyum.

Sebab bila kau tak punya alasan untuk tersenyum
kau akan rindu senyuman kau sendiri.



Hidup



Hidup ni macam roda
Itu yang orang selalu cakap la
Tapi
aku rasa
hidup ni tak ada macam apa.
Semua terletak pada kau.

Kau nak hidup bahagia?
Jangan buat benda sedih.
Kau nak berjaya?
Jangan sia-siakan masa.
Kau malas
kau rugi.
Kau rajin
kau untung.

Allah dan tentukan jalannya
Cara kau kemudi bahtera hidup tu penentunya
Samada bahagia atau tidak.


Friday, September 20, 2013

Cakap dengan cermin



Dalam satu hari
kau boleh rasa semua
sayang
benci
rindu
sakit hati
bahagia
sentap
sedih

Pagi rasa bahagia
Petang sakit hati
Malam sedih.

Itu yang kau nak?
Hidup macam tu?
Cakap dengan cermin.



Masalah



Aku tak tahu
apa yang kau ada
sampai aku gilakan kau

Aku tak tahu
apa sebab aku masih tunggu kau

Yang aku tahu
aku sayang kau
aku rindu kau
aku cinta kau

Atau mungkin semua ni salah?
Masalah.


Monday, September 16, 2013

Sisterhood made in UMP



Duduk serumah.

Bilik lain-lain.
Perangai lain-lain.
tapi toilet share sama-sama.

Dua tahun H1-8 jadi jajahan kita
Gejala membahan pun dah berleluasa kat sini
Jangan terasa kalau kena bahan
sebab aku
sayang korang semua!

::Sisterhood made in UMP::